Semakan BKC Fasa 1: Tarikh & Jumlah Bayaran Tunai / Akaun Bank

MAKLUMAN PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) FASA 1 DI BSN & CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berhubung status bayaran BKC (Bantuan Khas COVID-19).

Menurut notis tersebut, bayaran BKC Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun dan pembayaran tunai secara berperingkat mulai 6 September 2021 (Isnin).

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, di mana caj RM1 kini dikecualikan buat masa ini.

Bagi yang tiada akan bank atau gagal kredit, anda boleh membuat penunaian di kaunter BSN bermula 6 September secara berperingkat.

Sila ikuti maklumat lanjut dan cara semakan status.

Cara Semakan Kelayakan / Status Pembayaran BKC

Untuk makluman, penerima yang layak menerima BKC adalah individu / keluarga berdasarkan data Permohonan Lulus BPR 2021 dan Data Percukaian (M40).

Bagi penerima tunai, penerima yang layak perlu membawa dokumen pengenalan diri yang sah (kad pengenalan) ketika hadir di Cawangan BSN.

Hanya penerima yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk hadir ke kaunter bagi mewakilkan penerima.

Jika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima BKC, sila rujuk cara semakan status di bawah:

  1. Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my (*NOTA: Laman web ini hanya akan mula dibuka 6 September 2021)
  2. Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747

Bagaimana Cara Permohonan BKC?

Untuk makluman anda, tiada permohonan untuk BKC ini.

Pembayaran adalah dilakukan berdasarkan data permohonan Lulus BPR 2021 dan Data Percukaian (M40).

Jumlah Bayaran

Berikut jadual & jumlah bayaran BKC mengikut fasa 1,2 dan 3.

bkc

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut berhubung bayaran BKC di BSN, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900

ATAU

Sila rujuk laman web BKC di https://bkc.hasil.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!