Sumpah Ibuku – Sinopsis, Pelakon & Sedutan Episod (Highlight)

Sumpah ibuku
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sumpah Ibuku merupakan sebuah drama Slot Akasia TV3 yang mula ditayangkan pada 19 November 2025 menggantikan Seoul Cinta. Layari Astro Go & iQIYI Malaysia untuk menonton secara digital.

Dibintangi barisan pelakon popular seperti Remy Ishak dan Izara Aishah, naskhah ini mengetengahkan elemen realiti kehidupan, konflik keluarga serta kekuatan seorang ibu tunggal. 

Rujuk sinopsis, barisan pelakon dan watak, serta waktu tayangan dan platform untuk menonton drama Sumpah Ibuku di bawah. 

Sumpah Ibuku
Sumpah Ibuku, Slot Akasia TV3

BACA: Drama ‘Saat Aku Tahu’ – Sinopsis, Pelakon & Highlight Episod

Sinopsis Drama Sumpah Ibuku

Drama “Sumpah Ibuku” adalah sebuah drama keluarga terbitan Saphire Screen Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Riza Baharudin dan Azri Izhar.

Drama ini mengisahkan tentang Husna  (Izara Aishah), seorang ibu tunggal yang kuat dan penuh pengorbanan. Kehidupan Husna berubah apabila dia bertemu semula dengan cinta lamanya, Hadith  (Datuk Remy Ishak), yang membawa harapan baru namun juga konflik.

Drama Sumpah Ibuku
Drama TV3 Sumpah Ibuku

Husna perlu berhadapan dengan ibu mertuanya, Che Yam, yang penuh dendam dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memakai sihir dan memfitnah demi untuk memisahkan Husna daripada keluarga itu.

Dendam dan tipu helah oleh Che Yam dan anak perempuannya Syafikah menyebabkan Husna terpaksa membuktikan kesetiaannya dan melindungi keluarganya. 

Drama “Sumpah Ibuku” ini mula ditayangkan pada 19 November 2025 di Slot Akasia TV3. Ia disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. 

  • Penulis skrip: Sophilea, Riza Baharudin & Azri Izhar (Olahan skrip)
  • Pengarah: Riza Baharudin & Azri Izhar
  • Produksi: Saphire Screen Sdn. Bhd
  • Episod: 20

Barisan Pelakon & Watak

Berikut ialah barisan pelakon dan watak yang dimainkan dalam drama Sumpah Ibuku:

PelakonWatak
Izara AishahHusna
Remy IshakHadith
Zara ZyaSyafikah
Liza AbdullahChe Yam
Syazwan ZulkiflyZaim
Syad MutalibNurul Iman
Rahhim OmarHaji Zakaria
Wilma MuhammadZahiria
Aleza ShadanAlma
Ieda MoinMak Uda
Ako MustaphaUstaz Hanafi
Mia NasirFarhana
Nik RifaieHilman
Anies HannElin
Zaleha ImanLutfia
Sayf MikaelZarin
Akram HakimiKimi

Waktu Tayangan

  • Tarikh Mula Tayangan: 19 November 2025
  • Hari & Waktu Tayangan: Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.
  • Platform siaran: Slot Akasia TV3
Sumpah Ibuku
Sumpah Ibuku

Selain daripada siaran di TV3, drama ini juga boleh distrim secara digital di platform iQIYI dan Astro GO. Penonton boleh akses episod-episod terkini secara streaming selepas siaran langsung di TV3.

Jika anda pengguna Astro dan ingin menonton melalui Astro GO, pastikan servis langganan anda aktif dan aplikasi Astro GO boleh diakses melalui telefon pintar, tablet, atau peranti yang disokong.

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Jeda Derita
  • Artis: Liza Hanim
  • Komposer: Tomok
  • Penulis Lirik: Fedtri Yahya

Sedutan Episod (Highlight)

EPISOD 1:

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui info terkini dan menonton episod lepas, sila layari:

Soalan Lazim Drama Sumpah Ibuku

Apakah sinopsis drama “Sumpah Ibuku”?

Drama ini mengisahkan Husna, seorang ibu tunggal yang tabah dan penyayang, yang kembali membina rumah tangga dengan cinta lamanya, Hadith. Konflik utama tercetus apabila ibu mentua Husna, Che Yam, bersama adik Hadith, Syafiqah, menentang dan cuba memisahkan mereka melalui fitnah dan sihir. Husna menghadapi pelbagai ujian termasuk dituduh palsu, namun terus berjuang menjaga keluarga dan membongkar kejahatan Che Yam.

Bilakah “Sumpah Ibuku” mula ditayangkan?

Drama ini bermula tayangan pada 19 November 2025 dan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Slot Akasia TV3.

Di manakah boleh menonton “Sumpah Ibuku”?

Selain Tayangan di TV3, drama ini boleh distrim secara online di platform iQIYI dan juga melalui Astro GO bagi pelanggan Astro yang memiliki langganan TV3.

Berapa jumlah episod drama ini?

Drama “Sumpah Ibuku” mempunyai 20 episod.

Siapakah yang membintangi drama ini?

Pelakon utama ialah Izara Aishah (Husna), Remy Ishak (Hadith), Liza Abdullah (Che Yam), Zara Zya (Syafiqah), serta pelakon lain seperti Syazwan Zulkifly dan Syad Mutalib.

Apakah lagu tema (OST) drama “Sumpah Ibuku”?

Lagu tema berjudul “Jeda Derita” dinyanyikan oleh Liza Hanim, dengan komposer Tomok dan lirik oleh Fedtri Yahya.

Adakah drama “Sumpah Ibuku” tersedia di platform lain selain TV3?

Ya, drama ini juga boleh ditonton secara dalam talian di iQIYI, dan penonton Astro boleh menontonnya di Astro GO.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut