Login IQ Nilam (iqnilam.moe.gov.my), Sistem Rekod Bacaan Murid Online

Program NILAM merupakan satu program yang menggalakkan pelajar untuk membaca. NILAM membawa maksud ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’.

Ianya telahpun dilaksanakan sejak tahun 1999 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Program ini mula dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca yang bertarikh 22 Mei 1998.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program iQ NILAM dan cara merekod bahan bacaan murid secara online.

Apakah iQ NILAM?

iQ NILAM atau Index Quality NILAM adalah satu inisiatif merekodkan program bacaan NILAM secara digital.

Melalui inisiatif ini, murid tidak lagi perlu mengisi rekod bacaan melalui buku NILAM yang biasa digunakan.

Sebaliknya, mereka hanya perlu mengisi dan merekodkan bahan bacaan secara atas talian di laman web dengan menggunakan ID Delima yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

Guru juga dapat merujuk data serta memindahkan maklumat ini dengan mudah dan cepat.

Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan KPM 2022: Semakan Kelayakan RM150 One-off

Cara Log Masuk & Rekod Bacaan Untuk Murid

Layari laman web https://iqnilam.moe.gov.my

  1. Sila log masuk menggunakan ID DELIMA
  2. Cara login adalah dengan menggunakan ID delima masing-masing.
    • Contoh : m-11065567Password : abcd@1234 (jangan ubah)
  3. Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
  4. Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:
    • Maklumat Bahan Bacaan
      • Tajuk Buku
      • Pilihan Bahasa
      • Tahun Terbitan
      • Pengarang
      • Penerbit
    • Jenis Bahan Bacaan
      • Buku Fiksyen
      • Buku Bukan Fiksyen
      • Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
      • Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
    • Rumusan
    • Aktiviti Pengayaan
    • Aktiviti Lain-lain (jika ada)
  5. Setelah selesai mengisi, anda perlu klik butang SIMPAN.

Rujuk langkah bergambar di bawah untuk lebih mudah faham:

iq nilam
iq nilam
iq nilam https://iqnilam.moe.gov.my
https://iqnilam.moe.gov.my

Baca juga: Cara Masukkan Tanda Tangan Dalam Email / Surat (Word)

Apa Maksud ‘Fiksyen’?

  • Cerita rekaan atau singkatannya cereka atau fiksyen berbentuk rekaan dan khayalan oleh penulis
  • Diklasifikasikan mengikut Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina / Bahasa Arab
  • Terdiri daripada pelbagai genre seperti cerita lagenda, seram, penyiasatan, sains dan sebagainya.

Apa Maksud ‘Bukan Fiksyen’?

  • Buku berbentuk pengetahuan am dan berbentuk fakta.
  • Sering dikenali sebagai buku rujukan – terdapat 2 jenis iaitu ‘Rujukan Am’ dan ‘Rujukan Khas’
  • Contoh buku bukan fiksyen termasuklah ensiklopedia, kamus, glosari dan sebagainya.

Apa Maksud ‘Bukan Buku’?

  • Bahan bercetak : Jurnal, laporan, majalah, rencana, artikel, peta, risalah berilmiah, bahan bantu belajar, katalog, manual pengguna, buletin, komik, poster, carta dan surat khabar.
  • Bahan bukan bercetak : Video klip berinformasi, cakera padat, perisian pendidikan dan kit pembelajaran.

Apa Maksud ‘Bahan Digital’?

  • Diperoleh melalui pautan dalam talian daripada pelbagai platform.
  • Antara baban digital yang sering digunakan adalah buku elektronik (e-book) dan buku cerita digital di rak pembelajaran maya.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk laman web IQ NILAM di pautan https://iqnilam.moe.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!