Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat merupakan kad kredit patuh Syariah hasil kerjasama strategik pertama antara Perodua dan Bank Rakyat yang dilancarkan khusus untuk pemilik kenderaan jenama automotif tersebut.
Kad ini direka khas untuk memberikan penjimatan serta ganjaran maksimum bagi setiap perbelanjaan berkaitan automotif harian anda.
Menariknya, kad ini bukan sahaja membantu anda menguruskan kos penyelenggaraan kereta dengan lebih bijak, malah membolehkan setiap liter minyak yang diisi bertukar menjadi ganjaran yang menguntungkan poket anda!
Jom baca lebih lanjut mengenai Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat, kelebihan, ganjaran, syarat dan cara permohonan di bawah.
Apa Itu Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat?

Kad Kredit-i Bank Rakyat Perodua ialah kad kredit-i yang ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggaan Perodua dan kakitangan Perodua/PDA yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan minimum sebanyak RM24,000.
Ia menawarkan 5X Mata Ganjaran Rakyat bagi setiap RM10 perbelanjaan runcit yang melibatkan transaksi stesen minyak, pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV), pusat penyelenggaraan berkala (termasuk tayar, servis, dan aksesori), serta langganan pelan perlindungan Takaful.
Mata ganjaran terkumpul boleh dipindahkan dan ditebus secara langsung menerusi aplikasi Perodua P-Circle.
Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat ini didatangkan dengan dua rekaan imej eksklusif yang diinspirasikan daripada Perodua QV-E serta karakter TIRA daripada filem animasi yang ditayangkan di aplikasi P-Circle Perodua.
Keistimewaan
Ciri-ciri Utama:
- Kad Kredit-i reka bentuk khas EKSKLUSIF bagi pelanggan Perodua dan wargakerja Perodua/PDA.
- Lima (5X) Mata Ganjaran Rakyat untuk setiap RM10 yang dibelanjakan bagi transaksi di stesen minyak, penyelenggaraan kenderaan (tayar, servis, aksesori), Takaful, dan pengecasan EV.pengecasan kenderaan elektrik.
- Satu (1X) Mata Ganjaran Rakyat untuk setiap RM10 yang dibelanjakan bagi setiap pembelian runcit yang lain.
Ciri-Ciri Tambahan:
- TIADA Yuran Tahunan
- Perlindungan Takaful Keluarga PERCUMA dan Khairat Kematian (RM1,000). Perlindungan termasuk jaminan bayaran pembiayaan yang belum dijelaskan melalui penggunaan kad kredit-i.
- Tiada caj tambahan untuk transaksi melibatkan tukaran wang asing.
- 0% Pelan Ansuran dengan pembelian minimum RM1,000.




Adakah Kad ini Patuh Syariah?
Ya, Kad Kredit Perodua ini adalah 100% patuh Syariah.
Perkataan “-i” pada nama rasmi kad ini (Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat) merujuk kepada produk kewangan Islamik (Islamic).
Produk ini diuruskan sepenuhnya oleh Bank Rakyat, sebuah institusi perbankan Islam terkemuka di Malaysia yang dipantau ketat oleh Jawatankuasa Syariah mereka sendiri serta mematuhi garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM).
Kadar Keuntungan
| Peringkat/Tier | Kriteria | Kadar Keuntungan Tahunan |
| Tier 1: Bayaran minima diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 9 bulan berturut-turut | Bukan Anggota Saham Bank Rakyat Anggota Saham Bank Rakyat | 13.5 % 13.0 % |
| Tier 2: Bayaran minima diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 6 bulan atau lebih dalam tempoh 9 bulan | Bukan Anggota Saham Bank Rakyat Anggota Saham Bank Rakyat | 17 % 15.5 % |
| Tier 3: Tidak memenuhi syarat-syarat Tier 1 dan Tier 2 di atas. | Bukan Anggota Saham Bank Rakyat Anggota Saham Bank Rakyat | 18 % 17% |
Mata Ganjaran
Sistem Mata Ganjaran bagi Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat (dikenali sebagai Mata Ganjaran Rakyat) direka khusus untuk memulangkan semula sebahagian daripada perbelanjaan kereta anda dalam bentuk nilai ekonomi digital.
- Satu (1) mata ganjaran akan diberikan kepada pemegang Kad Kredit-i untuk setiap RM10 penggunaan di mana-mana transaksi yang lain. Mata ganjaran tersebut akan ditukarkan kepada tunai pada kadar RM0.10 bagi setiap 10 mata ganjaran.
- Tempoh sah Ganjaran Rakyat adalah selama 3 tahun. Ganjaran yang diperoleh pelanggan pada mana mana tarikh pada sebarang bulan adalah sah sehingga penghujung bulan yang sama untuk 3 tahun berikutnya.
Rebat
Ciri rebat tunai langsung ini merupakan satu lagi kelebihan utama Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat yang sangat menguntungkan pengguna.
Rujuk jadual rebat di bawah:
| Perkara | Tahun 1 | Tahun 2 | Tahun 3 |
| Kemudahan ‘auto debit’ | 0.5% | 0.5% | 0.5% |
| Rekod pembayaran yang baik | 1.0% | 1.0% | 1.5% |
| Lain-lain kemudahan pembiayaan di Bank Rakyat | 0.5% | 1.0% | 1.0% |
| Jumlah Rebat (Rebat Rakyat) | 2.0% | 2.5% | 3.0% |
Rebat yang diperoleh dari Rebat Rakyat akan ditolak secara terus mengikut baki tertunggak pada tarikh penyata.
Syarat Kelayakan Asas
Bagi anda yang berminat untuk memohon, berikut adalah kriteria kelayakan yang ditetapkan:
- Prinsipal: Minimum 21 tahun
- Tambahan: Minimum 18 tahun
- Pendapatan Tahunan: Minimum RM24,000
Cara Mohon Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem Bank Rakyat Quick (BRICK) atau dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.
Portal rasmi Bank Rakyat Quick (BRICK) boleh diakses melalui pautan berikut: https://brick.bankrakyat.com.my/
Dokumen Diperlukan
Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)/Pasport (untuk Pemohon Utama/Tambahan) DAN:
Penjawat Awam:
- Salinan slip gaji terkini
Pekerja Sektor Swasta:
- Salinan slip gaji terkini DAN
- Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini)
Gaji Bulanan dengan Komisen:
- Salinan slip gaji terkini DAN
- Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini) ATAU
- Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 6 bulan)
Tiada Gaji, hanya berdasarkan Komisen:
- Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 12 bulan)
Bekerja Sendiri:
- Salinan pendaftaran perniagaan DAN
- Salinan penyata bank 6 bulan yang terkini DAN
- Salinan borang B yang terkini DAN
- Salinan resit pembayaran cukai
Ekspatriat:
- Salinan akaun Simpanan-i Bank Rakyat DAN
- Salinan surat pengesahan kontrak daripada majikan
Pesara:
- Salinan penyata pencen (transaksi 12 bulan yang terkini) DAN
- Salinan penyata bank 3 bulan (memaparkan kredit jumlah pencen ke dalam akaun)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-2693 6880 atau layari:
- Portal rasmi Bank Rakyat
- Portal rasmi Perodua
- Facebook Bank Rakyat
Anda juga boleh rujuk:
- Terma dan Syarat Kad Kredit-i
- Helaian Pendedahan Produk Kad Kredit-i
- