Selawat Jibril: Teks Bacaan Selawat dan Manfaatnya

Selawat Jibril adalah sebuah selawat yang digalakkan untuk diamalkan setiap hari kerana pelbagai manfaatnya.

Diberi nama Selawat Jibil kerana selawat ini pertama kalinya dilafazkan oleh Malaikat Jibril ketika mengajarkan kpada Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, ada yang mengatakan bahawa selawat Jibril pertama kali diucapkan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Adam AS sebagai mahar untuk menikahi Siti Hawa.

Selawat Jibril merupakan salah satu jenis selawat yang paling sering diamalkan oleh para muslim yang beriman karena singkat dan penuh makna.

Semoga kita boleh istiqamah mengamalkan bacaan selawat ini, bertepatan dengan hadis Nabi SAW:

“Barang siapa yang berselawat kepadaku sebanyak satu kali, maka Allah dan malaikat akan membaca selawat juga kepadanya sebagaimana banyaknya selawatnya kepadaku,”

(HR. Muslim No. 408).

Artikel berkaitan: Doa Selepas Azan dan Maksudnya

Kelebihan Selawat Jibril

Berikut merupakan antara kelebihan mengamalkan selawat ini dalam kehidupan seharian:

  • Dipermudahkan urusan dan diberikan rezeki yang melimpah
  • Memperoleh rahmat dan berkah dari Allah SWT dan syafa’at dari Nabi Muhammad di hari akhirat.
  • Mendapatkan pimpinan dari malaikat yang terbaik
  • Mendapat pelindungan dari Allah SWT
  • Mendapatkan pengampunan dari semua dosa-dosa yang telah diperbuatnya baik yang sengaja ataupun tak sengaja
  • Mendapat pertolongan dan keselamatan dari Allah SWT
  • Mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW
  • Mendapatkan pertolongan di hari kiamat
  • Disambut dari malaikat apabila menjelang ajal
  • Membuka pintu rezeki
  • Membuka 70 pintu rahmat
  • Dianugerahkan keselamatan oleh Allah SWT dari segala malapetaka
  • Ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT
  • Hatinya akan disucikan dari sifat munafik sehingga hati dan fikirannya tenang, tenteram dan damai

Artikel menarik: Amalan Sunat Hari Jumaat – Infografik JAKIM

Lafaz bacaan selawat (versi pendek)

Bagi yang tidak tahu, terdapat 2 versi Selawat Jibril – 1 versi pendek dan 1 versi yang lebih panjang.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya:

“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan keluarganya dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.

Promosi: Dapatkan tasbih digital untuk mudahkan pengiraaan zikir anda

Lafaz bacaan selawat (versi panjang)

Berikut pula adalah lafaz Selawat Jibril versi panjang:

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ

أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ

أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي

أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَاحَبِيْبِى يَامُحَمَّدْ

يَاعَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ

يَامُؤَيَّدْ يَامُمَجَّدْ

يَاإِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

Maksudnya:

“Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad, selawat atas keluarga serta keselamatan atasnya. Engkau bagai matahari, engkau bagai bulan purnama. Engkau cahaya di atas cahaya. Engkau bagaikan emas murni yang mahal harganya. Engkaulah pelita hati. Wahai kekasihku, wahai Muhammad. Wahai pengantin tanah timur dan barat (sedunia). Wahai Nabi yang dikuatkan (dengan wahyu). Wahai Nabi yang diagungkan, wahai imam dua arah kiblat.”

Cara mengamalkan

Para ulama menganjurkan membaca bacaan Selawat Jibril setiap kali selepas solat Maghrib dengan bacaan sebanyak 1000x.

Diharapkan para pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian mengenai selawat Jibril ini, seterusnya dijadikan panduan meningkatkan amal ibadah setiap hari.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!