Isu yang tular di Threads baru-baru ini buat ramai ibu bapa tersentak: “Simpanan untuk anak, duit raya yang kita simpan dalam SSPN boleh kena faraid ke?” Jawapan ringkasnya – ya, ada risikonya.
Dan yang lebih mengejutkan, isu yang sama turut membabitkan ASB, KWSP, dan akaun simpanan lain yang selama ini kita sangka sudah ‘selamat’ untuk simpanan untuk anak.
Artikel ini ditulis bukan untuk menakut-nakutkan, tapi untuk bantu anda faham situasi sebenar dan ambil tindakan yang betul sebelum terlambat.
Sebagai ibu bapa, kita simpan duit raya anak dengan niat yang murni – untuk masa depan mereka.
Tapi kalau kita tak faham struktur undang-undang di sebalik setiap platform simpanan untuk anak, niat baik tu sahaja tidak cukup.
Wang yang kita sangka untuk anak boleh berakhir di tangan orang lain tanpa kita sedari.
Jom kita teroka satu persatu – platform mana yang berisiko kena faraid, mana yang lebih selamat, dan apa yang boleh anda buat sekarang untuk lindungi simpanan untuk anak anda.

Faraid Itu Apa, Dan Kenapa Ia Boleh Jejaskan Simpanan Untuk Anak?
Faraid adalah hukum pembahagian harta pusaka dalam Islam.
Apabila seseorang meninggal dunia, harta yang ditinggalkan – termasuk simpanan wang – akan dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarak.
Ini termasuk pasangan, anak-anak, ibu bapa, dan waris lain bergantung kepada situasi.
Masalahnya: ramai ibu bapa menyimpan duit raya anak dalam akaun atas nama ibu atau bapa sendiri sebagai pendeposit.
Dari segi undang-undang, akaun itu adalah atas nama ibu bapa – bukan anak.
Jadi bila ibu atau bapa meninggal dunia, simpanan tu secara teknikalnya dikira sebagai harta pusaka si mati.
Persoalan yang timbul: Bagaimana kalau duit dalam akaun tu sebenarnya duit anak – duit raya, hadiah, duit yang dihadiahkan kepada anak?
Dari segi syarak, pakar perundangan Islam seperti Ustaz Khusairi Saleh (Presiden Pertubuhan Duat Faraid Malaysia) menjelaskan bahawa duit yang sememangnya milik anak adalah hak anak – ibu bapa hanya bertindak sebagai pemegang amanah. Harta yang bukan milik si mati tidak sepatutnya difaraidkan.
Tapi masalah praktikalnya: Institusi kewangan tidak boleh mengesahkan sama ada duit dalam akaun tu milik anak atau milik ibu bapa.
Dari sudut teknikal dan undang-undang semasa, simpanan dalam akaun ibu bapa akan dianggap sebagai harta pusaka ibu bapa.
Sebab itulah isu ini jadi sensitif dan perlu diuruskan dengan betul.
Trending Di Media Sosial
Isu SSPN dan faraid jadi perbincangan hangat di Threads Malaysia. Ramai ibu bapa berkongsi kebimbangan: duit raya anak yang disimpan atas nama ibu/ayah sebagai pendeposit masih dilihat sebagai harta pendeposit. Jika pendeposit meninggal dunia, simpanan boleh jadi pusaka dan tertakluk kepada faraid. Ini mencetuskan pertanyaan – kat mana sebenarnya tempat simpan duit raya anak yang paling selamat?

Cara Simpan Duit Raya Anak: Status Faraid Bagi Setiap Platform
Ini bahagian paling penting.
Kita tengok satu persatu status faraid bagi setiap tempat simpan duit raya anak yang popular di Malaysia.
1. SSPN (Simpanan Untuk Anak Di SSPN Prime) – AMARAN! Berisiko Faraid
Ini platform yang paling banyak dipersoalkan.
Akaun SSPN didaftarkan atas nama ibu atau bapa sebagai pendeposit.
Anak hanya dicatatkan sebagai penerima manfaat – bukan pemilik akaun.
Apabila ibu atau bapa meninggal dunia, simpanan dalam akaun SSPN secara teknikalnya menjadi harta pusaka pendeposit dan tertakluk kepada faraid.
Pihak PTPTN sendiri mengesahkan perkara ini dan menyatakan bahawa pengurusan faraid adalah di luar bidang kuasa mereka.
Walau bagaimanapun, PTPTN dalam usaha untuk memperkenalkan sistem Hibah Amanah khas bagi akaun SSPN – satu perkembangan yang dinanti-nantikan ramai ibu bapa.
Info dividen SSPN 2024: 4.05% – antara tertinggi dalam tempoh 10 tahun (6.77 juta pendeposit, RM439 juta diagihkan)
Plus point lain yang membuatkan ramai ibu ayah menyimpan duit raya anak di SSPN: Rebat cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun
AMARAN! Akaun atas nama pendeposit (ibu/bapa) – berisiko jadi harta pusaka jika pendeposit meninggal dunia
Penyelesaian sekarang:
- Buat PENAMAAN di kaunter PTPTN segera – walaupun penama bukan pemilik mutlak, ia memudahkan urusan pengeluaran.
- Bila anak genap 16 tahun, bukakan akaun SSPN atas nama anak sendiri dan pindahkan simpanan ke sana.
- Pertimbangkan hibah amanah melalui syarikat perancangan pusaka yang berdaftar.
*Tunggu pihak PTPTN memperkenalkan sistem Hibah Amanah ke atas Simpanan SSPN.
Simpanan Untuk Anak 2. ASB / ASNB – AMARAN! Berisiko Faraid, Tapi Ada Pilihan Hibah Amanah
Unit amanah ASNB termasuk ASB, ASB 2 Wawasan, dan ASB 3 Didik – semuanya adalah pelaburan unit amanah.
Berbeza dengan Tabung Haji dan KWSP, pewarisan unit amanah tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran.
Ini bermakna tanpa persediaan yang betul, waris perlu melalui proses mahkamah yang panjang untuk menuntut simpanan si mati.
Berita baiknya: ASNB menawarkan produk Hibah Amanah yang membolehkan pemegang unit menamakan penerima hibah secara sah mengikut syariah. Apabila pemegang unit meninggal dunia, unit amanah akan diserahkan terus kepada penerima hibah yang dinamakan – tanpa perlu melalui mahkamah.
Info dividen ASB: konsisten – rekod lebih 5% setahun selama bertahun-tahun
Kelebihan: Ada Hibah Amanah ASNB – boleh dinamakan penerima secara sah syariah
AMARAN! Jika tiada Hibah Amanah, simpanan tertakluk kepada proses probet / mahkamah
Malahan, jika penerima hibah masih bawah 18 tahun, wang mungkin diserahkan kepada Amanah Raya buat sementara
Penyelesaian: Daftarkan Hibah Amanah ASNB di cawangan ASNB terdekat. Minimum 1,000 unit perlu dikekalkan dalam akaun. Ini adalah cara simpan duit raya anak dalam ASB yang lebih selamat dari segi perancangan pusaka.

Simpanan Untuk Anak 3. Tabung Haji – OK! Lebih Selamat Dengan Hibah Amanah TH
Tabung Haji adalah antara platform simpanan untuk anak yang paling disyorkan oleh pakar perancangan pusaka dalam konteks isu faraid ini. Kenapa?
Ini kerana Tabung Haji menawarkan produk Hibah Amanah khas yang membolehkan wang diserahkan terus kepada penerima yang dinamakan tanpa perlu melalui proses faraid biasa.
Apabila ibu atau bapa mendaftarkan Hibah Amanah TH, mereka sedang membuat hibah yang sah secara syariah.
Bila pendeposit meninggal dunia, wang diserahkan terus kepada penerima hibah – dalam kes ini, anak – tanpa campur tangan faraid waris lain.
Kelebihan:Â
- Ada produk Hibah Amanah TH – wang boleh dipindah terus kepada anak
- Patuh syariah, dijamin kerajaan, zakat sudah dibayar
- Boleh buka akaun kanak-kanak melalui THiJARI secara online
Disyorkan: Cukupkan RM1,300 untuk daftarkan anak dapat giliran Haji awal
Tip trending dari ibu bapa: Ramai pakar di Threads dan Facebook menyebut: “Selagi PTPTN belum lancar hibah SSPN, cara simpan duit raya anak yang lebih selamat sekarang adalah akaun TH anak atau akaun bank atas nama anak.” Ini kerana akaun yang terus atas nama anak lebih jelas dari segi pemilikan.
Simpanan Untuk Anak 4. KWSP – [MERAH]Â Wajib Faraid, Tiada Pilihan Hibah
KWSP adalah kes yang paling jelas – ia WAJIB melalui faraid.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Kali Ke-49, 19 September 2000) telah memutuskan bahawa wang KWSP adalah harta pusaka dan MESTI dibahagikan mengikut hukum faraid.
Ramai yang salah faham tentang penama KWSP.
Penama KWSP bagi orang Islam adalah WASI atau pentadbir harta – bukan pemilik mutlak.
Penama bertanggungjawab untuk mengeluarkan wang dan kemudian membahagikannya kepada semua waris yang berhak mengikut faraid.
Wang tu bukan hak penama sepenuhnya.
Status MERAH! Tiada produk hibah untuk KWSP – ini keputusan fatwa yang mengikat. Penama adalah pentadbir, bukan pemilik mutlak (bagi orang Islam)
Caranya: Pastikan buat penamaan KWSP – tanpa penama, waris terpaksa melalui proses pentadbiran pusaka yang panjang ATAU buka akaun KWSP i-Saraan atas nama anak (jika anak berusia 14 tahun ke atas). Akaun anak adalah milik mutlak anak tersebut walaupun ibu bapa telah meninggal dunia. Pembahagian faraid hanya terpakai sekiranya pemilik akaun itu sendiri yang meninggal dunia.
*Boleh lihat posting daripada individu di Threads ini yang mendapat views sehingga hampir 300k.
Kesimpulan mudah: KWSP bukan platform untuk simpan duit raya anak secara berasingan. Ia adalah simpanan persaraan ibu bapa dan tertakluk kepada faraid sepenuhnya bila si pemilik meninggal dunia (kecuali jika anda membuka sendiri akaun KWSP atas nama anak)

5. Akaun Bank & Tabung Haji Atas Nama Anak – OK! Paling Selamat & Jelas
Ini adalah tempat simpan duit raya anak yang paling clear dari segi pemilikan – buka akaun terus atas nama anak.
Bila akaun didaftarkan atas nama anak, duit dalam akaun tu secara sah adalah milik anak.
Ia bukan harta pusaka ibu bapa jika berlaku kematian.
Kelebihan:
- Pemilikan jelas – harta anak, bukan harta pusaka ibu bapa
- Akaun simpanan kanak-kanak tersedia di kebanyakan bank Malaysia
- Bank digital seperti AEON Bank & Rize tawar pulangan 3–3.3% setahun
AMARAN! Kadar pulangan lebih rendah berbanding ASB atau SSPN
Ringkasan: Simpan Duit Raya Anak Di Mana Yang Selamat?

Ini jadual ringkas untuk rujukan pantas anda:
Status Hijau (Greenlight)
- Tabung Haji (akaun anak / Hibah Amanah TH) – SELAMAT. Wang kekal milik anak.
- AKAUN BANK atas nama anak – SELAMAT. Pemilikan jelas atas nama anak.
Status Kuning (Kena berhati-hati!)
- ASB / ASNB – Selamat jika ada Hibah Amanah ASNB berdaftar.
- SSPN – SEDERHANA. Berisiko jika tiada penamaan. Tunggu penyelesaian Hibah Amanah PTPTN.
Status Merah (Jangan!) – KWSP – WAJIB FARAID. Bukan platform simpan duit raya anak yang sesuai. *Tapi, jika akaun dibuat di bawah nama anak, boleh dipertimbangkan untuk simpanan untuk anak di KWSP.
Cara Simpan Duit Raya Anak Yang Betul

Jangan panik!
Simpanan untuk anak yang sudah ada tidak perlu ditutup atau dipindah semua sekarang.
Yang penting, ambil tindakan proaktif untuk pastikan simpanan tu sampai ke tangan yang betul.
Langkah 1: Buat Penamaan Di Semua Platform
Walaupun penama bukan pemilik mutlak (bagi orang Islam), penamaan memudahkan proses pengeluaran dan pentadbiran. Tanpa penama, waris perlu melalui proses mahkamah atau Amanah Raya yang memakan masa berbulan-bulan bahkan bertahun.
Langkah 2: Daftarkan Hibah Amanah (ASB / TH)
Bagi simpanan dalam ASB dan Tabung Haji, daftarkan Hibah Amanah. Ini memastikan wang diserahkan terus kepada anak tanpa proses faraid yang panjang. Ini adalah cara simpan duit raya anak yang paling bijak dari segi perancangan pusaka.
Langkah 3: Buka Akaun Atas Nama Anak
Untuk simpanan yang anda yakin 100% adalah milik anak, bukakan akaun bank kanak-kanak atau akaun Tabung Haji atas nama anak terus. Ini cara paling clean – harta anak, nama anak, milik anak.
Langkah 4: Buat Wasiat / Rujuk Perunding Pusaka
Untuk harta yang lebih kompleks, buat wasiat yang menyatakan dengan jelas niat anda tentang simpanan untuk anak. Rujuk perunding pusaka Islam atau Peguam Syarie untuk nasihat yang lebih spesifik mengikut situasi keluarga anda.
Alternatif Simpanan Untuk Anak
Simpanan Untuk Anak di Unit Amanah / Dana Pelaburan – Untuk Ibu Bapa Yang Mahu Pulangan Lebih Tinggi
Bagi ibu bapa yang lebih berani mengambil risiko dan mahu pulangan lebih tinggi, unit amanah adalah pilihan simpanan untuk anak yang patut diterokai.
Dana ini mengumpulkan wang pelabur dan dilaburkan dalam pelbagai aset oleh pengurus dana profesional.
- Potensi pulangan lebih tinggi berbanding ASB (boleh cecah 20% dalam tahun baik)
- Pelbagai pilihan – pasaran tempatan & global
- Pelaburan permulaan serendah RM10 untuk tabung ASNB
- Risiko lebih tinggi – nilai boleh turun naik mengikut pasaran
Di Malaysia, antara syarikat pengurusan dana unit amanah yang terkenal dan dipercayai ialah:
- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – paling popular, ada pelbagai jenis dana termasuk ASB, ASM dan AHB. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi baru lahir.
- Public Mutual – anak syarikat Public Bank, menawarkan lebih 150 dana unit amanah dalam kategori ekuiti, pendapatan tetap dan campuran. Ada pilihan dana patuh syariah.
- Principal Asset Management – antara pengurus dana terbesar di Asia Pasifik, menawarkan dana dengan pendedahan pasaran global termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.
Bagi ibu bapa yang tak pasti nak pilih dana mana, boleh gunakan platform Robo-Advisor yang bantu anda melabur secara automatik berdasarkan profil risiko anda.
Cuma pastikan pilih yang patuh syariah jika itu keutamaan anda.
BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) – Simpan & Berpeluang Menang Hadiah
BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah produk simpanan unik daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menggabungkan konsep menabung dengan peluang memenangi hadiah lumayan.
Ia beroperasi berdasarkan konsep mudharabah – patuh syariah sepenuhnya – dan menjadi salah satu tempat simpan duit raya anak yang menarik untuk dipertimbangkan.
- Patuh syariah – berasaskan konsep mudharabah
- Simpanan dijamin oleh kerajaan Malaysia
- Peluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai jutaan ringgit
- Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan
- Boleh dibeli di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia
Tip ibu bapa bijak: BSN SSP sesuai dijadikan ‘bonus’ dalam portfolio simpanan anak – sambil menyimpan duit raya anak dengan selamat, ada peluang tambahan untuk menang hadiah besar. Ia bukan menggantikan ASB atau SSPN, tetapi melengkapkan strategi simpanan untuk anak secara keseluruhan.
Simpan Emas- Pulangan Jangka Panjang
Trend simpan duit raya anak dalam bentuk emas semakin popular, terutama di kalangan ibu bapa muda yang celik pelaburan.
Ini cara simpan duit raya anak yang berbeza – bukan simpanan biasa, tetapi pelaburan yang terlindung daripada inflasi dan kejatuhan nilai ringgit.
- Emas naik purata 8–10% setahun (rekod sejarah)
- Terlindung dari inflasi & kejatuhan ringgit
- Boleh mula dengan RM10 (akaun emas digital)
- Pilihan: Emas fizikal, akaun emas bank (Maybank, Public Bank, CIMB), atau akaun GAP Public Gold
Fakta menarik: Jika anda simpan 1 gram emas sebulan sejak anak lahir, dalam 18 tahun anak akan ada lebih 200 gram emas – cukup untuk tampung pengajian universiti tempatan tanpa perlu ambil pinjaman PTPTN! (Berdasarkan anggaran kos pengajian semasa.)
Amaran: Pastikan platform emas yang anda gunakan adalah sah dan berdaftar. Ramai yang telah menjadi mangsa skim emas palsu. Pilih platform yang boleh keluarkan emas fizikal sebagai bukti keselamatan.
Bonus: Tempat Simpan Duit Raya Anak – Mana Yang Bagi Dividen Paling Tinggi?
Setelah faham isu faraid, ibu bapa juga perlu tahu nilai dividen setiap platform untuk buat keputusan simpanan untuk anak yang lebih bijak.
Ini perbandingan kasar berdasarkan rekod terkini:
Pemenang – ASB (Bumiputera) – Dividen ~5–6% setahun (rekod paling konsisten)
Wow! – SSPN Prime – Dividen 4.05% (2024), antara tertinggi dalam 10 tahun + rebat cukai RM8k
Confirm selamat! – Tabung Haji – Dividen kompetitif, zakat sudah dibayar, patuh syariah
Okay lah! – Akaun Bank Digital (AEON Bank/Rize) – 3.0–3.3% setahun, fleksibel
Just wow!! – Emas – Purata kenaikan 8–10% setahun (jangka panjang 10–20 tahun), kalis inflasi
Cadangan bijak: Diversifikasi. Jangan letak semua simpanan untuk anak dalam satu platform sahaja. Gabungkan akaun TH/bank atas nama anak (untuk keselamatan pemilikan) dengan ASB + Hibah Amanah (untuk dividen tinggi) dan emas (untuk nilai jangka panjang).

Baca juga:
Cara Buka Akaun SSPN Anak, Semakan Penyata & Pengeluaran (2026)
Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB
Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Untuk Anak / Dewasa
Kesimpulan
Isu faraid bukan untuk ditakutkan, tapi untuk difahami dan diurus dengan bijak.
Duit raya anak yang anda simpan dengan penuh kasih sayang itu – pastikan ia benar-benar sampai kepada anak, bukan tersekat dalam proses pusaka yang panjang atau dibahagi kepada waris lain.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita ada tanggungjawab dua lapis: simpan dengan bijak (pilih platform yang bagi pulangan baik) dan rancang dengan betul (pastikan pemilikan dan penghantaran harta jelas dari segi syarak dan undang-undang).
Duit raya anak adalah amanah. Ibu bapa hanya pemegang amanah sementara. Tunaikan amanah tu dengan sebaik-baiknya – bukan sahaja dengan menyimpan, tapi dengan memastikan ia sampai kepada pemilik sebenarnya, iaitu anak kita.
AMBIL TINDAKAN SEKARANG – 3 Langkah Mudah
1. Semak semua akaun simpanan untuk anak anda hari ini – ada penamaan tak?
2. Daftarkan Hibah Amanah di TH atau ASNB jika simpan dalam platform tersebut.
3. Buka akaun Tabung Haji atau akaun bank atas nama anak untuk simpanan yang lebih selamat.
Kongsikan artikel ini kepada ibu bapa lain! Mungkin perkongsian anda hari ini boleh selamatkan simpanan untuk anak – anak di luar sana.




