Semakan Keputusan STAM 2026 – 5 Februari 2026

semakan keputusan stam 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Keputusan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) bagi peperiksaan tahun 2025 akan diumumkan pada 5 Februari 2026 (Khamis) mulai jam 10.00 pagi sehingga pukul 6:00 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu). Semak keputusan STAM 2025 anda menerusi pautan https://myresultstam.moe.gov.my

Keputusan juga boleh disemak melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

semakan keputusan stam 2025 2026

Seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2025 di 135 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing pada tarikh yang ditetapkan kelak.

Manakala, bagi calon persendirian boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan kelak.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang keputusan bagi calon STAM 2025/2026 dan cara membuat semakan secara online.

semakan keputusan stam 2026 2025 result

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan

semakan keputusan stam 2026 2025 result
semakan keputusan stam 2026 2025 result

Cara Semakan Keputusan STAM 2025/2026

Cara semakan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025/2026 adalah seperti berikut:

I) SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Manakala bagi calon persendirian boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

II) SEMAKAN ONLINE

Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan ini: https://myresultstam.moe.gov.my

Sistem ini akan dibuka mulai pukul 10:00 pagi pada 05 Februari 2026 (Khamis) sehingga pukul 6:00 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu).

semakan keputusan stam 2026 2025 result

III) SEMAKAN SMS

Selain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2025 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 5 Februari 2026 (Khamis) sehingga pukul 6:00 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu).

semakan keputusan stam 2026 2025 result

Semakan Semula Keputusan STAM 2025

Permohonan semakan semula keputusan boleh dibuat selepas pengumuman rasmi dengan mengikuti prosedur rasmi melalui Lembaga Peperiksaan KPM, termasuk muat turun borang dan bayaran caj semakan semula.

  • Calon boleh membuat permohonan semakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman rasmi keputusan STAM 2025.
  • Caj RM100 bagi setiap mata pelajaran dikenakan.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua bulan dari tarikh tutup permohonan.
  • Jika keputusan kekal, calon akan menerima slip keputusan asal.
  • Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu menghubungi sekolah, dan calon persendirian perlu menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.

Cara-cara untuk membuat permohonan semakan semula keputusan STAM AKAN DIKEMASKINI dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Pengenalan STAM

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif.

STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Keputusan stam 2025
STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Senarai Mata Pelajaran STAM

Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

BIDANGMATA PELAJARAN
Bahasa Arab1. Nahu dan Sarf
2. Insya’ dan Mutala’ah
3. Adab dan Nusus
4. ‘Arudh dan Qafiyah
5. Balaghah
Syariah6. Fiqh
7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
9. Tauhid dan Mantiq
10. Tafsir dan Ulumuhu

BACA JUGA: STAM – Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2025

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM

Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:

PERINGKATTAKRIF
MumtazCemerlang
Jayyid JiddanSangat Baik
JayyidBaik
MaqbulLulus
RasibGagal

Tarikh Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025

Tarikh semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 adalah pada 5 Februari 2026 (Khamis), pukul 10 pagi.

Soalan Lazim Keputusan STAM 2025

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengajukan sebarang pertanyaan, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.

Bilakah keputusan STAM 2025 akan diumumkan?

Keputusan dijangka diumumkan pada 5 Februari 2026 (Khamis), pukul 10 pagi.

Bagaimana cara menyemak keputusan STAM?

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan
keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

i. Secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 mulai pukul 10:00 pagi pada 05 Februari 2026 (Khamis) sehingga pukul 6:00 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu); dan/atau

ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 05 Februari 2026 (Khamis) sehingga pukul 6:00 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu).

Bolehkah calon persendirian mendapatkan slip keputusan?

Ya, calon persendirian boleh mendapatkan slip keputusan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau secara pos.

Apakah tindakan jika tidak berpuas hati dengan keputusan STAM?

Calon boleh membuat permohonan semakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman rasmi dengan bayaran RM100 setiap mata pelajaran.

Adakah keputusan semakan semula boleh dirayu?

Keputusan semakan semula adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

Bila dan bagaimana saya akan mendapat keputusan selepas semakan semula?

Keputusan semakan semula akan dimaklumkan dalam tempoh dua bulan selepas permohonan dan dihantar melalui surat rasmi.

Apa yang perlu dilakukan jika terlibat dalam keadaan kecemasan semasa peperiksaan?

Segera maklumkan kepada pihak sekolah, JPN atau bilik gerakan Lembaga Peperiksaan bagi tindakan sewajarnya.

Bila tarikh STAM 2025?

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan dilaksanakan pada 12 hingga 24 November 2025.

Macam mana nak download Jadual STAM 2025?

Untuk memuat turun (download) jadual peperiksaan STAM 2025, anda boleh lawati portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut