Semakan Temuduga UPUOnline Sesi 2026

Semakan Temuduga UPU
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Calon yang memohon program bertemu duga dan/atau ujian boleh membuat semakan melalui pautan institusi berkaitan mulai 9 April 2026 (Khamis).

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Temuduga Program Pendidikan terutamanya tips dan panduan menghadapi temuduga tersebut:

Tips Temuduga Bagi Program Pengajian Pendidikan UPU Online

Maklumat Penting Temuduga UPU Online Sebelum menghadiri temuduga, calon perlu mengambil perhatian terhadap maklumat berikut:

  • Sesi temuduga diadakan setelah calon melepasi kelayakan minimum akademik bagi sesuatu program yang dipohon.
  • Satu hingga empat calon akan dipanggil serentak dalam satu sesi bergantung kepada keadaan.
  • Satu sesi dijalankan dalam tempoh 10 hingga 30 minit. Panel temuduga merupakan pegawai yang telah dilatih untuk mengekstrak pelbagai dimensi dan ciri calon dalam sesi temuduga.
  • Penilaian bermula seawal calon mula melangkah ke dalam bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak-geri dan pertuturan calon diperhatikan.

Terdapat banyak kaedah yang digunakan oleh panel untuk menilai calon sewaktu temuduga.

Antaranya adalah:

Selidik bidang pengajian yang ingin dipohon. Program seperti Kimpalan, Aircond, catering bukanlah satu mata pelajaran di peringkat sekolah. Jadi, calon mesti membuat penyelidikan tentang bidang ini agar tidak salah menjawab apabila disoal. (Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut)

Mock-Teaching

Calon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar. (Nota: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar)

Debat

Pasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel. (Nota: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang)

Isu Semasa

Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa pendidikan. (Nota: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara)

Pengetahuan Bidang

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UPU DAN / ATAU UJIAN UPUONLINE 2026

SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2026/2027

CALON YANG MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN BERTEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN BOLEH MELAYARI URL UNIVERSITI AWAM TERLIBAT SEPERTI DIBAWAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN BERMULA PADA 9 APRIL 2026 (KHAMIS).

Tarikh Penting Permohonan / Semakan Temuduga UPU Online 2025/2026

Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan keputusan UPUOnline sesi 2025/2026:

CALON LEPASAN SPM

Berikut ialah proses permohonan dan sesi akademik 2026/2027 bagi Lepasan SPM mengikut fasa:

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2026 – LEPASAN SPM

CALON LEPASAN STPM

Berikut ialah proses permohonan dan sesi akademik 2026/2027 bagi Lepasan STPM/Setaraf mengikut fasa:

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2026 – LEPASAN STPM / SETARAF

SEMAK MELALUI APLIKASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY

Maklumat Lanjut Temuduga UPUOnline

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan permohonan UPUOnline 2025/2026, anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Atau, anda boleh juga hantarkan sebarang aduan atau maklum balas UPU menerusi pautan ini: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

upuonline temuduga upu

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Soalan Lazim

Bilakah semakan panggilan temuduga boleh dibuat?

Semakan boleh dibuat mulai 9 April 2026 (Khamis).

Siapakah yang perlu membuat semakan ini?

Calon yang memohon program pengajian yang memerlukan temuduga dan/atau ujian (#).

Adakah semua program memerlukan temuduga?

Tidak. Hanya program tertentu sahaja yang memerlukan temuduga dan/atau ujian.

Apa yang perlu saya lakukan jika dipanggil temuduga?

Calon perlu menyemak maklumat temuduga dengan teliti dan hadir pada tarikh serta masa yang ditetapkan.

Bagaimana jika saya tidak menerima panggilan temuduga?

Ini bermaksud anda tidak disenarai pendek untuk program yang memerlukan temuduga, atau program yang dipohon tidak memerlukan sesi tersebut.

Adakah keputusan temuduga menentukan kemasukan?

Ya, keputusan temuduga dan/atau ujian adalah antara faktor penting dalam pemilihan kemasukan ke program pengajian.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut