Advertisements

BKC: Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 Mulai 6 September

Advertisements

Sebentar tadi Perdana Menteri, PM Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa bayaran Fasa Pertama BKC akan mula dibuat pada 6 September secara berperingkat.

Hal ini dilaporkan oleh BERNAMA melalui sebuah hantaran terkini di Facebook.

Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk BKC di bawah pakej PEMULIH.

Berikut dikongsikan kadar bayaran BKC yang akan diterima mengikut kategori.

Untuk bayaran BKC BSN, boleh semak di sini.

Apakah Bantuan Khas COVID-19?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Jumlah Bantuan BKC Ogos

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Miskin tegar
  2. B40
  3. M40
bkc

Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
  • Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November
  • Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
  • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Cara Permohonan

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Kategori Penerima / Data Bantuan

  1. Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
  2. B40 – Permohonan BPR 2021
  3. M40 – Percukaian (LHDNM)

Tarikh Bayaran

Pembayaran BKC akan dibuat seperti berikut:

bkc

Kaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:

  1. Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
    permohonan BPR 2021
  2. B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
  3. permohonan BPR 2021
  4. M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam
    rekod percukaian

Soalan Lazim

Berapakah jumlah bantuan BKC?

Dari RM100 sehingga RM1,300 mengikut kategori.

Siapa yang layak memohon Bantuan Khas COVID19?

Kategori miskin tegar, B40 dan M40.

Bilakah pembayaran BKC akan dibuat?

Bermula 6 September, November dan Disember.

Sumber: https://www.pmo.gov.my/2021/09/kenyataan-media-berkaitan-pembayaran-fasa-1-bantuan-khas-covid-19-secara-berperingkat/

Leave a Comment