Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 10 Ogos 2026.
Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya semakan permohonan Bantuan Kasih Johor Fasa 4, MamaKerja Selangor, pelbagai inisiatif OKU, warga emas dan macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. MamaKerja Selangor
Berita baik! Permohonan inisiatif RM1000 MamaKerja Selangor akan dibuka mulai 17 Ogos 2026.
Melalui Program MamaKerja 2.0, inisiatif ini membantu meringankan kos penjagaan anak, di samping memberi ruang kepada lebih ramai wanita untuk terus bekerja dengan lebih tenang tanpa mengabaikan kebajikan dan keselamatan anak-anak.
Kerajaan Negeri Selangor terus mengorak langkah ke hadapan dalam menjawab realiti kehidupan hari ini, dengan meneruskan inisiatif MamaKerja sebagai inisiatif kepada ibu bekerja yang memerlukan sokongan penjagaan anak yang selamat dan berkualiti.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi NINE dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.
Semoga lebih ramai ibu bekerja dapat memanfaatkan inisiatif ini demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel : MamaKerja 2026: Permohonan Insentif RM1,000 Wanita Bekerja Mulai Ogos

2. Semakan BKJ Fasa 4 (Rayuan & Permohonan Baru)
Semakan permohonan pendaftaran dan rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 2026 akan dibuka pada 08 Ogos 2026. Kepada semua pemohon boleh membuat semakan permohonan bermula pada tarikh tersebut.
Cara Membuat Semakan BKJ Fasa 4
- Layari portal rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor 2026 https://bkj.johor.gov.my
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) anda.
- Lengkapkan pengesahan keselamatan (captcha) jika ada.
- Klik pada butang “Semak” untuk melihat status kelulusan permohonan atau rayuan anda.

3. Keputusan Permohonan dan Majlis Penyampaian Perumahan Kasih Johor Fasa 5
Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) telah mengumumkan senarai pemohon yang berjaya bagi Inisiatif Perumahan Kasih Johor Fasa 5.
Pautan Semakan dan Skim Bantuan
- Bantuan Beli Rumah Pertama (RM5,000):
- Sesi 1 (8.30 Pagi): https://tinyurl.com/Sesi1BantuanBeliRumah-Fasa5
- Sesi 2 (2.30 Petang): https://tinyurl.com/Sesi2BantuanBeliRumah-Fasa5
- Bantuan Masuk Rumah Pertama (RM2,000):
- Sesi 1 (8.30 Pagi): https://tinyurl.com/Sesi1BantuanMasukRumah-Fasa5
- Sesi 2 (2.30 Petang): https://tinyurl.com/Sesi2BantuanMasukRumah-Fasa5
- Bantuan Sewa Rumah (RM2,500):
- Sesi 1 (8.30 Pagi): https://tinyurl.com/Sesi1BantuanSewaRumah-Fasa5
- Sesi 2 (2.30 Petang): https://tinyurl.com/Sesi2BantuanSewaRumah-Fasa5
Maklumat Majlis Penyampaian
- Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
- Lokasi: Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru
- Nota Penting Kehadiran:
- Sila bawa Kad Pengenalan asal bagi tujuan pengesahan.
- Sebarang wakil adalah tidak dibenarkan.
Maklumat Tambahan
- Pemakluman rasmi juga telah dihantar melalui emel ([email protected]). Sila semak emel masing-masing untuk maklumat lanjut.
- Bagi pemohon yang tidak menerima sebarang pemakluman sebelum 15 Ogos 2026, status permohonan adalah masih dalam proses semakan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi PKPJ.


4. Jerebu Rentas Sempadan & Pengurusan Sekolah KPM
Keadaan jerebu rentas sempadan yang turut melibatkan kawasan di Malaysia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, khususnya berhubung risiko pendedahan anak-anak kepada udara yang tidak sihat.
Menurut Air Pollutant Index Management System, APIMS, Jabatan Alam Sekitar, setakat 10 Ogos 2026, terdapat beberapa kawasan menunjukkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 101-200, yang berada pada tahap tidak sihat, terutamanya di Sarawak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, JPBN Sarawak memaklumkan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negeri tersebut berpunca daripada jerebu rentas sempadan, susulan pergerakan angin yang membawa asap daripada titik panas di wilayah berdekatan ke Sarawak.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan langkah pengurusan sekolah semasa kejadian jerebu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.
IPU melebihi 100 – TIDAK SIHAT
• Semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.
• Aktiviti sukan, Pendidikan Jasmani, perhimpunan dan program luar hendaklah ditangguhkan.
• Murid dinasihatkan memakai pelitup muka yang sesuai dan minum air dengan kerap.
IPU melebihi 200 – SANGAT TIDAK SIHAT
• Sekolah hendaklah ditutup serta-merta.
• Pihak sekolah hendaklah memaklumkan tindakan penutupan kepada PPD dan JPN.
• Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut arahan serta ketetapan yang berkuat kuasa.
IPU melebihi 500 – BAHAYA
• Sekolah ditutup sepenuhnya.
• Guru dan kakitangan sekolah tidak perlu hadir ke sekolah.

Untuk membuat semakan IPU terkini, sila layari laman web rasmi APIMS, Jabatan Alam Sekitar di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

5. Baju Uniform Sekolah NADI Kini Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Bayar Secara Ansuran
Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.
Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.
Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:
• Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
• Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
• Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.
Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

6. Semakan Pelatih PLKN Siri 4
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ingin memaklumkan bahawa, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 4 TAHUN 2026 akan diadakan bermula pada 3 OKTOBER 2026 sehingga 16 NOVEMBER 2026.
Sehubungan dengan itu, semakan kepada bakal pelatih (SIRI 4/2026) bagi daftar KELAHIRAN TAHUN 2008 boleh dilakukan bermula seperti ketetapan berikut:
TARIKH : 10 OGOS (ISNIN) | MASA: JAM 11.00 PAGI
Laman Sesawang / Pautan Sistem ePLKN 3.0: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
Bagi memastikan proses kelancaran pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang TERPILIH selepas melakukan semakan perlu membuat PENGESAHAN KEHADIRAN melalui sistem ePLKN 3.0 selewat-lewatnya pada 18 SEPTEMBER 2026. Bagi siri-siri latihan PLKN seterusnya pihak JLKN akan memaklumkan secara berperingkat kelak dan bakal pelatih diingatkan supaya sentiasa peka dengan pengumuman di saluran rasmi JLKN untuk menyemak sistem ePLKN dari masa ke semasa.



7. Bantuan Tunai Interim RM400 BUDI Agri-Komoditi Telah Dikreditkan
Berita baik buat penerima yang layak!
Bantuan tunai sebanyak RM400 (RM200 sedia ada dan RM200 secara interim) telah disalurkan bagi membantu meringankan kos dan menyokong kelangsungan petani dan pekebun kecil.
Bantuan ini disalurkan kepada penerima Budi Agri-Komoditi di seluruh negara.
Dah terima? Semak akaun anda hari ini!


8. Permohonan Guru MARA Dibuka Sehingga 21 Ogos
Berminat nak jadi guru MARA? Peluang kerjaya bersama MARA kini dibuka!
Permohonan bagi mengisi jawatan guru dan pensyarah MARA kini dibuka. Kelayakan minimum layak memohon ialah Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bertepatan dengan subjek yang dimohon.
Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM, TVETMARA, Kolej MARA, dan Kolej Profesional MARA.
Tarik tutup permohonan 21 Ogos 2026.





9. Portal e-Warga Emas JKM Diperkenalkan
Tahukah anda, terdapat satu portal khusus kepada warga emas yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat khusus bagi penyampaian maklumat, hebahan, dan kerjaya iaitu Portal e-Warga Emas yang boleh diakses menerusi laman web https://wargaemas.jkm.gov.my.
Tujuan portal ini diwujudkan adalah sebagai bagi mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang bersepadu, berkesan, serta meningkatkan kesejahteraan golongan warga emas, keluarga, dan penjaga di seluruh negara.
Ia juga adalah salah satu usaha Kerajaan ke arah merealisasikan objektif yang digariskan dalam Dasar Warga Emas iaitu membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
Perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal ini adalah seperti berikut:
- Pembelajaran Sepanjang Hayat: Pelbagai peluang kursus yang ditawarkan.
- Advokasi: Hebahan informasi berkaitan warga emas.
- Perkhidmatan Komuniti:
– Pendaftaran ahli PAWE secara dalam talian
– Maklumat Penyedia Perkhidmatan seperti pengangkutan, pengiring/peneman, penjagaan dan ambulan. - Kerjaya : Peluang pekerjaan untuk warga emas.
Jangan lupa daftar!

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




