Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Temuduga Program Pendidikan terutamanya tips dan panduan menghadapi temuduga tersebut:
Tips Temuduga Bagi Program Pengajian Pendidikan UPU Online
Maklumat Penting Temuduga UPU Online Sebelum menghadiri temuduga, calon perlu mengambil perhatian terhadap maklumat berikut:
- Sesi temuduga diadakan setelah calon melepasi kelayakan minimum akademik bagi sesuatu program yang dipohon.
- Satu hingga empat calon akan dipanggil serentak dalam satu sesi bergantung kepada keadaan.
- Satu sesi dijalankan dalam tempoh 10 hingga 30 minit. Panel temuduga merupakan pegawai yang telah dilatih untuk mengekstrak pelbagai dimensi dan ciri calon dalam sesi temuduga.
- Penilaian bermula seawal calon mula melangkah ke dalam bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak-geri dan pertuturan calon diperhatikan.
Terdapat banyak kaedah yang digunakan oleh panel untuk menilai calon sewaktu temuduga.
Antaranya adalah:
Selidik bidang pengajian yang ingin dipohon. Program seperti Kimpalan, Aircond, catering bukanlah satu mata pelajaran di peringkat sekolah. Jadi, calon mesti membuat penyelidikan tentang bidang ini agar tidak salah menjawab apabila disoal. (Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut)
Mock-Teaching
Calon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar. (Nota: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar)
Debat
Pasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel. (Nota: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang)
Isu Semasa
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa pendidikan. (Nota: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara)
Pengetahuan Bidang
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UPU DAN / ATAU UJIAN UPUONLINE 2025
SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2024/2025
CALON YANG MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN BOLEH MELAYARI URL UNIVERSITI AWAM TERLIBAT SEPERTI DIBAWAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN BERMULA PADA 14 APRIL 2025.
- UPSI : https://kemasukan.upsi.edu.my/
- UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran
- UniSZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran
- UiTM : https://pengambilan.uitm.edu.my
- UMK : https://capsule.umk.edu.my/admission/interview
- UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/asasi/semakanasasi
- UPNM : https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga
- Politeknik : https://ambilan.mypolycc.edu.my
- Kolej Komuniti : https://ambilan.mypolycc.edu.my
Tarikh Penting Permohonan / Semakan Temuduga UPU Online 2025/2026
Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan keputusan UPUOnline sesi 2025/2026:
CALON LEPASAN SPM
Bagi pelajar lepasan SPM, tempoh permohonan UPUOnline sesi 2025/2026 terdapat dalam 2 fasa berikut:
- FASA 1 : 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025
- FASA 2 : 14 April 2025 – 16 Mei 2025
- Sila ambil maklum bahawa pada fasa permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan/atau ujian.
TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2025 – LEPASAN SPM
CALON LEPASAN STPM
Bagi pelajar lepasan STPM, tempoh permohonan UPUOnline sesi 2025/2026 terdapat dalam 2 fasa berikut:
- FASA 1 : 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025
- FASA 2 : 14 April 2025 – 16 Mei 2025
- Sila ambil maklum bahawa pada fasa permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan/atau ujian.
TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2025 – LEPASAN STPM / SETARAF
Calon boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali yang telah dipangil temu duga atau ujian.
Namun pada fasa permohonan kedua dan kemaskini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga dan / atau ujian.
SEMAK MELALUI APLIKASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY
Maklumat Lanjut Temuduga UPUOnline
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
- FACEBOOK: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
- TALIAN HOTLINE : 03 8684 2363
- ALAMAT EMEL : [email protected]
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Rujukan : https://www.ipendidikan.my/tips-temuduga-program-pendidikan.html
Baca juga: