SKDS 2.0 – Permohonan Sistem Kawalan Subsidi Diesel

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 kepada sembilan jenis kenderaan sektor pengangkutan darat.

Fasa Kedua ini merupakan kesinambungan daripada projek rintis SKDS 1.0 dengan enam syarikat sebelum ini.

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi ini diperkenalkan bagi menangani risiko ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap.

Januari lalu, fasa pertama bagi projek itu berjaya dilaksanakan dengan penglibatan daripada enam syarikat perintis dalam sektor pengangkutan darat (barangan).

Kenderaan yang terlibat untuk fasa kedua ini membabitkan lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel dan van ‘window’.

KPDN dan Kementerian Kewangan (MOF) juga sedang meneliti keperluan perluasan projek berkenaan bagi jenis kenderaan sektor pengangkutan darat (barangan) lain yang bersesuaian bagi menangani risiko ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap

Tempoh permohonan

SKDS 2.0

Permohonan boleh mula dibuat melalui 7 Mac 2024 sehingga 31 Mac 2024.

Syarat permohonan SKDS 2.0

SKDS 2.0

Hanya syarikat yang memenuhi kesemua syarat di bawah akan dipertimbangkan untuk SKDS 2.0 ini:

  • Syarikat hendaklah berdaftar di Malaysia
  • Kenderaan barangan adalah milik syarikat pemohon
  • Kenderaan barangan hendaklah mempunyai cukai jalan yang sah
  • Kenderaan barangan dalam sembilan jenis kenderaan yang disenaraikan terlibat dalam Fasa II Projek Rintis

Jenis kenderaan

Berikut merupakan sembilan (9) jenis kenderaan Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) di bawah SKDS 2.0:

  • Lori Kargo Am
  • Lori Minuman Botol
  • Lori Refrigerated
  • Lori Luton / Kotak
  • Penggerak Utama
  • Lori Tangki Tepung
  • Lori Tangi Air
  • Panel Van
  • Window Van

Permohonan SKDS 2.0

Permohonan untun SKDS II ini boleh dibuat melalui http://mysubsidi.kpdn.gov.my/

Artikel menarik: Kad Minyak Shell: Transaksi Pembelian Lebih Mudah & Selamat

Pertanyaan dan malumat lanjut

Menurutnya, untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Fasa II Projek Rintis SKDS 2.0 boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel di talian 03-8882 5917/ 6176/ 5894/ 5893 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang pada hari bekerja.

Bagi sebarang persoalan mengenai permohonan Fleet Card syarikat-syarikat minyak boleh terus dirujuk melalui platform perhubungan seperti

  • Petronas (1-300-88-8181)
  • Shell (1-300-22-8181)
  • Petron (1-800-88-8298)
  • Caltex (1-800-88-3168)
  • BHP (03-77199499)
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!