STAM – Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2025

STAM 2023
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selamat menjawab peperiksaan bertulis kepada 4,443 calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025.

Peperiksaan bertulis bagi STAM 2025 akan dilangsungkan pada 12-24 November 2025 mengikut jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

KPM memaklumkan peperiksaan berkenaan akan dijalankan di 135 pusat peperiksaan dengan seramai 852 petugas dilantik bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)?

Sijil Tinggi Agama Malaysi (STAM) mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar.

Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Pendidikan Agama, Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan salah satu Peperiksaan Awam yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke Universiti Awam di Malaysia.

Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.

Tarikh STAM 2025

Peperiksaan bagi STAM 2025 akan berlangsung pada 12-24 November 2025.

Rujuk kenyataan media KPM :

Jadual peperiksaan STAM 2025

Berikut merupakan jadual rasmi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2025 yang merangkumi jenis subjek, tarikh dan masa peperiksaan dijalankan.

JADUAL PEPERIKSAAN BERTULIS STAM 2025

12/11/2025 RABU

  • TAUHID DAN MANTIQ Kertas 1 : 8.00 pagi – 9.15 pagi
  • TAUHID DAN MANTIQ Kertas 2 : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

13/11/2025 KHAMIS

  • FIQH Kertas 1 : 8.00 pagi – 9.15 pagi
  • FIQH Kertas 2 : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

17/11/2025 ISNIN

  • TAFSIR DAN ULUMUHU Kertas 1 : 8.00 pagi – 9.15 pagi
  • TAFSIR DAN ULUMUHU Kertas 2 : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

18/11/2025 SELASA

  • NAHU DAN SARF Kertas 1: 8.00 pagi – 9.15 pagi
  • NAHU DAN SARF Kertas 2 : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

19/11/2025 RABU

  • HIFZ AL-QURAN DAN TAJWID : 8.00 pagi – 10.30 pagi
  • BALAGHAH: 2.30 petang – 5.00 petang

20/11/2025 KHAMIS

  • INSYA’ DAN MUTALAAH : 8.00 pagi – 10.30 pagi
  • ‘ARUDH DAN QAFIYAH : 2.30 petang – 5.00 petang

24/11/2025 ISNIN

  • HADITH DAN MUSTOLAH : 8.00 pagi – 10.30 pagi
  • ADAB DAN NUSUS : 2.30 petang – 5.00 petang

> Dapatkan contoh kertas soalan Kertas 1 dan Kertas 2 STAM

Masa Tambahan Calon Bekeperluan Pendidikan Khas

Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis Kertas Peperiksaan Bertulis.

Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan pendidikan khas iaitu Kategori A dan Kategori B.

Kategori A: Calon Masalah Pembelajaran, Kurang Upaya Penglihatan (Buta), Kurang Upaya Penglihatan (Rabun), Kurang Upaya Pelbagai dan Kurang Upaya Fizikal.

  • Calon kemalangan yang layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
  • Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)
Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu PeperiksaanMasa tambahan yang diberi
1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit30 minit
Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit1 jam
Lebih 2 jam 30 minit1 jam 30 minit

Kategori B: Calon Kurang Upaya Pendengaran/Kurang Upaya Pertuturan

Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu PeperiksaanMasa tambahan yang diberi
1 jam15 minit
1 jam 15 minit20 minit
1 jam 30 minit25 minit
1 jam 45 minit30 minit
2 jam30 minit
2 jam 15 minit35 minit
2 jam 30 minit40 minit
3 jam45 minit

Arahan Umum Kepada Calon

Calon yang menduduki peperiksaan STAM 2025 di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

  1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, kertas peperiksaan, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan
    beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor).
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan.
  9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.
  10. Membuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugas peperiksaan/petugas pemeriksaan.

Nasihat KPM Kepada Calon STAM 2025

  • Calon dinasihatkan merujuk jadual waktu peperiksaan STAM 2025 untuk mengetahui tarikh, masa, kod dan nama setiap kertas peperiksaan.
  • Jadual rasmi STAM 2025 boleh dimuat turun melalui portal Lembaga Peperiksaan (LP): lp.moe.gov.my.
  • Calon perlu mematuhi semua arahan yang ditetapkan oleh pihak KPM dan pengawas peperiksaan di pusat masing-masing.
  • Pastikan calon membawa dokumen pengenalan diri (kad pengenalan/pasport) dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan semasa hadir ke pusat peperiksaan.
  • Calon hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan peperiksaan bagi memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan.
  • KPM menegaskan pihaknya sentiasa cakna terhadap keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan, terutama dalam menghadapi situasi seperti bencana atau penularan penyakit berjangkit (Influenza-Like Illness – ILI).
  • Langkah kesiapsiagaan dan mekanisme tindakan sewajarnya telah disediakan melalui kerjasama dengan pelbagai agensi bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan teratur.
  • Calon yang terjejas akibat bencana perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing, atau menghubungi bilik gerakan LP atau JPN bagi mendapatkan bantuan lanjut.

Selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025!

Baca juga: Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM 2025/2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut