Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) secara rasmi menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun bermula 12 Ogos 2026.

Langkah ini diambil bagi menangani isu teknikal dan kekeliruan yang dihadapi oleh beberapa rakyat Malaysia ketika melakukan daftar masuk (check-in) dengan syarikat penerbangan antarabangsa di luar negara.

Walaubagaimanapun, pasport dengan tempoh sah laku maksimum 10 tahun tetap diteruskan dan boleh dipohon seperti biasa pada harga RM350.

Hanya pasport yang mempunyai baki tempoh sah laku lama bawaan (carry forward) yang menyebabkan tarikh luputnya melebihi 10 tahun daripada tarikh dikeluarkan dihentikan. Jim menetapkan had maksimum mutlak adalah 10 tahun sahaja.

Rujuk maklumat lanjut mengenai isu ini di bawah.

Kenapa Pasport Malaysia Dengan Sahlaku Melebihi 10 Tahun Dihentikan?

Sebelum ini, apabila anda memperbaharui pasport, baki tempoh sah laku dari pasport lama akan dibawa ke hadapan (carry forward). Ini menyebabkan sebilangan pasport mempunyai tempoh sah laku keseluruhan mencecah 10 tahun beberapa bulan.

Walau bagaimanapun, sistem pengkalan data sesetengah syarikat penerbangan dan pihak berkuasa luar negara (seperti di Dubai, Johannesburg, dan Windhoek) tidak dapat menerima atau membaca pasport yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun, selain tafsiran berbeza mengenai syarat baki sah laku 6 bulan.

Ini menyebabkan berlaku kesukaran bagi rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara dengan yang melebih tempoh 10 tahun seperti isu viral baru-baru ini.

Oleh itu, JIM kini menetapkan had maksimum mutlak bagi tempoh sah laku pasport Malaysia adalah 10 tahun sahaja bermula 12 Ogos 2026.

Rujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di bawah:

Pasport Malaysia Dengan Sahlaku Melebihi 10 Tahun Dihentikan
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia
Pasport Malaysia Dengan Sahlaku Melebihi 10 Tahun Dihentikan
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Tindakan yang Diambil oleh Jabatan Imigresen Malaysia

Berikutan isu yang dihadapi oleh beberapa pemegang Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun ketika melakukan perjalanan ke luar negara, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengambil tindakan segera bagi menangani perkara tersebut.

Berkuat kuasa serta-merta, tempoh sah laku maksimum PMA ditetapkan kepada 10 tahun bagi menyeragamkan pelaksanaannya serta mengelakkan kekeliruan semasa urusan perjalanan antarabangsa.

Antara tindakan yang dilaksanakan:

  • JIM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada syarikat penerbangan bagi membantu pengembara warga Malaysia yang terjejas di luar negara.
  • Pengeluaran PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun dihentikan sehingga isu berkaitan diselesaikan bersama pihak berkaitan.
  • Pemegang PMA sedia ada dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun akan diberikan penggantian pasport secara PERCUMA dengan tempoh sah laku maksimum 10 tahun.
  • Pemegang PMA yang terlibat akan diberikan keutamaan bagi urusan penggantian pasport.

Adakah Pasport 10 Tahun Dimansuhkan Terus?

Tidak.

Pasport Malaysia dengan tempoh sah laku maksimum 10 tahun tetap diteruskan dan boleh dipohon seperti biasa dengan kadar bayaran RM350.

Polisi baharu ini hanya menyekat baki bulan carry forward daripada pasport lama supaya tarikh luput pasport baharu tidak akan sesekali melebihi tempoh 10 tahun dari tarikh ia dicetak.

  • PMA 5 TAHUN — KEKAL ✅
  • PMA 10 TAHUN — KEKAL ✅
  • PMA dengan tempoh sah laku MELEBIHI 10 TAHUN — DIHENTIKAN ❌

Apa Perlu Dilakukan oleh Pemegang Pasport Terjejas?

Jika anda telah memperbaharui pasport dan mendapati tarikh luput pasport anda melebihi 10 tahun dari tarikh ia dicetak, berikut adalah ketetapan rasmi daripada Jabatan Imigresen Malaysia:

  • Penggantian Percuma: Anda layak mendapat pasport gantian baharu (dengan had maksimum sah laku 10 tahun) secara percuma tanpa sebarang bayaran.
  • Diberi Keutamaan: Urusan penukaran pasport anda akan diberikan keutamaan (priority) di kaunter Imigresen bagi mengelakkan implikasi semasa melancong.
  • Bantuan di Luar Negara: Bagi rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara dan terjejas, JIM akan mengeluarkan surat pemberitahuan rasmi kepada semua syarikat penerbangan antarabangsa untuk melancarkan urusan pulang atau transit anda.

Maklumat Lanjut

Anda boleh merujuk saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk maklumat lanjut seperti di bawah:

  • Portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my.
  • Media Sosial Rasmi: Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia
  • Kaunter Fizikal: Sila hadir ke Bahagian Pasport di mana-mana Pejabat Imigresen Cawangan atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.

Soalan Lazim Pasport Malaysia Dengan Sahlaku Melebihi 10 Tahun Dihentikan

Pasport saya bertarikh luput 10 tahun 4 bulan. Adakah saya wajib tukar sekarang?

Tidak wajib jika anda tidak ke luar negara dalam masa terdekat. Namun, anda sangat digalakkan menukarnya sebelum menempah sebarang tiket penerbangan antarabangsa demi mengelakkan risiko terkandas di lapangan terbang.

Bagaimana cara untuk saya menuntut penggantian pasport percuma ini?

Anda hanya perlu hadir secara terus (walk-in) ke kaunter Jabatan Imigresen. Sistem akan mengesan kelayakan anda berdasarkan tarikh sah laku pasport sedia ada.

Apakah dokumen yang wajib saya bawa ke kaunter Imigresen?

Sila bawa Pasport asal yang terjejas dan Kad Pengenalan (MyKad) anda. Tiada dokumen tambahan atau borang rumit diperlukan.

Adakah saya perlu membuat janji temu dalam talian (online appointment) terlebih dahulu?

Tidak perlu. Urusan penukaran pasport terjejas ini diberikan laluan keutamaan (priority lane) di kaunter tanpa perlu janji temu.

Pasport saya mempunyai tempoh sah laku tepat 10 tahun (tiada bulan ekstra). Adakah saya terlibat?

Tidak terlibat. Polisi ini hanya melibatkan pasport yang mempunyai baki bulan bawaan (carry forward) daripada pasport lama yang menyebabkan tempohnya melebihi 10 tahun. Pasport tepat 10 tahun anda adalah sah dan selamat digunakan.

Penulis