Advertisements

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021)

Advertisements

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021) kini dibuka kepada semua anggota KT.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Apakah Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS 2021)?

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.

sbbs 2021

Syarat Kelayakan

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  6. Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka : 3 Ogos 2021 (Selasa)
Tarikh permohonan ditutup : 10 September 2021 (Jumaat)

Baca juga:  KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera

Cara Permohonan SBBS 2021

Borang permohonan SBBS 2021 boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran atau muat turun
menerusi lawan web KT di www.katmb.com.my.

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang
beralamat di:
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

NOTA PENTING:

  • Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBBS 2021).
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
  • Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan
  • menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
  • Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

PEMOHON (ANGGOTA KT)

  1. Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  2. Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  3. Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  4. Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  5. Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

ANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)

  1. Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja)
  2. Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran

Muat turun borang permohonan pada pautan https://bit.ly/3ifHD9D dan mohon sekarang!

Baca juga: PKSK 2022: Permohonan Sekolah Khusus (SBP, MRSM, SMKA, SMT)

Leave a Comment