Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Keputusan Semakan Rayuan UPU Online 2026 boleh disemak bermula 24 September 2026 (Khamis, 12.00 Tengah Hari) sehingga 28 September 2026 (Isnin, 5.00 Petang). Manakala, pengesahan setuju terima tawaran bermula 25 September hingga 28 September 2026.

Rujuk cara semakan keputusan rayuan UPUOnline 2026/2027 (Lepasan STPM/Setaraf) di bawah.

Hebahan Semakan Keputusan Rayuan UPUONLINE 2026/2027

Kepada calon lepasan STPM/Setaraf yang membuat permohonan rayuan UPUONLINE bagi Sesi Akademik 2026/2027, keputusan boleh disemak bermula:

  • Tarikh: 24 September 2026 (Khamis
  • Masa: 12.00 Tengah Hari

HINGG

  • Tarikh: 28 September 2026 (Isnin
  • Masa: 5.00 Petang

Semakan boleh dilakukan di platform berikut:

Pengesahan setuju terima tawaran bermula 25 September hingga 28 September 2026.

Hebahan Semakan Keputusan Rayuan UPUONLINE 2026/2027
Sumber: BKPA UPU

Tarikh Penting Semakan Rayuan UPUOnline

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Semakan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2026/2027:

📌Garis Masa Penting

  • 24 September 2026 (Khamis): Semakan keputusan rayuan dibuka bermula jam 12.00 tengah hari.
  • 25 September 2026 (Jumaat): Urusan pengesahan setuju terima tawaran mula dibuka.
  • 28 September 2026 (Isnin): Tarikh tutup semakan rayuan dan pengesahan setuju terima pada jam 5.00 petang
Garis Masa Permohonan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf 2026/2027
PERKARALEPASAN STPM
Permohonan Fasa 129 Januari 2026 (Jam 12 Tengah Hari) – 23 Mac 2026 (5 Petang)
Permohonan Fasa 213 April 2026 (Jam 12 Tengah Hari) – 15 Mei 2026 (5 Petang)
Tarikh temu duga / ujianApril 2026 – Julai 2026
Tarikh semakan14 Ogos 2026
Tempoh setuju terima9 hari (15-23 Ogos 2026)
Surat tawaran1 hari lepas tarikh semakan UPU
Tempoh rayuan10 hari
Semakan Keputusan Rayuan24 September 2026 sehingga 28 September 2026
Pengesahan Terima Tawaran Rayuan 25 September hingga 28 September 2026
Pendaftaran Pelajar BaruMinggu ke-2 September 2026
Pendaftaran Pelajar Baru RayuanMinggu pertama Oktober 2026

Cara Buat Semakan Rayuan UPUOnline

Semakan keputusan rayuan UPUOnline boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi atau aplikasi mudah alih bermula 24 September 2026, jam 12.00 tengah hari.

Terdapat 4 kaedah semakan rasmi yang boleh anda gunakan, iaitu:

    Semakan Rayuan UPU Online Melalui Aplikasi UPU Pocket

    UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

    keputusan rayuan upuonline

    Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

    • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
    • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
    • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
    • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

    Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.

    Pengesahan Setuju Terima Tawaran

    Pengesahan Setuju Terima Tawaran UPUOnline wajib dilakukan bermula 25 September hingga 28 September 2026 sebelum jam 5.00 petang.

    Jika anda gagal membuat pengesahan dalam tempoh 4 hari ini, tawaran pengajian anda akan terbatal secara automatik

    Maklumat Lanjut

    Untuk sebarang pertanyaan berkaitan UPUOnline, sila rujuk:

    Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
    Jabatan Pendidikan Tinggi,
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi :~

    Soalan Lazim Semakan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf

    1. Bagaimana pemilihan ke UPU dilaksanakan?

    Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua institusi/ agensi. Pemprosesan pemilihan seperti berikut:

    a) Calon ditawarkan berdasarkan merit, memenuhi Syarat Am & Khas program pengajian, kekosongan tempat, diperaku temu duga dan/atau ujian (jika berkenaan) dan keutamaan pilihan calon.
    b) Calon disusun berdasarkan markah merit paling tinggi hingga paling rendah.

    2. Bila akan dapat surat tawaran UPU?

    Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.

    3. Bila tarikh akhir buat pilihan terima tawaran UPU?

    Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas hebahan keputusan perdana.

    Calon yang tidak membuat pengesahan terima atau tolak selepas tempoh yang
    ditetapkan akan dianggap sebagai menolak tawaran.

    4. Bagaiman cara buat rayuan UPU?

    Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.

    Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan

    5. Pilihan program apa yang ditawarkan dalam rayuan UPU?

    Calon dibenarkan mengemukakan empat (4) pilihan program pengajian semasa permohonan rayuan dengan program pengajian bertemuduga dan/ atau ujian hanya berada di Pilihan 1 dan 2 sahaja.

    Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah pilihan program pengajian yang layak syarat am dan syarat khas program pengajian sahaja serta masih ada kekosongan selepas setuju terima tawaran.

    6. Bilakah keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM akan diumumkan?

    Keputusan rayuan UPUOnline bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2026/2027 akan diumumkan pada, 24 September 2026 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.

    7. Kenapa permohonan UPU saya gagal?

    Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan permohonan UPU tidak berjaya mendapat program yang dipilih / gagal :

    PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) SESI AKADEMIK 2026/2027 – PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF KATEGORI DIPLOMA / SETARAF

    PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) SESI AKADEMIK 2026/2027 – PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF KATEGORI STPM, MATRIKULASI / ASASI DAN STAM

    PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI, MARA BPT – LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2026/2027

    Penulis