Semakan Keputusan Penajaan Biasiswa JPA 2023 (eSila)

SEMAKAN KEPUTUSAN PENAJAAN JPA TAHUN 2023 BAGI PROGRAM BERIKUT BOLEH DIBUAT MULAI 4 OGOS HINGGA 7 OGOS 2023 MELALUI PORTAL ESILA V2 JPA:

  1. Program Penajaan Nasional 2023 (PPN)
  2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2023 (LSPM)
  3. Program Khas Jepun, Korea Perancis dan Jerman 2023 (JKPJ)

Pengenalan Biasiswa JPA

Biasiswa JPA – Program Penajaan Yang Disediakan Oleh JPA Kepada Pelajar. Kemudahan penajaan dan pinjaman JPA bagi pelajar yang perlu anda tahu.

Program Penajaan Nasional 2023 (PPN)

Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2023 merupakan penajaan kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan.

Bagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang. Senarai 20 universiti ini melibatkan tiga buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2023 (LSPM)

Program Khas LSPM Tahun 2023 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Program Khas Jepun, Korea Perancis dan Jerman 2023 (JKPJ)

JPA menawarkan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Seperti yang diketahui umum, negara-negara ini amat terkenal dengan daya cipta dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan industri maka program penajaan ke negara-negara tersebut akan memberi peluang kepada negara dalam menyediakan modal insan yang mempunyai daya cipta, kreativiti dan daya saing yang tinggi dan seterusnya dan mengukuhkan industri tempatan.

SEMAKAN BIASISWA JPA ESILA

Permohonan boleh dibuat melalui portal eSila JPA.

Tarikh Semakan eSila

Untuk makluman, keputusan permohonan boleh disemak seperti di ketetapan berikut:

Tarikh semakan:

4 OGOS 2023 (10.00 malam) hingga 7 Ogos 2023 (12.00 tengah hari)

Pautan Semakan Tawaran Keputusan Biasiswa JPA 2023

Sila klik di pautan berikut untuk semakan:

http://esilav2.jpa.gov.my

Maklumat Lanjut Biasiswa JPA 2023

Pertanyaan dibuka sepanjang tempoh semakan keputusan sahaja.

Telegram JPA Official – eKeputusan Lepasan SPM 2023: https://t.me/+CNG7PTXsTBowYTk1

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!