Bahagia Yang Tertangguh mengisahkan Nurin Hana, seorang wanita yang terperangkap antara cinta, tanggungjawab dan maruah diri.
Drama ini menggambarkan realiti pahit seorang wanita yang berkorban demi keluarga, namun akhirnya dikhianati dan terpaksa mencari makna sebenar kebahagiaan yang tertangguh sekian lama.
Dihiasi dengan lakonan mantap barisan pelakon popular serta jalan cerita penuh emosi dan konflik rumah tangga, drama ini menjanjikan kisah yang dekat di hati penonton.
Dalam artikel ini, kami kongsikan sinopsis, pelakon utama dan highlight menarik setiap episod drama Bahagia Yang Tertangguh.
Sinopsis Bahagia Yang Tertangguh
Bahagian Yang Tertangguh mengisahkan tentang Nurin Hana, seorang wanita tabah yang terperangkap dalam perkahwinan penuh penderitaan. Selama lapan tahun tahun hidup sebagai isteri kepada Zakwan, hidupnya tidak pernah sunyi daripada tekanan dan air mata.
Di sebalik senyuman, Hana menanggung beban besar bukan sahaja perlu bekerja keras, malah ia juga menjadi isteri provider yang menanggung segala perbelanjaan keluarga suaminya. Lebih menyakitkan, dia dikawal sepenuhnya oleh kakak iparnya yang sering campur tangan dalam hal rumah tangga mereka.
Hana hidup cengkaman mertua dan ipar-duai yang suka membuli, sehingga tidak pernah merasa nikmat beraya di kampung sendiri. Penderitaan itu memuncak apabila Zakwan tanpa rasa bersalah menyuruhnya membayar sewa rumah mereka sendiri.
Segalanya runtuh apabila Hana menemui kecurangan Zakwan bersama Azrin Sofea, seorang janda cantik yang tanpa segan menghina dirinya. Ketika talak dijatuhkan, ia menjadi noktah kepada segala kesetiaan dan pengorbanan Hana selama ini.
Walau hatinya remuk, Hana bangkit demi masa depan anak tunggalnya, Raiqal. Dalam perjuangan membina semula kehidupannya, hadir seorang lelaki bernama Armin, yang membawa sinar baru dalam hidupnya. Armin bukan sahaja memhamai luka yang ditinggalkan Zakwan, malah hadir dengan keikhlasan dan kasih sayang yang mampu menyembuhkan jiwa Hana yang telah lama terluka.
Namun, hidup tidak semudah itu. Zakwan mula dihantui penyesalan, cuba kembali kepada Hana dengan janji manis dan kenangan lama. Kini Hana berada di persimpangan hidup antara masa silam dan masa depan.
Haruskah dia kembali kepada lelaki yang pernah menghancurkan kepercayaannya, membuka hati kepada Armin yang menjanjikan kebahagiaan sebenar, atau memilih untuk berdiri sendiri demi maruah dan ketenangan diri?





Beli Novel: Bahagia Yang Tertangguh, Rissa Ahdiya di sini: https://invl.me/cln2e45
Senarai Pelakon & Lagu Tema
Drama Bahagia Yang Tertangguh terbitan iFAME diarahkan oleh Osman Ali. Drama 28 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti berikut:
- Nad Zainal sebagai Nurin Hana (Hana)
- Kamal Adli sebagai Armin
- Izzue Islam sebagai Zakwan
- Mimi Ernida sebagai Azrin Sofea
- Rozita Che Wan sebagai Juriah
- Riz Amin sebagai Saleh
- Norreen Iman
- Rosnah Johari sebagai Rahimah
- Muaz Fitri
- Datin Seri Nina Juren
- Iqbal Riezky sebagai Fahri
- Adrean Mateen sebagai Raiqal
Lagu Tema
Lagu OST Drama Bahagia Yang Tertangguh akan dinyanyikan oleh Shahrul Akmal dan Zuana Zulmat.
Tarikh Tayangan
Drama Bahagia Yang Tertangguh akan ditayangkan bermula 17 November 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran 104 Astro Ria.
Anda juga boleh saksikan drama ini secara eksklusif di platform Sooka menerusi streaming online dalam talian.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Promo Drama Bahagia Yang Tertangguh
Baca juga:




