Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2026 (Koperasi Tentera) kini dibuka kepada semua anggota Koperasi Tentera (KT) mulai 3 Ogos 2026 dan borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan https://www.katmb.com.my/web/content/15095…

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

Apakah Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS)?

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.

Tujuan utama skim ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan dan menampung persiapan pembelajaran anak-anak anggota Koperasi Tentera yang bakal memasuki sesi baharu persekolahan.

Untuk tahun 2026, Koperasi Tentera terus menyalurkan skim sumbangan ini untuk ahli Koperasi Tentera yang layak.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 3 Ogos 2026 sehingga 4 September 2026.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan (Status AKTIF).
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Gaji pokok/pencen perkhidmatan bawah RM5,000.
  6. MINIMUM tiga (3) orang anak yang bersekolah di sekolah rendah/menengah sahaja.

Cara Permohonan

Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan https://www.katmb.com.my/web/content/15095…

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:

Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera No.1,
Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Seksyen Kebajikan)

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

PEMOHON (ANGGOTA KT)

  1. Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  2. Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  3. Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  4. Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  5. Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

ANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)

  1. Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja)
  2. Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS)?

SBBS adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.

Bilakah tarikh permohonan skim sumbangan ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 3 Ogos 2026 sehingga 4 September 2026.

Jika saya mempunyai 2 orang anak sedang bersekolah, adakah saya boleh memohon untuk keempat-empat anak saya?

Tidak. Permohonan dibuka kepada minimum tiga (3) orang anak yang bersekolah di sekolah rendah/menengah sahaja.

Berapakah gaji pokok pemohon yang layak memohon?

Gaji pokok/pencen perkhidmatan pemohon mestilah bawah RM5,000.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan?

Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan https://www.katmb.com.my/web/content/15095…

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 03-2303 0000 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.

Baca juga:

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS