Ikhtisas Smart Selangor: Tajaan Yuran Pengajian 10 Kursus TVET Di STDC

IKHTISAS SMART SELANGOR: Peluang mendapat TAJAAN YURAN PENGAJIAN oleh Kerajaan Negeri Selangor 2021

Penawaran pengajian 10 kursus TVET di bawah Program INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS) kini ditawarkan di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Ikhtisas Smart Selangor dan STDC serta cara membuat permohonan dan mendapat tajaan yuran.

Apakah STDC?

Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor atau Selangor Technical Skills Development Centre yang dikenali sebagai STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah kerajaan negeri dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.

STDC, dahulunya dikenali sebagai INPENS International College (INPENS) telah ditubuhkan pada tahun 1993. Ketika ini INPENS berorientasikan bidang akademik. Walau bagaimanapun pada tahun 2006, INPENS telah menumpukan bidang TVET sebagai teras pendidikan. Seterusnya, bagi memperkasakan INPENS sebagai institusi TVET di Selangor, kerajaan Negeri Selangor telah membuat penjenamaan semula INPENS kepada STDC pada 25 Ogos 2020 yang  telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari.

Terletak di Kuala Selangor, kampus STDC mempunyai kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap seperti kelas berhawa dingin, bengkel amali, dewan auditorium, pusat sumber, surau, kafeteria dan lain-lain. Bagi merangsang aktiviti ko-kurikulum, STDC mempunyai kemudahan rekreasi seperti padang bola sepak, futsal,bola jaring, badminton dan lain-lain. Selain itu, STDC mempunyai barisan Tenaga Pengajar (Instruktor) yang berkelayakan disamping kemudahan pembelajaran mengikut keperluan industri dan terkini.

STDC akan menumpukan bidang TVET bagi memenuhi kehendak industri dengan menjalinkan kerjasama yang bergerak ke arah industri 4.0. STDC bukan sahaja akan menawarkan kursus-kursus kemahiran dalam pelbagai bidang yang diperakukan dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Tenaga malah menawarkan kursus-kursus jangka pendek profesional dengan kerjasama industri.

Jalinan kerjasama atau “smart partnership” ini akan melahirkan pekerja mahir dan separa mahir serta usahawan yang memiliki keterampilan pembangunan peribadi, berkualiti dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri semasa dan akan datang. Seterusnya dapat membantu rakyat Selangor dalam meningkatkan taraf hidup serta pembangunan negeri selaras perkembangan terkini industri 4.0 dan ke arah Smart State.

Biasiswa Pendidikan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS)

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar oleh Badan Kerajaan dan juga swasta untuk membayar yuran pengajian tanpa perlu membayarnya semula kepada organisasi tersebut.

INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS)

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM IKTISASS

Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Pemohon, Ibu & Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon, Ibu & Bapa telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 11 tahun (Pemohon perlu kemukakan Surat
  • Pengesahan Bermastautin dan salinan sijil berhenti sekolah rendah (darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5)
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS 5 subjek (Bahasa Melayu dan Sejarah WAJIB LULUS dan 3 subjek lain).
  • Permohonan borang yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL. (SILA RUJUK SENARAI SEMAK BORANG)
  • Berminat dan bersedia untuk menamatkan pengajian di dalam bidang kemahiran teknikal.

Senarai kursus yang di taja adalah semua kursus yang ditawarkan di STDC.

Baca juga: MyVac: Pendaftaran Sukarelawan Bukan Kesihatan (Elaun RM50/Sehari)

Bidang Kemahiran Yang Ditawarkan Di STDC Selangor

Bidang kemahiran ditawarkan:

  • AUTOMOTIF
  • SEMBURAN CAT
  • MOTOSIKAL
  • SISTEM KOMPUTER
  • ELEKTRIK
  • PENYAMANAN UDARA
  • TEKNOLOGI FESYEN
  • TERAPI SPA
  • KULINARI
  • PASTRI

Tawaran ini khas untuk para pelajar 18 tahun ke atas yang lahir di Selangor atau yang bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor (tertakluk pada terma & syarat di atas).

Pelajar Lepasan SPM sangat digalakkan untuk memohon.

Cara Pendaftaran Biasiswa Ikhtisas Smart Selangor

Boleh DAFTAR SEGERA di https://stdc.edu.my/daftarsekarang.php
ATAU http://www.wasap.my/60193424111/daftarSTDC

Sila semak dan baca segala syarat yang diperlukan dengan teliti sebelum mendaftar.

ikhtisas selangor

Baca juga: Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan 2021/2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

AlamatSelangor Technical Skills Development Centre (STDC)
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor
Selangor, Malaysia.
Telefon603 3281 2619
Faks603 3281 2627
Email[email protected]

Gunakan peluang keemasan ini khasnya anak Selangor!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!