Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah lmtiaz 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu kini dibuka bagi pelajar yang berkelayakan.

Berdiri sejak tahun 1999, Sekolah Menengah Imtiaz diilhamkan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan ketika itu dengan matlamat untuk menggabungkan aliran Sains dan Agama (hafazan/dinniyah).

Baca Juga : Senarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kursus Ditawarkan

Sekolah ini terletak di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan kini berkembang kepada 8 buah sekolah di serata Terengganu.

Senarai Sekolah Menengah Imtiaz yang berada di Terengganu adalah :

  1. Sekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu – Besut
  2. Sekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu – Dungun
  3. Sekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu – Kuala Berang
  4. Sekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
  5. Sekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu – Kemaman
  6. Sekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu – Setiu
  7. Sekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
  8. Sekolah Menengah lmtiaz_Yayasan Terengganu – Marang (Program Tahfiz Khas Mandarin)
Sekolah Menengah lmtiaz
Sekolah Menengah lmtiaz

Tarikh Permohonan

Pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan bermula 30 Oktober 2022 hingga tarikh tutup iaitu pada 30 November 2022.

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu

Pelajar yang ingin mendaftar perlulah menepati syarat kemasukan seperti berikut :

i) Sekolah Menengah Imtiaz

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
    – lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau
    – lbu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  2. Pemohon wajib mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kemasukan lmtiaz serta sesi temu duga.
  3. Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang lulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan akademik serta personaliti (kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah. sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  5. Bersetuju menerima Sekolah lmtiaz Yayasan Terengganu yang ditawarkan – penempatan pelajar adalah berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
  6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.

ii) Program Khas Tahfiz Mandarin (Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu Marang)

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
    – lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau
    – lbubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  2. Mengambil mata pelajaran Bahasa Cina – keutamaan diberikan kepada calon danpada SJK(C).
  3. Boleh membaca dan minat menghafaz AI-Quran.
  4. Pemohon WAJIB mengisi borang online dan WAJIB menduduki Ujian Kemasukan lmtlaz serta sesi temu duga.
  5. Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang Iulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan Bahasa Cina serta personaliti (Kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).
  6. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, slnat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  7. Bersetuju menerima penempatan di Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu Marang.
  8. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan :

https://ytklik.terengganu.gov.my/application/14/online

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 09-6221733.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!