Santau Perempuan Terlarang – Sinopsis, Pelakon & Sedutan Episod

Santau Perempuan Terlarang
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Santau Perempuan Terlarang ialah drama seram psikologi berunsur mistik yang diilhamkan daripada kisah benar, mengangkat sisi gelap dunia hiburan dan perjanjian ghaib demi populariti.

Artikel ini mengupas sinopsis, pelakon serta sedutan episod untuk rujukan penonton.

Sinopsis Santau Perempuan Terlarang

Santau Perempuan Terlarang mengisahkan perjalanan hidup Iqbal (Nabil Aqil), seorang pelakon sendu yang sudah lama bertapak dalam industri seni namun masih gagal mencipta nama.

Walaupun sering menghadiri uji bakat, rezekinya seakan tertutup apabila hampir setiap peluang watak utama dirampas oleh pelakon sensasi, Ako Danial (Fadlan Hazim), yang sentiasa menjadi pilihan penerbit.

Kehidupan Iqbal kian terhimpit tiada wang, masih menggunakan motosikal ayahnya, dan jauh sekali mampu membantu keluarga.

Tekanan demi tekanan bukan sahaja datang daripada kerjaya, malah daripada keluarga sendiri. Ibu bapa Iqbal mendesaknya berhenti berlakon kerana bimbang maruah keluarga tercalar; ayahnya yang sudah menunaikan haji berasa malu dengan kehidupan anak yang tidak menentu.

Dalam masa yang sama, hubungan Iqbal dengan tunangnya, Maria (Hanna Aqeela), yang telah bertunang selama tiga tahun, semakin retak. Maria mendesak untuk berkahwin, namun Iqbal masih gagal memberikan hala tuju yang jelas terhadap masa depan mereka.

Ketika hidupnya berada di titik paling rendah, Iqbal diperkenalkan oleh rakannya, Maman (Amin Iman), kepada seorang wanita misteri bernama Sapora (Emma Maembong). Sapora dikatakan mampu membantu melalui rawatan tradisional untuk “membersihkan aura” dan membuka pintu rezeki.

Namun, Sapora bukan wanita biasa dia adalah seorang dukun yang memiliki kuasa gelap, dikelilingi pelbagai makhluk halus di kediamannya.

Di sebalik keupayaannya menunaikan hajat manusia, Sapora menyimpan dendam lama. Dahulu, dia merupakan gundik seorang Raja, namun dibuang demi menjaga nama baik istana.

Sejak itu, Sapora mengabdikan diri kepada iblis dan bertekad membalas dendam dengan mencari keturunan Raja tersebut. Tanpa disedari, wajah Raja itu seiras dengan Iqbal.

Pertemuan Iqbal dengan Sapora menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Kariernya melonjak secara drastik, peluang demi peluang datang tanpa henti, dan impian populariti yang selama ini mustahil kini berada dalam genggaman.

Namun, di sebalik kejayaan yang dikecapi, timbul persoalan yang menghantui apakah sebenarnya harga yang perlu dibayar? Dan adakah Iqbal sedar bahawa dirinya sedang terperangkap dalam satu perjanjian gelap yang tidak pernah dipersetujuinya secara sedar?

Senarai Pelakon & Lagu Tema

Drama Santau Perempuan Terlarang terbitan Zeel Production Sdn Bhd diarahkan oleh Faizal Nadxaman. Drama 10 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti berikut:

  • Emma Maembong sebagai Sapora 
  • Nabil Aqil sebagai Iqbal
  • Fadlan Hazim sebagai Ako Danial
  • Farid Kamil sebagai Zakuan
  • Hanna Aqeela sebagai Maria
  • Azri Iskandar sebagai Pendeta
  • Marc Sadique sebagai Mat Propa
  • Amin Iman sebagai Maman
Santau Perempuan Terlarang
Santau Perempuan Terlarang

LAGU TEMA

  • Tajuk : Damping
  • Komposer: Amir Hasan, Mingaling, Imgkay, Madebyartin
  • Lirik : Amir Hasan

Tarikh Tayangan

Drama Santau Perempuan Terlarang ditayangkan bermula 18 Disember 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 12 tengah malam di platform penstriman, Tonton.

Tonton setiap episod penuh Drama Santau Perempuan Terlarang dengan melanggan Tonton sekarang di sini: https://www.tonton.com.my/tontonup/

Promo Santau Perempuan Terlarang

@tontonmy

Calit minyak apakah itu??? 😨😨 Strim Tonton Original Series: Santau Perempuan Terlarang –> Mulai 18 Disember –> Setiap Isnin dan Khamis | Eksklusif hanya di @Tontonmy Dibintangi oleh: @emma_maembongofficial sebagai Sapora @kidkylo sebagai Iqbal @fadlanhazim sebagai Ako @faridkamilz sebagai Zakuan @hannaqeela sebagai Maria @aminnrsli_ sebagai Maman Arahan: @faizalnadxaman Penerbit: @hj.zil Terbitan: @zeelproduction SantauPerempuanTerlarang TontonOriginals Tonton

♬ original sound – Tonton MY – Tonton MY

@tontonmy

Dendam Sapora! 😨😨 Strim Tonton Original Series: Santau Perempuan Terlarang –> Mulai 18 Disember –> Setiap Isnin dan Khamis | Eksklusif hanya di @Tontonmy Dibintangi oleh: @emma_maembongofficial sebagai Sapora @kidkylo sebagai Iqbal @fadlanhazim sebagai Ako @faridkamilz sebagai Zakuan @hannaqeela sebagai Maria @aminnrsli_ sebagai Maman Arahan: @faizalnadxaman Penerbit: @hj.zil Terbitan: @zeelproduction SantauPerempuanTerlarang TontonOriginals Tonton

♬ original sound – Tonton MY – Tonton MY
Kredit: TikTok @tontonmy

Tonton highlight setiap episod Santau Perempuan Terlarang di sini:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut