Advertisements

Tarikh Penting PRU-15, Penamaan Calon & Hari Mengundi – SPR

Advertisements

PENETAPAN TARIKH PRU-15 & PROSES PENAMAAN CALON PRU15

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan PRU15 bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

“Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan memutuskan satu PRU15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, serta 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak.

“Tarikh Keluar Writ pada 20 Oktober; Hari Penamaan Calon (5 November); Hari Mengundi Awal (15 November) dan Hari Mengundi pada 19 November,” katanya dalam sidang akhbar PRU15 di Menara SPR, di sini, pada Khamis.

Tarikh-tarikh Penting PRU-15

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh – tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting #PRU15 yang diumumkan oleh SPR:

  • Tarikh Keluar Writ : 20 Oktober 2022
  • Penamaan Calon: 5 November 2022
  • Undi Awal: 15 November 2022
  • Hari Pengundian: 19 November 2022

Hari Penamaan Calon – 5 November 2022

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).

Turut diadakan serentak adalah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiganya sekali.

Selain dari penyerahan borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding selepas selesai proses penamaan calon.

Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.

Pusat Penamaan Calon PRU 15

Berikut merupakan lokasi pusat penamaan calon dan waktu penamaan calon yang menjadi kebiasaan dilakukan.

  • Pejabat-pejabat Daerah
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Daerah
  • Dewan Orang Ramai
  • Bangunan-bangunan sekolah
  • atau tempat-tempat tertentu yang difikirkan sesuai oleh SPR.

Penyerahan Kertas Penamaan Calon dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Tempoh Berkempen

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, SPR memaklumkan, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November (Jumaat).

Untuk makluman, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 dan PRK DUN Bugaya adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Ogos yang dikemaskini sehingga 9 Oktober.

DPPR tersebut mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih.

tarikh pru15

PAUTAN LIVE STREAMING

TV1 : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1

Facebook SPR: https://www.facebook.com/sprgovmy/videos/669907184421712/

BILA DAN BAGAIMANA PROSES PENETAPAN TARIKH PILIHANRAYA (PRU-15) ?

pru15 tarikh pru-15
Sumber: BERNAMA

Apabila Parlimen bubar, SPR diberi masa 60 hari untuk melangsungkan pilihan raya.

Bagi memastikan persediaan dilaksanakan teratur, memaksimumkan tempoh berkenaan adalah langkah terbaik  bergantung kepada keadaan.

Dalam tempoh 60 hari yang diperuntukkan sebelum berlangsungnya pilihanraya, SPR akan bermesyuarat khas untuk menentukan Tarikh Penamaan Calon, Undi Awal dan Hari Mengundi.

Selepas mesyuarat khas, SPR akan keluar writ kepada semua Pegawai Pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya (dalam konteks PRU, 222 Pegawai Pengurus akan diberikan writ setelah nama2 mereka diperkenankan YDP Agong.

Selepas Penamaan Calon, bermulalah tempoh berkempen selama 10-14 hari. Kemudian barulah kita akan keluar mengundi.

Setiap kali PRU melibatkan beratus ribu petugas. Untuk PRU-15, hampir 400,000 petugas seluruh negara akan bertugas memastikan semua pengundi dalam mengundi.

Pilihan Raya merupakan Hari Raya terbesar negara kita, semua rakyat akan meraikannya.

pru-15 tarikh pru15

Proses Pilihan Raya

Secara lebih terperinci, berikut adalah 10 proses pilihanraya yang diterangkan di laman web SPR:

1. Pembubaran Parlimen

2. SPR Terima Pemakluman Rasmi Daripada Speaker

Setelah pembubaran dewan rakyat, SPR akan menunggu pemakluman rasmi daripada speaker menyatakan dewan rakyat telah di bubarkan maka tidak kurang 4 hari dan tidak lebih 10 hari SPR akan mengadakan mesyuarat khas.

3. Mesyuarat Khas SPR

Mesyuarat Khas SPR adalah bertujuan untuk menentukan tarikh-tarkh penting Pilihan Raya PRU15 yang telah ditetapkan seperti:

– Tarikh Hari Penamaan Calon;
– Tarikh Hari Undi Awal; dan
– Tarikh Hari Mengundi PRU15

4. Pegawai Pengurus Terima Writ Daripada SPR

Setelah mengadakan mesyuarat khas dan menentukan tarikh-tarikh.

SPR akan melantik Pegawai Pengurus melalui Writ.

Writ Pilihan Raya adalah surat kuasa yang dikeluarkan oleh SPR kepada Pegawai Pengurus untuk melaksanakan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil apabila berlaku kekosongan di bahagian pilihan raya berkenaan.

5. Pegawai Pengurus Keluar Notis

Setelah dilantik Pegawai Pengurus akan mengeluarkan suatu NOTIS PEMBERITAHUAN kepada orang ramai tentang kekosongan Dewan Rakyat/DUN dan pelawaan untuk penamaan calon bagi mengisi kerusi tersebut.

Notis mengandungi butiran masa dan tempat penamaan calon. Notis perlu di tampal di tempat-tempat awam yang mudah dilihat.

6. Penamaan Calon

Penamaan Calon adalah suatu hari yang ditetapkan bagi membolehkan mana-mana rakyat yang layak dan ingin menjadi Calon untuk bertanding Hadir bersama Pencadang dan Penyokong bagi menyerahkan kertas penamaan kepada Pegawai Pengurus antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

7. Kempen

Setelah diumumkan suatu bahagian pilihan raya itu dipertandingkan Calon-calon boleh mula berkempen dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.

Kempen dipantau oleh Pasukan Penguat kuasa kempen Pilihan Raya.

8. Pengundian Awal

Pengundian Awal akan dijalankan tidak kurang daripda 3 hari sebelum Hari Mengundi.

Pengundian awal melibatkan :

– Polis
– Tentera dan Pasangan
– PGA dan Pasangan

Mana-mana orang yang tidak dapat hari pengundian awal kerana bertugas pada hari mengundi boleh memohon untuk mengundi secara pos.

9. Pengundian

Hari mengundi adalah Hari yang telah ditetapkan oleh SPR untuk pemilih yang berdaftar di bahagian pilihan raya yang telah ditetapkan untuk mengundi dijalankan dan berakhir apabila keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus.

Tarikh PRU15 akan ditetapkan dan akan dikemaskini di sini.

10. Penjumlahan Rasmi Undi / Keputusan

Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing akan menjumlah undi yang diterima daripada Ketua Tempat Mengundi dan Penolong Pengurus Pengundian Pos dan mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi bahagian pilihan raya masing-masing.

Setelah mendapat keputusan rasmi daripada semua bahagian pilihan raya di semua negeri, SPR disuatu tempat yang ditetapkan bagi tujuan mengumumkan keputusan pilihan raya seterusnya mengisytiharkan parti yang mendapat majoriti mudah/ dua pertigas untuk membentuk kerajaan.

pru-15

Berikut ialah tarikh dan peristiwa utama yang membawa kepada pilihan raya umum (PRU) ke-14:

28 MacPerdana Menteri Najib Razak membentangkan laporan penyusunan semula Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Rakyat
6 AprilNajib Razak mengumumkan hasratnya untuk membubarkan Parlimen Malaysia
7 AprilPembubaran rasmi Parlimen
10 AprilPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Hashim Abdullah mengumumkan bahawa pilihan raya akan berlangsung pada 9 Mei 2018
28 AprilProses penamaan calon untuk pilihan raya umum bermula, dan tarikh akhir (10 pagi) untuk penghantaran kertas pencalonan calon
28 AprilTempoh berkempen 11 hari bermula
5 MeiPengundian awal bermula
9 MeiHari pengundian
10 MeiAngkat sumpah Perdana Menteri yang baru Mahathir Mohamad

Waktu Keluar Mengundi PRU15

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh masa pengundian selama satu jam supaya orang ramai mempunyai masa mencukupi untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Semakan Daftar Pemilih

Sudahkah anda membuat semakan daftar pemilih di laman web SPR bagi persediaan PRU-15 ini?

Jika belum, anda boleh membuat semakan melalui langkah berikut: : MySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022

Baca juga :

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment