Hari Pekerja 2026 akan disambut pada 1 Mei 2026, hari Jumaat. Hari tersebut adalah merupakan cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia. Untuk mengetahui senarai cuti 2026 dan hari kelepasan am, sila rujuk www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/
Hari Pekerja atau juga dikenali sebagai Hari Buruh (Labour Day) disambut pada 1 Mei setiap tahun. Hari ini bukan sahaja diraikan di Malaysia, bahkan turut diraikan di kebanyakan negara seluruh dunia untuk memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja.
Rujuk info selanjutnya mengenai Hari Pekerja 2026 & Cuti Hari Buruh Di Malaysia di bawah.
Sejarah Hari Pekerja (Labour Day)
Hari Pekerja (Hari Buruh / Labour Day) ialah hari khas untuk menghargai sumbangan dan perjuangan golongan pekerja dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Sejarahnya bermula daripada gerakan protes pekerja di Chicago, Amerika Syarikat pada Mei 1886. Pada waktu itu, pekerja dipaksa bekerja terlalu lama (sehingga 16 jam sehari).
Mereka bangkit menuntut waktu kerja yang lebih manusiawi, iaitu 8 jam sehari.
Perjuangan yang mencetuskan peristiwa berdarah di Haymarket ini akhirnya mendapat pengiktirafan dunia. Tarikh 1 Mei dipilih sebagai Hari Pekerja Antarabangsa untuk memperingati pengorbanan mereka.
Di Malaysia, sambutan ini mula diiktiraf secara rasmi sebagai cuti umum pada tahun 1972.
Pengiktirafan cuti ini dibuat bagi menghargai sumbangan besar pekerja dalam memajukan ekonomi negara serta memastikan hubungan yang harmoni antara majikan, pekerja, dan kerajaan terus terpelihara di bawah perlindungan undang-undang buruh.
Tarikh Cuti Hari Buruh 2026
Cuti Hari Pekerja bagi tahun 2026 ini jatuh pada hari Jumaat, bersamaan 1 Mei 2026. Hari Pekerja merupakan hari kelepasan bagi semua negeri di Malaysia.
Rujuk jadual hari kelepasan am persekutuan dan negeri 2026 di bawah:


Cuti Hari Buruh 2026 Seluruh Negeri Di Malaysia
Tahukah anda, cuti hari buruh ini termasuk dalam 5 hari kelepasan am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.
Jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja, bayaran tambahan perlu dibayar [Rujuk Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955].

Hak-hak Pekerja di Malaysia
Di bawah Akta Kerja 1955 (yang merupakan undang-undang utama bagi pekerja di sektor swasta di Semenanjung Malaysia dan Labuan), setiap pekerja mempunyai hak-hak asas yang wajib dipatuhi oleh majikan.
Berikut adalah ringkasan hak-hak penting yang perlu anda ketahui:
- Waktu Kerja Maksimum: Pekerja tidak boleh dipaksa bekerja lebih daripada 45 jam seminggu. Jika melebihi tempoh tersebut, pekerja berhak menuntut bayaran kerja lebih masa (OT).
- Bayaran Kerja Lebih Masa (OT): Kadar bayaran OT adalah sekurang-kurangnya 1.5 kali ganda kadar gaji sejam pada hari biasa, dan meningkat kepada 2 kali ganda pada hari rehat atau 3 kali ganda pada cuti umum.
- Cuti Rehat Mingguan: Setiap pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya satu hari rehat dalam seminggu.
- Cuti Sakit Berbayar: Jumlah hari bergantung kepada tempoh perkhidmatan (antara 14 hingga 22 hari setahun). Jika perlu dimasukkan ke hospital, pekerja berhak mendapat cuti hospital sehingga 60 hari setahun.
- Cuti Tahunan: Pekerja berhak mendapat cuti tahunan berbayar (minimum 8 hingga 16 hari bergantung kepada berapa lama anda telah bekerja dengan syarikat tersebut).
- Cuti Bersalin (Maternity Leave): Pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin selama 98 hari, manakala pekerja lelaki (yang berkelayakan) mendapat cuti paterniti selama 7 hari.
- Gaji Minimum: Majikan wajib membayar gaji tidak kurang daripada kadar Gaji Minimum yang ditetapkan oleh kerajaan (setakat ini RM1,500, namun tertakluk kepada perubahan dasar kerajaan).
NOTA: Pastikan anda mempunyai Kontrak Perkhidmatan (surat tawaran kerja) bertulis. Jika majikan melanggar hak-hak di atas, anda boleh membuat aduan rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Long Weekend 2026
Tahun ini, cuti hari pekerja termasuk salah satu cuti hujung minggu yang panjang kerana ia jatuh pada hari Jumaat. Ini bermaksud, anda akan bercuti selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu & Ahad.
Pada tahun 2026, terdapat sekurang-kurangnya 8 hujung minggu panjang (long weekends) yang melibatkan cuti umum pada hari Jumaat atau Isnin.
Berikut adalah senarai cuti panjang hujung minggu untuk tahun 2026 di Malaysia:

MUAT TURUN KALENDAR CUTI 2026 & HARI KELEPASAN AM 2026
Anda boleh muat turun kalendar cuti 2026 di bawah untuk panduan lengkap senarai cuti bagi tahun 2026:
Soalan Lazim Cuti Hari Pekerja 2026
Hari Pekerja 2026 jatuh pada tarikh tetapnya iaitu 1 Mei 2026.
Pada tahun 2026, 1 Mei jatuh pada hari Jumaat.
Ya. Oleh kerana 1 Mei jatuh pada hari Jumaat, rakyat Malaysia (bagi negeri yang bercuti Sabtu & Ahad) akan menikmati cuti tiga hari berturut-turut dari Jumaat hingga Ahad (1–3 Mei 2026) tanpa perlu mengambil cuti tahunan tambahan.
Ya. Hari Pekerja adalah salah satu daripada 5 hari kelepasan am wajib yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955. Majikan tidak boleh menggantikan cuti ini dengan hari lain tanpa persetujuan pekerja, dan jika bekerja, pekerja layak mendapat bayaran kerja lebih masa (OT) kadar cuti umum.
– Negeri Kumpulan B (Sabtu & Ahad Cuti): Tiada cuti ganti pada hari Isnin kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Jumaat (hari bekerja).
– Negeri Kumpulan A (Jumaat & Sabtu Cuti): Di negeri seperti Kedah, Kelantan, dan Terengganu, 1 Mei (Jumaat) adalah hari kelepasan am mingguan. Mengikut peraturan, sekiranya cuti umum jatuh pada hari kelepasan am (Jumaat), ia akan digantikan pada hari bekerja berikutnya (Ahad, 3 Mei 2026).