Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pihak Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dari menjadi mangsa scam bil elektik TNB yang berleluasa pada ketika ini.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai penipuan ini.

Mengenai Scam Bil Elektrik TNB

Penipuan diskaun bil berlaku apabila individu atau syarikat menawarkan diskaun untuk bil elektrik kepada orang ramai.

Modus operandi penipuan ini lazimnya datang melalui iklan media sosial, WhatsApp, e-mel atau secara bersemuka.

Individu atau kumpulan tersebut sering menggunakan pelbagai kaedah, termasuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang mendakwa dapat membantu orang awam mengurangkan bil elektrik atau mengelakkan pemotongan bekalan dengan menawarkan pembayaran bagi pihak anda pada kadar diskaun.

Ini dibuat dengan matlamat bagi memperdaya orang ramai agar berkongsi maklumat peribadi seperti nombor akaun elektrik dan alamat premis atau membuat pembayaran melalui akaun bank peribadi dan saluran yang tidak dibenarkan.

Taktik Penipuan

Terdapat 3 taktik penipuan yang dijalankan iaitu:

i- Penipuan Diskaun Bil


  • Menawarkan diskaun 
pembayaran bil
  • Perkhidmatan pendawaian 
haram

ii- Penyamaran Pekerja TNB

  • Kesalahan pada meter
 premis
  • Mendakwa pengguna ada
 tunggakan bil
  • Bekalan akan dipotong

iii- Phishing (Memancing Data)

  • Menggunakan e-mel atau laman web palsu

Tanda Amaran Utama

Tanda amaran utama penipuan ini berlaku adalah:

  • Meminta bayaran tunai atau dipindahkan ke akaun peribadi.
  • Menerima panggilan atau mesej daripada nombor tidak dikenali yang mengarahkan klik pautan (link) atau memindahkan panggilan ke pihak lain.
  • Menawarkan promosi atau hadiah yang terialu lumayan di media sosial pautan (link) atau memindahkan panggilan ke pihak lain.

Langkah Bagi Mengelak Ditipu

Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelak ditipu adalah seperti berikut:

i- Gunakan Saluran Pembayaran Rasmi

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan saluran pembayaran rasmi seperti aplikasi myTNB, JomPAY, Perbankan dalam talian, Kisok, dan Kedai Tenaga.

ii- Sahkan Identiti Kontraktor

Jangan benarkan sebarang kerja dilakukan di premis sebelum anda mengesahkan identiti pekerja yang datang.

iii- Jangan Kongsi Maklumat Peribadi

Jangan sesekali serahkan butiran kad pengenalan, akaun bank, atau nombor akaun elektrik kepada pihak ketiga.

iv- Semak Sebelum Percaya

Gunakan portal Semak Mule PDRM untuk memeriksa nombor telefon atau akaun bank yang mencurigakan.

Saluran Aduan

Saluran aduan berkenaan scam atau penipuan yang berlaku boleh dibuat menerusi:

i- TNB Careline (Isu Akaun, Bil & Penyamaran Staf)

ii- National Scam Response Centre (NSRC)

Hubungi NSRC iaitu talian 997 dengan kadar segera untuk semakan maklumat suspek dan membuat laporan rasmi sekiranya transaksi kewangan telah berlaku.

Soalan Lazim

Bagaimanakah scam bil elektrik TNB boleh berlaku?

Scam ini boleh berlaku apabila individu atau syarikat menawarkan diskaun untuk bil elektrik kepada orang ramai untuk memperdaya agar berkongsi maklumat peribadi seperti nombor akaun elektrik dan alamat premis atau membuat pembayaran melalui akaun bank peribadi dan saluran yang tidak dibenarkan.

Apakah taktik penipuan yang dijalankan?

– Penipuan Diskaun Bil

– Penyamaran Pekerja TNB
– Phishing (Memancing Data)

Bagaimanakah saya boleh mengetahui ianya adalah salah satu modus operandi penipuan?

– Meminta bayaran tunai atau dipindahkan ke akaun peribadi.
– Menerima panggilan atau mesej daripada nombor tidak dikenali yang mengarahkan klik pautan (link) atau memindahkan panggilan ke pihak lain.
– Menawarkan promosi atau hadiah yang terialu lumayan di media sosial pautan (link) atau memindahkan panggilan ke pihak lain.

Apakah langkah-langkah untuk mengelakkan saya ditipu?

– Gunakan Saluran Pembayaran Rasmi
– Sahkan Identiti Kontraktor
– Jangan Kongsi Maklumat Peribadi
– Semak Sebelum Percaya

Jika saya ditipu, apakah saluran aduan boleh dibuat?

Saluran aduan boleh dibuat menerusi TNB Careline di talian 1-300-88-5454 atau 15454 dan National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak TNB iaitu

Baca juga: Cara Tukar Nama TNB kepada Penyewa Secara Online

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS