Teks Selawat Nabi Sempena Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1445H – Teks Selawat Nabi Sempena Maulidur Rasul

“Sesungguhnya pada diri Rasullah SAW adalah sebaik-baik teladan dan ikutan bagi insan yang mengharapkan keredhaan Allah SWT dan kebahagian di akhirat” – Surah al-Ahzab, ayat 21

Bersempena dengan hari Maulidur Rasul yang penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulai Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak.

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

‎۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Jom kami kongsikan teks selawat yang boleh dibacakan sempena sambutan Maulidur Rasul ini.

Teks Selawat Nabi Sempena Maulidur Rasul

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad

‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad

‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu

‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu

‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu

‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita

‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya

‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat

‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan

‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya

‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia

‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad

‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat

‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja

‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu

‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia

‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih

‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit

‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan

‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami

‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad

‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis

‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan

‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan.

cuti maulidur rasul 2022
maulidur rasul 2022

Muat Turun Teks Selawat Maulidur Rasul PDF

selawat nabi

*Sumber rujukan / teks PDF Maulidur Rasul beserta maksud: PERKIM, MAIS

Baca juga:

Salam Maulidur Rasul 2023/1445H!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!