TERKINI: PEMBAYARAN SARA BULANAN 2026 AKAN DISALURKAN PADA 9 JANUARI 2026 (UNTUK PENERIMA ISI RUMAH & WARGA EMAS) DAN 16 JANUARI 2026 UNTUK BUJANG. Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA.
Apa itu SARA (Sumbangan Asas Rahmah)?
SARA ialah singkatan Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan tunai kerajaan yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima bagi membantu rakyat membeli barangan keperluan asas harian.
Bantuan ini bertujuan meringankan kos sara hidup, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Melalui SARA, penerima boleh menggunakan kredit yang dimasukkan terus ke dalam MyKad untuk membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai terpilih di seluruh negara. Antara kedai yang terlibat termasuk pasar raya besar seperti Giant, Mydin, HeroMarket, selain banyak lagi kedai runcit tempatan termasuk kedai kampung.
Untuk SARA RM100 yang diberikan secara one-off, bantuan ini disalurkan mengikut individu. Ini bermakna, jika dalam satu keluarga terdapat 4 orang dewasa yang layak, jumlah keseluruhan bantuan yang diterima boleh mencecah RM400 untuk satu rumah.

Tarikh Bayaran SARA 2026 Mengikut Kategori
Tarikh Bayaran SARA 2026 Mengikut Kategori dilaksanakan secara berperingkat mengikut jenis bantuan dan kumpulan penerima bagi memastikan proses agihan berjalan lancar. Berikut ialah perincian tarikh penting SARA 2026
1. SARA Bulanan
- 9 Januari 2026: Bayaran dikreditkan kepada penerima Isi Rumah dan Warga Emas.
- 16 Januari 2026: Bayaran dikreditkan kepada penerima Individu Bujang.
2. SARA Untuk Semua (One-off)
- 9 Februari 2026: Bayaran diberikan kepada semua warganegara Malaysia pemegang MyKad berumur 18 tahun dan ke atas yang layak.
NOTA PENTING:-
- Semakan kelayakan boleh dibuat sehari sebelum tarikh pelaksanaan untuk setiap kategori.

Jadual Pembayaran SARA 2026
Bagi pemohon yang sudah diluluskan untuk menerima Bantuan STR FASA 1 2026, anda boleh rujuk jadual pembayaran SARA 2026 berikut:

Penerima STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
yang tiada dalam senarai eKasih juga layak SARA 2026 seperti berikut:
- Penerima STR 2026 kategori Isi Rumah layak RM1,200 setahun atau RM100
setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2026. - Penerima STR 2026 kategori Bujang layak RM600 setahun atau RM50 setiap
bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2026. - Penerima STR 2025 kategori Warga Emas Tiada Pasangan layak RM600 setahun
atau RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2026.
Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna SARA
Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli barangan daripada 14 kategori utama yang merangkumi sehingga 90,000 jenis barangan.
Senarai Kategori & Contoh Barangan
- Beras (pelbagai jenama berdaftar)
- Telur ayam (gred A–C)
- Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwich)
- Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran)
- Biskut (krim, kering)
- Mi segera & bihun
- Tepung gandum
- Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak)
- Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah)
- Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat)
- Barangan penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
- Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka)
- Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut)
- Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai)
Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan
- Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.
- Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)

Cara Semak Kelayakan SARA 2026
Semakan status kelayakan bagi SARA 2026 untuk kategori bujang telah dibuka. Anda boleh semak kelayakan SARA 2026 menggunakan DUA kaedah iaitu:
- Semakan melalui Portal MyKasih
- Semakan melalui Portal MySTR

Cara Beli Barang SARA Guna MyKad
Berikut ialah langkah ringkas untuk menebus dan menggunakan bantuan SARA di kedai runcit berdaftar:
- Pilih barangan keperluan asas yang layak daripada 14 kategori dengan label SARA/MyKasih di kedai berdaftar.
- Tunjukkan MyKad di kaunter sebagai pengesahan penerima.
- Tukar PIN sementara MyKad kepada PIN baharu untuk keselamatan.
- Juruwang mengimbas barangan dan anda masukkan PIN 6 digit untuk sahkan bayaran.
- Amaun pembelian ditolak terus daripada kredit SARA dalam MyKad.
- Simpan resit dan gunakan baki bantuan yang tidak habis pada bulan berikutnya.

Cara Semak Barang SARA Guna Apps MyKasih
Untuk menyemak barangan yang dibenarkan menggunakan bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih, penerima boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi dan log masuk menggunakan maklumat yang diperlukan, atau gunakan aplikasi tanpa log masuk bagi fungsi tertentu.
- Pilih fungsi “Imbas Kod Bar” atau “Scan Barcode” yang tersedia dalam aplikasi.
- Imbas kod bar pada produk di kedai untuk mengetahui sama ada barangan tersebut layak atau tidak dibeli menggunakan bantuan SARA.
- Semak katalog barangan dan kategori produk yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan SARA yang dipaparkan dalam aplikasi.
- Gunakan aplikasi untuk mencari lokasi kedai runcit berdaftar yang menerima pembayaran SARA berhampiran kawasan anda.
Muat Turun Aplikasi MyKasih
Aplikasi rasmi MyKasih Malaysia merupakan aplikasi mudah alih yang direka untuk memudahkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menyemak dan mengurus bantuan yang diterima.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengetahui baki kredit bantuan, menyemak senarai barangan yang dibenarkan, mencari kedai runcit berdaftar, serta mengimbas kod bar produk bagi memastikan barangan tersebut layak dibeli menggunakan bantuan MyKasih.
Muat turun secara percuma dari Google Play Store untuk Android dan Apple App Store untuk iOS.

Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026 sila rujuk/layari:
- Portal Rasmi MyKasih Foundation
- Portal Rasmi SARA
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026)
- Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Soalan Lazim – SARA Bulanan
Rujuk Soalan Lazim (FAQ) SARA 2026 :










Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling berkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka ekonomi MADANI.
Kelayakan SARA 2026 adalah terhad kepada :
SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
I. Warganegara Malaysia; dan
II. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
III. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
SARA STR 2026
I. Warganegara Malaysia; dan
II. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin Tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut:
I. Data eKasih 31 Oktober 2025 (layak SARA mulai Fasa 1)
II. Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA mulai Fasa 2)
III. Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA mulai Fasa 3)
IV. Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA mulai Fasa 4)
Tidak. Kelayakan SARA 2026 2026 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala. SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima str 2026 kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Penerima lulus STR 2026 yang disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin
eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM100-RM200 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
(Januari 2026 – Disember 2026).
Manakala kadar untuk semua penerima lulus STR 2026 selain Miskin Tegar dan
Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM50-RM100 setiap bulan bagi tempoh
12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).
Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa
tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan
MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan
boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
I. Isi Rumah (tiada had umur)
– Penerima STR 2026 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM2,400 setahun, iaitu RM200 sebulan.
– Penerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM1,200 setahun, bersamaan RM100 sebulan.
II. Warga Emas Tiada Pasangan
– Penerima STR 2026 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM1,800 setahun, iaitu RM150 sebulan.
– Penerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
III. Bujang (21 hingga 59 tahun)
– Penerima STR 2026 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM1,200 setahun, iaitu RM100 sebulan.
– Penerima STR 2026 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih menerima RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
Semakan kelayakan SARA 2026 boleh dilakukan dengan beberapa kaedah seperti berikut:
I. Surat pemakluman
– Surat lulus STR 2026 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
II. Sistem pesanan ringkas (SMS Blast)
– Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp daripada Yayasan MyKasih (agensi pelaksana SARA) untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
– Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
III. Semakan terus melalui portal rasmi
– Portal Rasmi STR
– Portal Rasmi SARA
IV. Hubungi
Semakan kelayakan SARA
– Hubungi BKK HASiL: 1-800-88-2747
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
– Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semakan pelaksanaan SARA
– Hubungi Yayasan MyKasih: 03-7720 1800
(waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad mereka untuk membeli barang
keperluan asas terpilih.
Pembayaran kepada penerima SARA 2026 adalah seperti jadual berikut:
elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?
Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau
bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir
tempoh program iaitu 31 Disember 2026 akan luput secara automatik.
baki semasa SARA dalam MyKad penerima?
Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori
produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian
melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima. Sebarang
pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab
penerima itu sendiri.
meninggal dunia pada Januari 2026. Bagaimanakah pelaksanaan SARA bagi
permohonan suami saya.
Sekiranya penerima SARA telah meninggal dunia atau mempunyai kekangan untuk
hadir ke Pasaraya terpilih untuk tujuan pembelian barangan keperluan asas
menggunakan MyKad Penerima, kaedah pembayaran SARA adalah seperti berikut
mengikut situasi penerima
i. Penerima Meninggal Dunia
a. Isi Rumah: Bayaran SARA akan ditukar kepada pemohon (penerima
pasangan) atau pasangan warganegara (penerima pemohon).
b. Warga Emas Tiada Pasangan: Bayaran SARA 2026 dihentikan.
c. Bujang: Bayaran SARA 2026 dihentikan.
ii. Berada dalam penjara / pusat serenti / reman penjara / institusi jagaan
Kerajaan yang lain
a. Isi Rumah: Bayaran SARA akan ditukar kepada pemohon (penerima
pasangan) atau pasangan warganegara (penerima pemohon).
b. Warga Emas Tiada Pasangan: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
c. Bujang: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
iii. Berada di luar negara
a. Isi Rumah: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
b. Warga Emas Tiada Pasangan: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
c. Bujang: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
iv. Sakit / Uzur / Orang Kurang Upaya (OKU)
a. Isi Rumah: Bayaran SARA akan ditukar kepada pemohon (penerima
pasangan) atau pasangan warganegara (penerima pemohon).
b. Warga Emas Tiada Pasangan: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
c. Bujang: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
suami. Adakah saya layak SARA 2026 memandangkan saya (ibu) yang diberi hak
penjagaan untuk menanggung anak-anak?
Kelayakan SARA 2026 adalah kepada penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih serta
semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada
Pasangan.
SARA Miskin Tegar / Miskin eKasih adalah berdasarkan data Miskin Tegar / Miskin
eKasih yang berstatus lulus STR 2026. Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi
Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas
suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARA 2026 secara
berasingan.
Sekiranya kelulusan terkini STR 2026 anda adalah kategori Isi Rumah, anda layak
kadar tambahan berdasarkan kepada fasa kelulusan semasa.
Baca juga:




