Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti bagi Sesi II: 2025/2026 boleh disemak melalui pautan berikut, http://app.mypolycc.edu.my/ccms/
Semakan boleh dilakukan bermula 8 Jun 2026 (Isnin), 10 pagi.
Pelajar yang nak buat semakan boleh masukkan ID: No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan: No. Pendaftaran Pelajar di pautan semakan yang dinyatakan di atas.
Jom rujuk cara semakan Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti Sesi II: 2025/2026 dengan lebih terperinci dan info penting berkaitan di bawah.
Bila Boleh Semak Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti Sesi II?
Anda boleh membuat semakan Keputusan Penilaian Sesi II: 2025/2026 boleh dilaksanakan bermula 8 JUN 2026 (Isnin), 10 pagi.
Semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan yang tertera.

Cara Semak Keputusan Penilaian Kolej Komuniti
Keputusan peperiksaan Kolej Komuniti boleh disemak dengan melayari Portal CCMS 2.0 di pautan berikut: http://app.mypolycc.edu.my/ccms/
Anda perlu memasukkan maklumat:
- Username : No kad pengenalan
- Password : No pelajar

Bagaimana Cara Semak Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)?
Untuk menyemak Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) anda boleh rujuk cara yang dikongsikan di bawah bagi mengetahui nilai mata kredit terkumpul anda.
- Tambah jumlah mata kredit semua semester untuk mendapatkan Jumlah Mata Kredit Terkumpul.
- Tambah jumlah jam kredit semua semester.
- Bahagikan jumlah mata kredit semua semester dengan jumlah jam kredit semua semester.


Cara Kira Purata Nilai Mata
- Darab jam kredit dan nilai mata setiap subjek untuk dapatkan Mata Kredit
- Tambah jam kredit bagi semua subjek untuk dapatkan Jumlah Jam Kredit
- Tambah mata kredit bagi semua subjek untuk dapatkan Jumlah Mata Kredit
- Bahagi Jumlah Mata Kredit dan Jumlah Jam Kredit


Sistem Gred Kolej Komuniti
Status pencapaian akademik pelajar ditentutkan pada setiap semester/modul berdasarkan Purata Nilai Mata seperti jadual di bawah:



PENDAFTARAN PELAJAR BARU
Bagi pelajar baru, anda boleh mendapatkan slip keputusan secara atas talian setelah mendaftar dengan langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://app.mypolycc.edu.my/ccms/ .
- Klik > DAFTAR PELAJAR.
- Pilih > PELAJAR BARU.
- Sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda (-). Pastikan nombot pendaftaran bermula dengan N01.
- Paparan maklumat pelajar akan muncul pada skrin.
- Klik pada butang SLIP untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan.
- Sila hubungi Unit Peperiksaan jika terdapat masalah atau pertanyaan.
Teruskan usaha dan terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Soalan Lazim Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti
CCMS – Community College Management System adalah sistem pengurusan berpusat bagi tujuan pengurusan rekod pelajar-pelajar Kolej Komuniti.
Community College Management System dibangunkan secara ‘inHouse’ bagi memenuhi aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) untuk menyediakan sebuah platform Pengurusan Data Pelajar yang menyeluruh dan lengkap.
Bagi tujuan pembangunan sebuah sistem pengurusan pelajar yang komprehensif, sekumpulan staf dengan pelbagai latar belakang dan kepakaran telah dibentuk. Matlamatnya hanya satu; Bagi menghasilkan sebuah sistem menyeluruh secara kendiri (inhouse) berteraskan konsep Single-Sign-On (SSO).
Sukacita dimaklumkan bahawa para pelajar boleh membuat semakan Keputusan Rasmi Penilaian Sesi II:2025/2026 bermula 8 JUN 2026 (ISNIN), 10 PAGI. 
Semakan boleh dibuat secara online di : https://app.mypolycc.edu.my/ccms/
Baca juga:




