Cara Buka Akaun SSPN Anak, Semakan Penyata & Pengeluaran (2026)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Setiap kali Hari Raya, duit raya anak boleh dimanfaatkan dengan lebih bijak melalui simpanan pendidikan seperti SSPN. Daftar SPPN online di pautan ini: https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/ atau apps myPTPTN (Android / iOS)

Ramai ibu bapa di Malaysia kini memilih untuk menyimpan duit raya ke dalam akaun SSPN bagi membantu perancangan kewangan pendidikan anak sejak awal.

Makluman penting, anda kini boleh buka akaun SSPN untuk anak secara online dengan mudah tanpa perlu beratur di kaunter. Jika anda tertanya-tanya apakah SSPN serta perbezaan antara SSPN Prime dan SSPN Plus, panduan ini akan membantu ibu bapa membuat pilihan yang tepat.

CARA BUKA SSPN SECARA ONLINE

Pengenalan: Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional ialah satu instrumen simpanan yang diperkenalkan oleh PTPTN khas untuk membantu ibu bapa di Malaysia membuat persediaan kewangan bagi pendidikan tinggi anak. Ia direka sebagai simpanan jangka panjang yang selamat serta patuh Syariah.

Kini, SSPN telah dijenamakan semula kepada SSPN Prime (dahulunya SSPN-i) yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar, iaitu pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan simpanan bagi tujuan pelaburan. Selain itu, terdapat juga SSPN Plus (dahulunya SSPN-i Plus) yang menawarkan ciri tambahan seperti perlindungan takaful bersama simpanan.

Dengan memahami jenis akaun SSPN ini, ibu bapa boleh memilih skim yang paling sesuai mengikut keperluan dan perancangan pendidikan anak.

Pelepasan Cukai SSPN: Cara Maksimumkan Jimat Cukai Ibu Bapa

Salah satu sebab utama ibu bapa di Malaysia memilih SSPN ialah kelebihan pelepasan cukai pendapatan yang sangat membantu mengurangkan beban kewangan setiap tahun.

Malah, ramai mak ayah anggap SSPN sebagai “senjata utama” untuk tax planning keluarga, terutama bagi tahun taksiran 2025 yang hadir dengan beberapa perubahan penting.

NOTA: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000* atas simpanan bersih tahun semasa layak dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN untuk 3 tahun berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2025 sehingga 2027.

Senario 1: Hanya Seorang Boleh Tuntut

Walaupun suami isteri menyimpan dalam akaun SSPN anak yang sama, LHDN hanya benarkan seorang sahaja membuat tuntutan pelepasan cukai. Ini bermakna resit tidak boleh dikongsi atau dibahagikan.

Contoh situasi:

  • Encik Ahmad simpan: RM8,000
  • Puan Siti simpan: RM8,000
  • Jumlah simpanan: RM16,000

Cara tuntutan:

  • Encik Ahmad tuntut RM8,000
  • Puan Siti tidak boleh tuntut

👉 Tip penting: Berikan tuntutan kepada pasangan yang berada dalam tax bracket lebih tinggi untuk penjimatan maksimum.

Senario 2: Pengeluaran SSPN Untuk Yuran Universiti Anak

Sebelum ini, ramai ibu bapa rasa serba salah nak keluarkan duit SSPN untuk bayar yuran universiti kerana ia akan mengurangkan jumlah pelepasan cukai.

Namun bermula tahun taksiran 2025, berita baik untuk ibu bapa
👉 Pengeluaran untuk pendidikan tinggi anak tidak lagi menjejaskan pelepasan cukai.

Contoh:

  • Simpanan baharu: RM8,000
  • Pengeluaran untuk yuran universiti: RM10,000

Cara lama:
RM8,000 – RM10,000 = RM0 (tiada pelepasan cukai)

Cara baharu (2025):
Pengeluaran untuk pendidikan diabaikan
👉 Pelepasan cukai tetap RM8,000 (penuh)

Jenis SSPN

Terdapat 2 jenis produk simpanan pendidikan Simpan SSPN iaitu:

  1. SSPN Plus (dulu dikenali sebagai SSPN-i Plus) ; dan
  2. SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i)
@ecentral.my

Replying to @Ji Ini beza SSPN Plus dan SSPN Prime bagi ibu bapa yang nak bina tabung pendidikan anak. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. #sspnplus #sspnprime #simpansspn #simpansspnplus #simpansspnprime #tabungpendidikan #tabungpendidikananak #simpananpendidikan #simpananpendidikananak #pakejsspn

♬ original sound – eCentral – eCentral
BEZA SSPN PRIME VS SSPN PLUS

1. SSPN PRIME

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga dikenali sebagai SSPN-i telah mula diperkenalkan pada tahun 2004.

Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka.

Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

SYARAT-SYARAT PEMBUKAAN AKAUN

Pendeposit
Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.

Penerima Manfaat

  1. Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
  2. Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/ anak kandung/ anak jagaan yang sah.
  3. Penerima manfaat yang telah mencapai umur 16 tahun boleh memilih untuk membuka akaun bagi diri sendiri.

KELEBIHAN / KEISTIMEWAAN SSPN PRIME

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun bagi akaun yang dibuka untuk anak kandung/anak jagaan sah sebagai penerima manfaat.
  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas.
  3. Kadar dividen yang kompetitif
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.
  5. Simpanan dijamin Kerajaan
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

2. SSPN PLUS

Simpan SSPN Plus ini merupakan kerjasama strategik di antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT)Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini.

Ia menjadikan produk Simpan SSPN Plus lebih kompetitif dan menjadi pilihan utama oleh rakyat Malaysia.

Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pakej Intan: RM30 / sebulan
  • Pakej Delima: RM50 / sebulan
  • Pakej Topas: RM 100 / sebulan
  • Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan
  • Pakej Nilam: RM300 / sebulan
  • Pakej Berlian: RM500 / bulan

SYARAT-SYARAT PEMBUKAAN AKAUN

Pendeposit

  • Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas

Penerima Manfaat

  • Warganegara Malaysia yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun
  • Terdiri daripada diri sendiri, anak kandung dan anak jagaan yang sah sahaja
  • Pendeposit hanya boleh membuka satu akaun bagi seorang penerima manfaat
  • Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun penerima manfaat yang sama

Komitmen Bulanan

  • Pendeposit WAJIB mengisi borang potongan gaji/ auto debit/ direct debit untuk bayaran komitmen bulanan

KEISTIMEWAAN SIMPAN SSPN PLUS

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan dalam tabungan bersih
  • Dividen yang kompetitif
  • Patuh syariah
  • Simpanan dijamin Kerajaan
  • Komitmen serendah RM30 sebulan
  • Manfaat takaful penyakit kritikal
  • Khairat kematian pasangan dan anak (maksimum 5 anak)
  • Manfaat perlindungan sehingga RM1.2 juta
  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • Elaun kemasukan hospital

Perbezaan Akaun SSPN PRIME dengan SSPN PLUS

Jadi, apa perbezaan antara SSPN Prime dengan SSPN Plus ini yang perlu ibu bapa fahamkan?

Secara ringkasnya, kedua-dua merupakan simpanan masa depan yang berbaloi untuk anak-anak.

Namun SSPN PRIME berbeza dengan SSPN PLUS kerana SSPN PLUS menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang tetap.

Berikut adalah perbezaan antara SSPN PLUS dengan SSPN PRIME:

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan ASB, anda boleh baca selanjutnya melalui artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Cara Daftar Akaun SSPN Secara Online

Di sini kami kongsikan cara daftar akaun SSPN online untuk anak-anak dengan sangat mudah.

Daftar Melalui Portal myPTPTN

1. Muat Turun Aplikasi myPTPTN

Muat turun aplikasi myPTPTN ke dalam telefon anda menerusi pautan ini:

2. Log Masuk

Bagi yang sudah mempunyai akaun sebelum ini, ada perlu “Log Masuk” ke dalam aplikasi myPTPTN. Bagi yang belum mempunyai akaun lagi, klik “Daftar Sekarang” untuk daftar akaun baru.

3. Pilih Pembukaan Akaun Simpanan

Di bahagian Perkhidmatan, pilih “Pembukaan Akaun Simpanan”.

4. Pilih Akaun Simpanan

Anda boleh pilih untuk buka akaun “Simpan SPPN Prime” atau “Simpan SSPN Plus”. Kemudian, klik butang “Buka Akaun”.

5. Pilih Jenis Akaun

Anda perlu pilih jenis akaun sama ada :

  • Anak Kandung
  • Anak Jagaan Sah
  • Diri Sendiri

6. Pendaftaran Akaun

Isi dan masukkan maklumat peribadi diri dan sahkan nombor kad pengenalan.

7. Buat Bayaran

Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.

Klik pada kotak pengesahan.

Pilih pilihan bayaran dan pilihan bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran. Klik sah & bayar.

8. Notis Pengesahan

Anda akan menerima notis pengesahan pembukaan akaun. Akaun anda berjaya dibuka dan didaftarkan.

Penutupan Akaun SSPN

I) PENGELUARAN / PENUTUPAN AKAUN SSPN PRIME

Pendeposit boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
  2. Mengemukakan nombor akaun bank pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit. Akaun mestilah atas nama pendeposit dan bukan akaun bersama.

II) PENGELUARAN / PENUTUPAN AKAUN SSPN PLUS

  1. Pendeposit hanya boleh membuat pengeluaran selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun; dan
  2. Mempunyai jumlah minimum yang perlu ada didalam akaun simpanan adalah sebanyak RM1,000.00
  3. Kaedah pengeluaran adalah seperti berikut :
KaunterPermohonan Online
Perlu mengisi:
-Slip Pengeluaran akaun
Simpan SSPN Plus
-Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan
Membuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui Portal Rasmi PTPTN.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila hubungi PTPTN melalui salah satu kaedah berikut:

  • Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000
  • Live chat di Portal PTPTN (ptptn.gov.my)
  • Mengemukakan pertanyaan di pautan eaduan.ptptn.gov.my. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

Soalan Lazim Cara Buka Akaun SSPN

i. SSPN PRIME

Apakah SSPN?

SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004.

Terdapat dua produk simpanan di bawah SSPN iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus). Simpan SSPN Prime telah dilancarkan pada Ogos 2004, sementara  Simpan SSPN Plus pula diperkenalkan pada Jun 2015, dengan penambahan elemen perlindungan takaful di samping simpanan.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan telah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN

Apakah simpanan SSPN Prime?

Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN Prime adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

Apakah objektif simpan SSPN Prime?

Objektif Simpan SSPN Prime adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

Apakah keistimewaan simpan SSPN Prime?

Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan iaitu:

1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan individu ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas dengan manfaat bagi kematian/ keilatan kekal bersamaan dengan jumlah (baki) simpanan.
3. Khairat kematian ke atas pendeposit dan penerima manfaat
4. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
5. Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat.
6. Simpanan dijamin oleh kerajaan.
7. Patuh syariah.
8. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

Apakah syarat-syarat penyertaan simpan SSPN Prime?

Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:

1. Ibu/ bapa/ penjaga/ individu yang ingin menjadi pendeposit dan/ atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.
2. Pendeposit mencapai umur 16 tahun pada tarikh hari jadi.
3. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
4. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
5. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
6. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
7. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.
8. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Apakah syarat umum pembukaan akaun?

Syarat umur pembukaan akaun adalah seperti berikut:
Kategori 1 : Akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain
– Umur Pendeposit : 16 tahun hingga 65 tahun.
– Umur Penerima Manfaat: 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.
Kategori 2 : Akaun dibuka untuk diri sendiri (Pendeposit dan penerima manfaat adalah individu yang sama)

– Umur Pendeposit/Penerima Manfaat : 16 tahun hingga 65 tahu

Adakah akaum simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh seseorang yang masih bujang atau ibubapa yang tiada tanggungan anak di IPT?

Ya. Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh sesiapa warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.

Bagaimanakah caranya untuk membuka akaun simpan SSPN Prime?

Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka secara online melalui aplikasi myPTPTN, di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my), di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.

Adakah terdapat had bilangan pembukaan akaun simpan SSPN Prime?

Ya. Bilangan pembukaan akaun dihadkan hingga 10 akaun sahaja bagi pembukaan secara onlineTiada had bagi pembukaan di kaunter PTPTN.

Adakah terdapat dokumen yang mengesahkan pembukaan akaun simpan SSPN Prime?

Ya. PTPTN akan mengemukakan Slip Akuan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime kepada pendeposit ke alamat yang didaftarkan sebagai bukti pengesahan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan nombor akaun simpan SSPN Prime sekiranya slip akaun telah hilang?

Pendeposit   boleh   menghubungi   Khidmat   Pelanggan  PTPTN  di  talian  03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun Simpan SSPN Prime. Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan.

Adakah akaun simpan SSPN Prime hanya boleh dibuka oleh pendeposit terdiri daripada ibu atau bapa sahaja kepada penerima manfaat (anak)?

Akaun Simpan SSPN Prime boleh juga dibuka oleh pendeposit warganegara Malaysia yang merupakan ahli keluarga terdekat (seperti datuk, nenek atau saudara mara) kepada penerima manfaat di bawah Jenis Akaun Lain-Lain. Namun begitu, akaun Simpan SSPN ini tidak layak keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan individu.

Bagaimanakah cara untuk membuat simpanan secara potongan gaji atau menamatkan potongan gaji?

Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan Simpan SSPN Prime yang boleh didapati di kaunter PTPTN atau mencetak borang tersebut melalui portal rasmi PTPTN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN.

Bagaimanakah cara untuk menyemak penyata akaun simpan SSPN Prime?

Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui aplikasi myPTPTN di portal rasmi PTPTN. Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000, hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

Bilakah simpanan SSPN Prime boleh dikeluarkan?

Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah cara untuk mengeluarkan simpanan simpan SSPN Prime?

Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan dengan cara berikut:

1. Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakannya kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borang tersebut boleh didapati di kaunter PTPTN; atau
2. Permohonan pengeluaran secara online melalui portal rasmi PTPTN; atau
3. Pengeluaran melalui ATM di bank yang terpilih.

Adakah penerima manfaat boleh membuat pengeluaran simpanan bagi akaun yang dibuka untuknya?

Tidak. Hanya pendeposit sahaja  yang boleh membuat pengeluaran simpanan.  

Adakah terdapat had limit bagi pengeluaran akaun simpan SSPN Prime?

Ya. Pengeluaran dihadkan sehingga maksimum RM1,000 sehari (bagi setiap akaun) melibatkan pengeluaran di Portal Rasmi sahaja. Tiada had limit bagi pengeluaran melalui kaunter PTPTN.

Adakah pendeposit akan mendapatkan tunai semasa membuat permohonan pengeluaran simpanan di kaunter PTPTN?

Tidak. Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke akaun bank pendeposit (akaun persendirian) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Adakah terdapat sebarang caj bagi pengeluaran simpanan melalui kaunter / online?

Tiada caj dikenakan bagi pengeluaran simpanan melalui online/ kaunter.

Bolehkah simpanan ini digunakan untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN?

Boleh. Pendeposit perlu membuat permohonan pindahan dari Akaun Simpan SSPN Prime ke Akaun Pinjaman PTPTN untuk bayaran balik pinjaman PTPTN dengan mengisi Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau secara online di Portal Rasmi PTPTN.

Adakah simpanan ini boleh dipindahkan ke akaun simpan SSPN yang lain?

Boleh. Pendeposit perlu mengisi Borang Pindahan Deposit/ Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau Portal Rasmi PTPTN. Pindahan boleh dilakukan berdasarkan situasi berikut:

1. Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
2. Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Plus ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
3. Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Plus atas pendeposit yang sama.
4. Pindahan lebihan bayaran balik pinjaman ke akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus atas peminjam / pendeposit yang sama.
5. Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Prime untuk bayaran balik pinjaman atas peminjam / pendeposit yang sama.

Adakah akaun simpan SSPN Prime perlu ditutup jika penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun?

Ya. Akaun Simpan SSPN Prime perlu ditutup apabila penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun. Ini kerana akaun tersebut tidak layak menikmati keistimewaan seperti insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan individu. Pendeposit boleh membuat pilihan berikut:

1. Memilih untuk membuat penutupan dan pindah kesemua baki simpanan akaun tersebut ke akaun Simpan SSPN Prime penerima manfaat lain yang masih belum mencapai umur 29 tahun; atau
2. Memilih untuk menutup terus akaun Simpan SSPN Prime tersebut dan kesemua baki simpanan akan dipulangkan ke akaun bank pendeposit (akaun bank persendirian).

Adakah dividen diberikan pada tahun penerima manfaat mencapai umur 29 tahun?

Tidak kerana akaun tersebut akan ditutup oleh PTPTN.

Adakah akaun bagi penerima manfaat yang telah mencapai umur 29 tahun layak menikmati keistimewaan manfaat takaful percuma Ringgit kepada Ringgit?

Tidak kerana tiada sebarang bayaran premium takaful dibuat ke atas akaun tersebut.

Siapakah pendeposit yang layak mendapat perlindungan takaful percuma Simpan SSPN Prime?

Pendeposit yang layak mendapat perlindungan takaful adalah seperti berikut:

1. Pendeposit yang berumur antara 16 tahun hingga 65 tahun;
2. Pendeposit yang mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 dan ke atas pada tarikh kejadian

Adakah terdapat had tempoh masa bagi pendeposit atau waris mengemukakan permohonan tuntutan manfaat takaful bagi kes keilatan kekal menyeluruh atau kematian pendeposit/penerima manfaat Simpan SSPN Prime?

Ya. Permohonan tuntutan manfaat takaful bagi kes keilatan kekal menyeluruh atau kematian pendeposit/penerima manfaat Simpan SSPN Prime hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kejadian (tarikh keilatan kekal menyeluruh atau kematian). Permohonan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut boleh ditolak oleh PTPTN.

Adakah pendeposit Simpan SSPN Prime yang telah mencapai umur 65 tahun masih layak menuntut manfaat takaful?

Tidak. Namun begitu sekiranya akaun tersebut masih aktif (belum ditutup) dan mempunyai baki simpanan, pendeposit masih boleh menikmati keistimewaan seperti dividen atau pelepasan taksiran cukai atau geran sepadan tertakluk kepada terma dan syarat.

Adakah sebarang manfaat diberikan kepada pendeposit yang mengalami kemalangan jalan raya dan lumpuh seluruh badan?

Ada. Simpan SSPN Prime menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit. Sekiranya pendeposit mengalami keilatan kekal menyeluruh dan telah disahkan oleh pegawai perubatan, waris boleh membuat tuntutan takaful dengan mengisi  Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Apakah dokumen yang perlu diisi sekiranya waris pendeposit ingin membuat tuntutan takaful kerana pendeposit telah meninggal dunia?

Syarat tuntutan takaful bagi pendeposit yang telah meninggal dunia adalah baki simpanan mestilah RM1,000 dan ke atas dan berumur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh kematian. Waris hendaklah mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Bagaimanakah proses penutupan akaun Simpan SSPN Prime bagi pendeposit yang meninggal dunia?

SSPN Prime bagi pendeposit yang meninggal dunia? Bagi pendeposit yang telah meninggal dunia, waris hendaklah melengkapkan dokumen berikut berdasarkan jumlah simpanan Simpan SSPN Prime semasa kematian:

Kurang daripada RM3,000

1. Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan
2. Salinan Mykad pendeposit
3. Salinan Mykad waris
4. Salinan sijil kematian pendeposit
5. Borang Pengesahan Waris
6. Borang Bon Tanggung Rugi dan dimatikan Setem Hasil bernilai RM10
7. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja).

Jumlah RM3,000 dan ke atas

1. Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan
2. Salinan Mykad pendeposit
3. Salinan MyKad waris
4. Salinan sijil kematian pendeposit
5. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya/ Pejabat Tanah dan Daerah/ Amanah Raya Berhad/ pihak berkuasa yang diiktiraf
6. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja)

Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Adakah simpanan akaun Simpan SSPN bagi pendeposit Islam telah dibuat bayaran zakat simpanan?

PTPTN membayar zakat ke atas pendapatan pelaburan bersih selepas mengambil kira perbelanjaan. Zakat yang dibayar ini adalah merupakan Zakat Perniagaan. Sehubungan itu, pendeposit Simpan SSPN masih tertakluk kepada zakat simpanan individu bagi simpanan dalam Simpan SSPN, termasuklah dividen yang diterima oleh mereka. Pendeposit boleh membuat pembayaran zakat mereka di mana-mana Pusat Pungutan Zakat.

Apakah yang dimaksudkan dengan insentif geran sepadan memasuki IPT?

Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Apakah syarat-syarat kelayakan geran sepadan ini? Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.
2. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.
3. Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.

Jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.

Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.

Bagaimanakah kaedah tuntutan dan apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon geran sepadan ini?

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

1. *Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
2. Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai.
3. Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat.
4. *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT.
5. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4).
6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan.
7. Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun)

*dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan

Jika tuntutan geran sepadan dibuat dalam tempoh kurang setahun dari tarikh pembukaan akaun, adakah pendeposit layak dipertimbangkan untuk pemberian geran sepadan?

Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam Simpan SSPN Prime.

Sekiranya berlaku kematian ke atas penerima manfaat, adakah akaun perlu ditutup?

Ya, sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun perlu ditutup.

Apakah situasi yang menyebabkan akaun Simpan SSPN Prime pendeposit akan ditutup secara automatik?

1. Penerima manfaat mencapai umur 29 tahun; dan
2. Pendeposit/ penerima manfaat meninggal dunia.

ii. SSPN PLUS

Apakah Simpan SSPN Plus?

Simpan SSPN Plus merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT)Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.

Adakah pelan simpanan yang ditawarkan

Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN iaitu di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Apakah pakej yang ditawarkan melalui simpan SSPN Plus?

Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan (RM20 simpanan dan RM10 takaful). Ringkasan pakej adalah seperti berikut :

Apakah keistimewaan simpan SSPN Plus?

Keistimewaan produk Simpan SSPN Plus adalah seperti berikut:

1. Produk patuh syariah.
2. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime).
3. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan).
4. Komitmen serendah RM30.00 sebulan.
5. Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT).
6. Tiada pemeriksaan kesihatan.
7. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
8. Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih).
9. Manfaat sehingga 50 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih.
10. Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih.
11. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
12. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
13. Simpanan dijamin Kerajaan.

Apakah perbezaan Simpan SSPN Plus dengan Simpan SSPN Prime sedia ada?

Perbezaan antara produk Simpan SSPN Plus dengan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut :

Saya telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime, adakah saya boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus?

Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun Simpan SSPN Prime.

Adakah pendeposit yang mempunyai akaun SSPN-i Plus boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus?

Boleh dengan syarat akaun yang dibuka melibatkan penerima manfaat berbeza yang tidak pernah mempunyai akaun SSPN-i Plus sebelum ini.

Adakah terdapat had bilangan pembukaan akaun Simpan SSPN Plus?

Ya. Bilangan pembukaan akaun dihadkan hingga 10 akaun sahaja bagi pembukaan secara onlineTiada had bagi pembukaan melalui kaunter PTPTN

Siapakah yang layak membuka akaun Simpan SSPN Plus?

