PROTON Holdings Bhd secara rasmi telah melancarkan syarikat pembiayaan automotif baharu, Proton Capital Sdn Bhd bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
Penubuhan Proton Capital ini merupakan satu langkah besar buat jenama automotif nasional dalam menawarkan alternatif pinjaman sewa beli (hire-purchase) secara terus kepada pelanggan, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada institusi perbankan yang lain.
Bagi anda yang sedang merancang untuk membeli kereta jenama Proton, jom fahami bagaimana Proton Capital boleh memudahkan urusan pembelian kereta baharu anda.
Apa Itu Proton Capital?
Proton Capital ialah syarikat pembiayaan automotif dalaman (in-house automotive financing) yang dikendalikan sepenuhnya oleh PROTON. Fungsinya adalah untuk menyediakan kemudahan pinjaman kereta yang lebih bersepadu, fleksibel, dan mesra pelanggan.
Sebagai cabang pembiayaan khusus Proton, Proton Capital menawarkan pengalaman pembiayaan yang lebih bersepadu melalui rangkaian pengedar PROTON yang mengambil bahagian.
Ini bermakna pembeli tidak perlu lagi berurusan secara berasingan dengan pihak bank luar.
Segala urusan permohonan, penghantaran dokumen, dan semakan status pinjaman boleh diuruskan terus oleh penasihat jualan di bilik pameran (showroom), menjadikan ekosistem pembelian kereta PROTON kini lebih lengkap dan lancar di bawah satu bumbung.
Pada peringkat awal, perkhidmatan ini tersedia kepada pelanggan individu yang layak untuk pembelian kenderaan PROTON baharu di Lembah Klang.

Tersedia di 12 Cawangan Proton Lembah Klang
Pada peringkat awal, Proton Capital akan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan individu yang layak yang membeli kenderaan Proton baharu melalui 12 cawangan yang mengambil bahagian di Lembah Klang.
Buat masa ini PROTON belum menerbitkan senarai nama spesifik bagi 12 cawangan tersebut.
Permohonan Melalui Cawangan Sah Proton
Pelanggan boleh mengemukakan permohonan mereka melalui cawangan sah Proton terpilih yang mengambil bahagian. Proton Capital akan menilai setiap permohonan secara individu, dengan mengambil kira pendapatan, komitmen kewangan sedia ada, maklumat kredit dan kemampuan pembayaran balik mereka.
Pemohon boleh terdiri daripada pekerja makan gaji, individu yang bekerja sendiri, dan pelanggan yang mempunyai sumber pendapatan lain yang boleh disahkan.
Semua kelulusan adalah tertakluk kepada polisi kredit syarikat yang sedang berkuat kuasa, dokumentasi yang diperlukan serta terma dan syarat yang berkenaan.
Kelulusan Dalam Masa 1 Hari Bekerja!
Bagi permohonan yang lengkap dan jelas, Proton Capital menyasarkan untuk memberikan keputusan awal dalam masa satu hari bekerja. Bagi permohonan yang memerlukan dokumen tambahan, pengesahan atau penilaian kredit lanjut, ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama.
Bayaran Ansuran
Bayaran ansuran bulanan boleh dibuat melalui perbankan dalam talian atau Pindahan DuitNow menggunakan akaun Bank CIMB unik yang ditetapkan khas untuk akaun pembiayaan tersebut, manakala pilihan debit terus (direct debit) juga turut disediakan.

Pembiayaan Turut Ditawarkan Kepada Teksi S70
Pada fasa pelancarannya, Proton Capital akan menawarkan pembiayaan sewa beli konvensional untuk kenderaan Proton baharu, termasuk pakej kadar tetap standard dan pakej khas untuk teksi Proton S70.
Syarikat merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk secara berperingkat, termasuk pembiayaan yang direka untuk pelanggan e-hailing.
Tiada yuran permohonan akan dikenakan untuk menghantar permohonan pembiayaan.
Sebarang duti setem, caj berkanun, premium insurans atau takaful, caj pendaftaran dan yuran berkaitan yang lain akan dinyatakan dalam lembaran maklumat produk yang berkenaan sebelum perjanjian pembiayaan ditandatangani.
Adakah Proton Capital Patuh Syariah?
Pilihan pembiayaan Patuh Syariah masih belum tersedia buat masa ini, tetapi dijadualkan akan dilancarkan pada awal November 2026.
Pada fasa pelancaran rasminya pada 21 September 2026, Proton Capital Sdn Bhd hanya menawarkan pelan pembiayaan sewa beli konvensional (termasuk pakej kadar tetap standard dan skim khas teksi Proton S70).
4 Kelebihan Utama Memilih Proton Capital
Sebagai entiti pembiayaan rasmi, Proton Capital menawarkan beberapa keunggulan berbanding pembiayaan bank biasa:
- Kelulusan Pantas (1 Hari Bekerja): Anda tidak perlu lagi menunggu berhari-hari. Proton Capital mensasarkan keputusan kelulusan awal pembiayaan dalam masa 24 jam bagi permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria.
- Tiada Yuran Permohonan: Proses penghantaran dokumen dan permohonan pinjaman adalah 100% percuma tanpa sebarang kos tersembunyi.
- Terbuka kepada Pekerja & Peniaga: Skim ini terbuka kepada pemohon individu, sama ada anda seorang pekerja makan gaji (salaried) mahupun individu yang bekerja sendiri (self-employed).
- Proses yang Lancar: Urusan dokumentasi dilakukan secara digital dan bersepadu dengan penasihat jualan PROTON, mengurangkan kerenah birokrasi.
Maklumat Lanjut
Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan sah terpilih yang mengambil bahagian atau menghubungi Khidmat Pelanggan Proton Capital di talian 03-5888 1668 atau [email protected]
- Rujuk : Laman Web Rasmi PROTON.
Anda juga boleh kunjungi mana-mana 12 cawangan pengedar sah PROTON terpilih di sekitar Lembah Klang yang terlibat dalam fasa awal pelancaran ini setelah pengumum rasmi dibuat.
Soalan Lazim Proton Capital
Proton Capital Sdn Bhd ialah syarikat pembiayaan automotif dalaman (in-house financing) milik penuh PROTON. Ia ditubuhkan khusus untuk menawarkan pelan pinjaman kereta yang lebih bersepadu, cepat, dan mudah secara terus melalui rangkaian pengedar PROTON tanpa bergantung sepenuhnya kepada bank konvensional.
Pada fasa awal ini, permohonan terbuka kepada pelanggan individu yang layak untuk pembelian kenderaan PROTON baharu di Lembah Klang. Ini merangkumi:
– Pekerja makan gaji (salaried employees).
– Individu yang bekerja sendiri (self-employed).
– Individu yang mempunyai sumber pendapatan lain yang boleh disahkan.
Buat masa ini (fasa pelancaran), Proton Capital hanya menawarkan pelan sewa beli konvensional. Walau bagaimanapun, pelan pembiayaan Patuh Syariah dijadualkan akan dilancarkan pada awal November 2026.
Bagi permohonan yang lengkap, jelas, dan memenuhi kriteria kredit, Proton Capital mensasarkan untuk memberikan keputusan kelulusan awal dalam masa 1 hari bekerja.
Tiada sebarang yuran permohonan dikenakan untuk menghantar dokumen. Segala kos berkanun seperti duti setem, caj pendaftaran, atau premium insurans/takaful akan dinyatakan secara telus dalam Lembaran Maklumat Produk (Product Disclosure Sheet) sebelum anda menandatangani perjanjian.
Buat masa ini, ia tersedia melalui 12 cawangan pengedar sah PROTON terpilih (di bawah 10 kumpulan pengedar) di sekitar Lembah Klang sahaja. Perkhidmatan ini akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.




