Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM mengalu-alukan anak-anak veteran ATM untuk memohon Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV ATM yang meliputi bantuan persekolahan dan bantuan kemasukan IPT menerusi pautan https://vibes.jhev.gov.my/portal/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim bantuan ini.

Mengenai Skim Bantuan Kebajikan & Pendidikan JHEV
Skim Bantuan Kebajikan & Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) merupakan salah satu inisiatif kerajaan menerusi JHEV yang bertujuan meringankan beban kewangan serta membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menerusi skim bantuan ini, terdapat 2 bantuan yang disediakan untuk pendidikan iaitu:
- Bantuan Persekolahan
- Bantuan Kemasukan IPT
Untuk Bantuan Persekolahan, setiap keluarga layak untuk seorang anak sahaja dalam tahun semasa manakala untuk Bantuan Kemasukan IPT, setiap anak hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah.
Tarikh Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September pada setiap tahun.
Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan diproses pada tahun berikutnya.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diterima pemohon adalah seperti berikut:
i- Bantuan Persekolahan
- Sekolah Rendah : RM500 setahun
- Sekolah Menengah / Kolej Vokasional : RM700 setahun
ii- Bantuan Kemasukan ke IPT
- Diploma : RM1,000
- Ijazah Sarjana Muda : RM1,500
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
| Syarat Veteran ATM | Syarat Anak Veteran ATM | |
| Bantuan Persekolahan | – Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia. – Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak. – Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa – Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis  Kemiskinan (PGK) layak memohon bantuan ini. – Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib. | – Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun. |
| Bantuan Kemasukan ke IPT | – Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia. – Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak. – Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa. – Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib. | – Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi. – Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama ditawarkan didalam negara sahaja. – Semua permohonan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa. – Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama. – Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan. – Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK |
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi 2 cara iaitu:
- Dalam talian: Melalui Portal VIBES 2.0 JHEV https://vibes jhev.gov.my/portal/
- Isi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV (muat turun dari portal rasmi JHEV) dan hantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri bersama dokumen sokongan.
Soalan Lazim
Antara bantuan pendidikan yang ditawarkan adalah seperti:
– Bantuan Persekolahan
– Bantuan Kemasukan IPT
Permohonan ditutup adalah pada 30 September setiap tahun.
Bantuan Persekolahan
– Sekolah Rendah : RM500 setahun
– Sekolah Menengah / Kolej Vokasional : RM700 setahun
Bantuan Kemasukan ke IPT
– Diploma : RM1,000
– Ijazah Sarjana Muda : RM1,500
Umur anak yang layak untuk memohon bantuan ini adalah 18 tahun ke bawah.
Melalui Portal VIBES 2.0 JHEV https://vibes jhev.gov.my/portal/ atau mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV (muat turun dari portal rasmi JHEV) dan hantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri bersama dokumen sokongan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV ATM, sila layari laman web https://www.jhev.gov.my/.
Baca juga: Semakan Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti Sesi II: 2025/2026




