Kerajaan negeri Sabah kini menawarkan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bagi tahun 2026 untuk pelajar dari negeri tersebut yang sedang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang boleh dipohon melalui pautan baik.sabah.gov.my.
Pelajar yang berminat untuk mendapatkan bantuan komputer ini adalah dialu-alukan memohon.

Pengenalan BAIK
BAIK merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.
Program BAIK ini merupakan inisiatif kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang dimulakan sejak tahun 2021 dan diteruskan pada tahun 2022.
Program ini melibatkan para pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelajar Layak Memohon
Pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut:
- Pelajar IPTA & IPTS sepenuh masa
- Pelajar Asasi, Matrikulasi, Diploma & Ijazah Sarjana Muda
Syarat Permohonan BAIK
Pemohon yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Berstatus Bumiputera Sabah
- Pemohon ialah golongan B40 (RM4,850 ke bawah) atau e-Kasih
- 1 komputer untuk 1 Ketua Isi Rumah sahaja.
- Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan Surat beranak (Pemohon & ibu bapa), Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa), Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah), Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.
Permohonan Secara Online (BAIK 2.0)
Pemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :
- Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/
- Pada bahagian bawah halaman tersebut, klik pada butang “Permohonan”
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :
- Surat beranak (pemohon dan ibu bapa)
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (pemohon & ibu bapa)
- Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah)
- Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Surat Pengesahan telah berdaftar daripada Universiti tempat belajar pemohon.
Soalan Lazim
BAIK ialah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.
Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2026.
– Pelajar IPTA & IPTS sepenuh masa
– Pelajar Asasi, Matrikulasi, Diploma & Ijazah Sarjana Muda
Ya. Pemohon mestilah golongan B40 atau RM4,850 ke bawah atau e-Kasih.
Tidak. Permohonan hanya dibuka kepada Bumiputera Sabah sahaja.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan baik.sabah.gov.my.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897 atau melayari laman web https://baik.sabah.gov.my/.
PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
(TUGAS-TUGAS KHAS)
JABATAN KETUA MENTERI
Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.
Baca juga:




