Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17 kini dibuka selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A (Anggota Polis, Anggota Tentera, Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, dan Petugas Media), Kategori 1B (warganegara Malaysia yang menetap di luar negara), serta Kategori 1C (Agensi/Organisasi) akan dibuka mulai Isnin, 13 Oktober 2025.
Semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui pautan https://myspr.spr.gov.my. Pemilih yang layak dan berhasrat mengundi melalui pos mesti mempunyai akaun MySPR atau mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Tarikh tutup bagi semua kategori undi pos akan diumumkan kemudian.
Berikut dikongsikan kenyataan rasmi tentang undi pos dan langkah-langkah untuk membuat pendaftarannya.

Tarikh Permohonan Undi Pos PRN Sabah 17
Tarikh tutup permohonan bagi semua kategori akan dimaklumkan kelak oleh SPR.
Kategori Pengundi Pos
Terdapat tiga (3) kategori undi pos:
A. Kategori 1A (Dalam Negara):
Permohonan undian pos Kategori 1A (Dalam Negara) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi:
- Anggota/Pegawai SPR;
- Petugas Pilihan Raya;
- Anggota Polis yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi;
- Anggota Tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi; dan
- Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya.
B. Kategori 1B (Luar Negara):
Permohonan undian pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah untuk pemilih-pemilih yang tinggal di luar negara.
C. Kategori 1C (Agensi / Organisasi):
Permohonan undian pos Kategori 1C (Agensi/Organisasi) adalah untuk pemilih-pemilih dalam kategori berikut yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi kerana bertugas:
- Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
- Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
- Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
- Anggota Jabatan Kesihatan;
- Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
- Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
- Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); atau
- Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
Permohonan Akaun Baharu MySPR
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon akaun baharu MySPR (Online):
- Imbas Kod QR atau klik pautan: https://myspr.spr.gov.my/login
- Klik pada [PERMOHONAN AKAUN BAHARU].
- Isikan butiran yang diperlukan dan muat naik:
- Orang awam: Gambar hadapan MyKad dan gambar selfie sambil memegang MyKad.
- Anggota polis: Gambar hadapan Kad Kuasa Polis dan gambar selfie sambil memegang Kad Kuasa Polis.
- Anggota tentera: Gambar hadapan MyTentera dan gambar selfie sambil memegang MyTentera.
- Masukkan CAPTCHA dan klik [DAFTAR].
- Terima e-mel pemakluman bertajuk [PENERIMAAN PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA].
- Terima e-mel kedua bertajuk [PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA] — klik pautan dalam e-mel untuk aktifkan akaun MySPR.
- Pautan tersebut akan membawa anda ke halaman [PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA]. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan, kemudian klik [MOHON NO. TAC].
- No. TAC akan diterima melalui e-mel dan SMS. Masukkan No. TAC dan klik [HANTAR]. Pengaktifan akaun MySPR anda kini BERJAYA.



Panduan Permohonan Undi Pos Online
Berikut adalah panduan lengkap (Semua Kategori) bagi anda yang ingin membuat permohonan undian secara pos secara dalam talian (online):
A. Kategori 1A (Anggota/Pegawai SPR):






B. Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya):






C. Kategori 1A (Anggota Polis):








C. Kategori 1A (Anggota Tentera):








D. Kategori 1A (Petugas Media):










E. Kategori 1B(Luar Negara):
VERSI BAHASA MELAYU






VERSI BAHASA INGGERIS






F. Kategori 1B(Agensi/Organisasi):










Semak Status / Pembatalan Undi Pos
Berikut cara semak status permohonan undi pos:
- Log masuk ke akaun MySPR.
- Klik menu [Permohonan Undi Pos].
- Pilih submenu [Transaksi Undi Pos].
- Semak status permohonan anda pada ruangan [STATUS] seperti yang terpapar di skrin.
Berikut cara membatalkan permohonan undi pos:
- Log masuk ke akaun MySPR.
- Klik menu [Permohonan Undi Pos].
- Pilih submenu [Transaksi Undi Pos].
- Klik ikon “tong sampah” pada baris permohonan yang ingin dibatalkan.
- Klik butang [YA] untuk mengesahkan pembatalan.
⚠️ Peringatan Penting
- Setiap pemohon hanya dibenarkan satu (1) permohonan undi pos pada satu masa.
- Sekiranya ingin membuat permohonan baharu, batalkan permohonan sebelum ini terlebih dahulu.
- Permohonan undi pos hanya boleh dibatalkan sendiri melalui MySPR jika belum diperaku/diluluskan.
- Jika permohonan telah diperaku atau diluluskan, pemohon perlu menghubungi UPUP SPR untuk pembatalan.




Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut atau mempunyai sebarang masalah berkaitan tentang undian pos, sila rujuk saluran berikut:
- Talian Hotline UPUP: +603-8892 7080; atau
- E-mel: [email protected]; atau
- Sistem aduan SPR: https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan

Soalan Lazim Undi Pos
Undi pos ialah kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan pemilih yang tidak dapat hadir ke pusat mengundi pada Hari Mengundi Awal atau Hari Mengundi membuat undian secara pos.
Pemilih yang termasuk dalam Kategori 1A, 1B, dan 1C layak untuk memohon undi pos, bergantung pada situasi dan lokasi mereka.
Permohonan undi pos Kategori 1A (Dalam Negara) terbuka kepada pemilih yang tidak dapat hadir mengundi kerana terlibat secara langsung dalam urusan pilihan raya atau tugasan rasmi, iaitu:
Anggota/Pegawai SPR
Petugas Pilihan Raya
Anggota Polis yang tidak dapat hadir mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi
Anggota Tentera yang tidak dapat hadir mengundi pada Hari Mengundi Awal/Hari Mengundi
Petugas Media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya
Permohonan Kategori 1B (Luar Negara) disediakan untuk warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara, bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi tanpa perlu pulang ke tanah air
Permohonan Kategori 1C (Agensi/Organisasi) terbuka kepada anggota badan atau agensi tertentu yang tidak dapat hadir pada Hari Mengundi kerana bertugas, termasuk:
Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Kesihatan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA)
Jabatan Pendaftaran Negara – UTC
Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)
Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi SPR: https://myspr.spr.gov.my/login
Pemilih perlu mempunyai akaun MySPR terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Jika belum mempunyai akaun, pendaftaran boleh dibuat di laman sama.
Permohonan undi pos bagi semua kategori akan dibuka mulai Isnin, 13 Oktober 2025.
Tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan oleh SPR dari semasa ke semasa.
Tidak perlu. Semua urusan permohonan dan semakan undi pos boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal MySPR.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan undi pos, pemilih boleh menghubungi:
Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)
Aras 5, Menara SPR
No. 2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
📞 Tel: +603 8892 7080
📧 Emel: [email protected] / [email protected]
Maklumat lanjut termasuk tarikh penting, calon, dan pusat mengundi boleh disemak di:
https://myspr.spr.gov.my




