Rekod Persediaan Mengajar (RPM): Kandungan & Contoh

Bagi guru yang ingin memulakan pengajaran di sekolah, salah satu dokumen yang perlu disediakan adalah Rekod Persediaan Mengajar (RPM).

Apakah yang dimaksudkan oleh RPM?

Rekod Persediaan Mengajar atau disebut sebagai RPM ialah perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan semester setiap minggu.

Ianya mengikut minggu yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Setiap guru perlu menyediakan RPM untuk memastikan mereka mempunyai perincian mengajar.

Keperluan Rekod Persediaan Mengajar

RPM diperlukan untuk perkara-perkara berikut:

  • Meningkatkan profesionalisme dan memberi keyakinan kepada guru dalam menjalankan tugas.
  • Membantu guru merancang pengajaran dan RPH dengan tersusun dan mengikut urutan yang ditetapkan.
  • Membantu guru merekod perkara berkaitan aktiviti sebelum dan selepas pengajaran.
  • Membantu guru untuk menjejaki jadual waktu yang telah ditetapkan.
  • Pengurusan fail juga adalah salah satu syarat penilaian bagi calon guru cemerlang.

Isi Kandungan

Isi kandungan RPM perlulah merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Muka Hadapan Fail Rekod Mengajar
  2. Rukun Negara/Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  3. Visi/Misi
  4. Fokus Pengurusan Pendidikan
  5. Keterangan Peribadi
  6. Surat Aku Janji/Akta Rahsia Rasmi /Ikrar Bebas Rasuah/
  7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999
  8. Takwim Sekolah
  9. Senarai Tugas Guru
  10. Rancangan Pengajaran Tahunan
  11. DSKP dan DSK/DSP
  12. Rancangan Pengajaran Harian
  13. Aktiviti Guru
  14. Catatan

Contoh Fail

Contoh-contoh RPM boleh dirujuk menerusi lampiran yang dikongsikan daripada pemilik media sosial Facebook, Cikgu Eva Kongsi :

Sumber asal oleh Cikgu Eva Kongsi
Sumber asal oleh Cikgu Eva Kongsi
Sumber asal oleh Cikgu Eva Kongsi
Sumber asal oleh Cikgu Eva Kongsi
Sumber asal oleh Cikgu Eva Kongsi
rekod persediaan mengajar
Sumber asal oleh Cikgu Eva Kongsi
rekod persediaan mengajar
rekod persediaan mengajar
rekod persediaan mengajar
rekod persediaan mengajar
rekod persediaan mengajar
Sumber asal oleh Cikgu Eva Kongsi
Sumber asal oleh Cikgu Eva Kongsi

Muat Turun Contoh RPM

Muat turun contoh RPM menerusi file di bawah:

Sumber: Cikgu Eva Kongsi

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!