Selamat Hari Pekerja: Koleksi Ucapan Hari Pekerja, Poster

Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja. yang mencari rezeki yang halal di muka Bumi ini, tidak kira di mana pun anda berada.

Hari Pekerja atau juga dikennali sebagai Hari Buruh disambut di seluruh dunia pada 1 Mei dan di Malaysia, tarikh ini diisytiharkan sebagai tarikh kelepasan am di seluru negeri setiap tahun.

Baca lagi: Hari Pekerja 2024 – Cuti Hari Buruh Di Malaysia

Sejarah Hari Pekerja

Tarikh Labour Day atau Hari Buruh ini telah ditetapkan pada 1 Mei setiap tahun kerana pada tahun 1884 oleh Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang diinspirasikan oleh kejayaan parti buruh pada tahun 1872.

Sebelum itu, telah tercetus mogok dan peristiwa besar dalam dunia buruh dimana para pekerja membuat protes keranan masa bekerja adalah lama.

Hal itu membuatkan desakan mereka diterima dan perlahan-lahan ditetapkan waktu bekerja bagi sehari adalah 8 jam mengikut waktu pejabat rasmi.

Di Malaysia, hak setiap pekerja dilindungi oleh Akta kerja 1955, akta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk para pekerja majikan bagi mengikuti peraturan-peraturan dalam urusan kerja mesti lakukan selaras dengan akta kerja 1955.

Pindaan terbaru terhadap Akta Pekerja ini telah dibuat pada tahun 2022.

Ucapan Hari Pekerja

Berikut merupakan beberapa contoh ucapan selamat Hari Pekerja yang boleh anda gunakan:

Tanpa penat lelah para pekerja, kemajuan takkan tercapai. Selamat Hari Pekerja / Buruh!

Bersatu kita teguh! Mari terus perjuangkan hak-hak pekerja! Selamat Hari Pekerja

Semoga kesejahteraan para pekerja selalu terjaga. Selamat Hari Buruh.

Pekerja adalah tiang penting dalam asas kemajuan sosial dan ekonomi. Selamat Hari Buruh.

Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti..

Tenaga kerja yang berdedikasi adalah inspirasi yang tak ternilai harganya. Selamat Hari Buruh.

Cintai pekerjaan Anda, InsyaAllah anda akn berjaya. Selamat memperingati Hari Buruh tahun 2023!

Tanpa pekerja yang memberikan komitmen tinggi dalsm pekerjaan mereka, mustahil bagi sebuah negara untuk memajukan ekonomi mereka. Maka dari itu, mari sama-sama ucapkan Selamat Hari Pekerja bagi seluruh pekerja!

Pekerja bagaikan tulang belakang negara. Selamat Hari Buruh!

Hari Pekerja bagaikan sebuah pengingat bagi kita semua untuk menghormati para pekerja di seluruh dunia. Selamat Hari Pekerja!

Poster Hari Buruh

Berikut merupakan beberapa poster Sellamat Hari Pekerja yang anda boleh jadikan sebagai inspsirasi:

hari buruh
Selamat Hari Pekerja
tarikh hari pekerja
cuti hari pekerja
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!