Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah membuka permohonan bagi Program Jom Ke Sekolah Asnaf Muallaf bagi tahun 2027 yang boleh dipohon menerusi imuallaf.maim.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai program ini.

Mengenai Program Jom Ke Sekolah Asnaf Muallaf
Program Jom Ke Sekolah Asnaf Muallaf merupakan program agihan bantuan persekolahan oleh Majlis Agama Islam Melaka untuk membantu anak-anak daripada keluarga asnaf muallaf untuk melakukan persiapan persekolahan.
Tujuan utama program ini diperkenalkan adalah bagi membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan anak-anak terutamanya kepada golongan asnaf muallaf.
Selain itu, program ini juga penting bagi memastikan kebajikan keluarga saudara baru iaitu golongan muallaf terus terbela.
Definisi Muallaf
Perkataan mualaf berasal daripada muallafat qulubuhum. Menurut ilmuwan tafsir, qulub merupakan kata majmuk bagi qalb yang bermaksud hati.
Ini bermakna muallafat qulubuhum boleh diterjemahkan sebagai ‘mengambil hati’, yang bermaksud untuk mengambil hati mereka yang berjinak-jinak dengan Islam.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, muallaf secara umumnya membawa maksud mereka yang baru memeluk agama Islam atau mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya).
Mereka merupakan golongan yang layak menerima zakat seperti mana Firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah ayat ke-60:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Daripada ayat tersebut, dapat difahami bahawa lapan golongan asnaf ini iaitu orang fakir, orang miskin, amil, mualaf, al-riqāb, al-ghārimīn, orang yang berjihad di jalan Allah dan ibn al-sabīl layak menerima hak mereka terhadap zakat yang telah dikutip.
Dengan pemberian zakat tersebut, ini diharap akan menguatkan pegangan mereka kepada agama Islam dan dapat menarik minat golongan mereka kepada Islam.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 17 Ogos sehingga 16 Oktober 2026.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon program ini adalah seperti berikut:
- Keutamaan kepada asnaf muallaf yang berdaftar dengan balai islam dan dalam sistem i-muallaf.
- Anak berumur 6 hingga 17 tahun pada tahun 2026.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Buka portal i-Muallaf iaitu imuallaf.maim.gov.my.
- Taip No. KP / Pasport, kemudian klik SEMAK STATUS PENDAFTARAN
- Pastikan nama, no. telefon dan daerah betul. Klik KEMASKINI MAKLUMAT jika perlu dibetulkan.
- Klik butang + ANAK/TANGGUNGAN untuk buka borang.
- Lengkapkan semua medan bertanda – nama, no. KP, tarikh lahir, umur, jantina, agama, hubungan & jenis sekolah. Klik SIMPAN
- Nama anak akan muncul dalam senarai. Ulang langkah 4 & 5 untuk anak seterusnya.
Soalan Lazim
Program Jom Ke Sekolah Asnaf Muallaf ialah program agihan bantuan persekolahan oleh Majlis Agama Islam Melaka untuk membantu anak-anak daripada keluarga asnaf muallaf untuk melakukan persiapan persekolahan.
Muallaf secara umumnya membawa maksud mereka yang baru memeluk agama Islam atau mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya).
Permohonan boleh dibuat mulai 17 Ogos sehingga 16 Oktober 2026.
– Keutamaan kepada asnaf muallaf yang berdaftar dengan balai islam dan dalam sistem imuallaf.
– Anak berumur 6 hingga 17 tahun pada tahun 2026.
Permohonan boleh dibuat menerusi portal i-muallaf iaitu https://imuallaf.maim.gov.my/
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program Jom Ke Sekolah Asnaf Muallaf, sila layari portal imuallaf.maim.gov.my.




