Contoh Aktiviti Maulidur Rasul Boleh Dianjurkan

Di Malaysia, setiap tahun sempena hari bersejarah ini kita diberikan Cuti Umum bagi memudahkan kita menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan Hari Maulidur Rasul.

Sambutan Maulidur Rasul merupakan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Mengikut Kalendar Hijrah, hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal (bulan ketiga) atau dalam takwim Masihi, Isnin, 20 April 571 M.

Artikel berkaitan: Tema Sambutan Maulidur Rasul 2023 Peringkat Kebangsaan

Perarakan

Antara aktiviti paling popular sempena Maulidur Rasul adalah perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ramai pelajar terutamanya di peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) mahupun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) pasti akan mempunyai pengalaman dalam aktiviti perarakan di sekitar kawasan sekolah bersama rakan-rakan dan guru-guru. 

Sambil memperagakan baju kebangsaan seperti baju Melayu dan baju kurung, perarakan juga sudah pasti diiringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW secara beramai-ramai.

Laungan daripada suara pelajar-pelajar ketika berselawat sudah tentu mengimarahkan semangat cintakan Nabi kita.

Tidak lengkap perarakan tanpa membawa kain rentang untuk dibawa berarak bersama dan kebiasaanya pasukan yang mempunyai kain rentang dan pakain tercantik akan diinsytiharkan sebagai pemenang.

Promosi: Dapatkan Songkok Lelaki Ekslusif Pada Harga Termurah

Majlis Bacaan Al-Quran / Hafazan

Pertandingan bacaan Al-Quran dan Hafazan juga menjadi merupakan antara aktiviti yang biasanya dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Pertandingan ini juga merupakan platform pihak sekolah mencungkil bakat membaca Al-Quran dan menghafaz para pelajar.

Acara ini sering kali menguji pelajar menghafaz surah Yassin dan beberapa surah lain seperti surah Al-Baqarah. Dari segi penjurian, bukan sekadar mengingati seluruh ayat, malah pemarkahan juga diambil dari segi bacaan taranum dan lain-lain.

Pertandingan Kuiz

Pertandingan kuiz merupakana antara aktiviti yang juga kerap dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul bagi menguji pengetahuan para pelajar berkenaan sirah Nabi Muhammad SAW.

Pertandingan kuiz ini secara tidak langsung mendorong para pelajar untuk banyakkan membawa tentang sirah Nabi Muhammad, seterusnya memupuk kecintaan terhadap Nabi kita.

Majlis selawat, kuliah dan ceramah

Sambutan hari bermakna tidak lengkap rasanya jika tiada aktiviti atau majlis selawat, kuliah atau ceramah khusus bertemakan Maulidur Rasul itu sendiri.

Selalunya kuliah dan ceramah ini berkisarkan topik-topik Sirah Nabawi dan segalanya tentang junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Malah, kebiasaannya sempena hari bermakna ini ada juga segelintir penganjur yang berkemampuan yang menjemput penceramah-penceramah terkenal dari luar negara yang merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW sendiri.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!