Syarat bagi Pendeposit :

1. Warganegara Malaysia;
2. Mencapai umur 16 tahun sehingga sehari sebelum mencapai umur 69 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih); dan
3. Boleh membuka akaun untuk diri sendiri (sebagai penerima manfaat) tetapi tidak boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Syarat bagi Penerima Manfaat :

1. Warganegara Malaysia;
2. Hubungan dengan pendeposit hendaklah sama ada anak kandung/ anak tiri/ anak angkat; dan
3. Berumur 1 hari sehingga sehari sebelum mencapai umur 29 tahun (untuk layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan).

Apakah had umur pembukaan akaun Simpan SSPN Plus mengikut syarikat pengendali takaful?

Had umur pembukaan akaun Simpan SSPN Plus mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) adalah berikut :

HLMT – Sehingga sebelum mencapai 65 tahun
TIFB – Sehingga sebelum mencapai 65 tahun
GETB – Sehingga sebelum mencapai 69 tahun

Adakah pelanggan perlu membuat pemeriksaan kesihatan ataupun mendapatkan laporan perubatan untuk membuka akaun Simpan SSPN Plus?

Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun. Namun begitu bagi pembukaan akaun Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain yang ditawarkan.

Adakah bahagian simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?

Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi simpanan di Bahagian Simpanan sahaja. Pengeluaran hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun pada bila-bila masa dengan jumlah minimum simpanan yang perlu dikekalkan dalam akaun adalah sebanyak RM1,000 (tertakluk syarat-syarat lain yang ditetapkan dari masa ke semasa).

Adakah terdapat had limit bagi pengeluaran akaun Simpan SSPN Plus?

Ya. Pengeluaran hanya dibenarkan sehingga maksimum RM 1,000 sehari bagi setiap akaun untuk pengeluaran secara dalam talian (online) di Portal Rasmi. Sekiranya pendeposit berhasrat membuat pengeluaran melebihi amaun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran di kaunter pejabat cawangan PTPTN.

Adakah pendeposit akan mendapat tunai semasa membuat permohonan pengeluaran simpanan akaun Simpan SSPN Plus?

Tidak. Pengeluaran simpanan akaun Simpan SSPN Plus akan di kredit terus ke akaun bank pendeposit.

Adakah penerima manfaat boleh membuat pengeluaran simpanan akaun Simpan SSPN Plus yang dibuka untuknya?

Tidak. Hanya pendeposit sahaja yang boleh membuat pengeluaran simpanan.

Apakah syarat-syarat pengeluaran deposit Simpan SSPN Plus?

Syarat-syarat pengeluaran adalah seperti berikut :

– Pengeluaran hanya melibatkan amaun simpanan sahaja dan tidak melibatkan amaun takaful.
– Pengeluaran boleh dilakukan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun; dan
– Akaun Simpan SSPN Plus hendaklah berbaki RM1,000.00 selepas pengeluaran; dan
– Had maksimum pengeluaran adalah RM1,000 sehari per akaun.

Adakah simpanan akaun Simpan SSPN bagi pendeposit Islam telah dibuat bayaran zakat simpanan?

PTPTN membayar zakat ke atas pendapatan pelaburan bersih selepas mengambil kira perbelanjaan. Zakat yang dibayar ini adalah merupakan Zakat Perniagaan. Sehubungan itu, pendeposit Simpan SSPN masih tertakluk kepada zakat simpanan individu bagi simpanan dalam Simpan SSPN, termasuklah dividen yang diterima oleh mereka. Pendeposit boleh membuat pembayaran zakat mereka di mana-mana Pusat Pungutan Zakat.

Apakah situasi yang menyebabkan akaun Simpan SSPN Plus pendeposit akan ditutup secara automatik?

1. Mempunyai akaun tertunggak melebihi 90 hari;
2. Penerima manfaat mencapai umur 29 tahun; dan
3. Pendeposit/ penerima manfaat meninggal dunia.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut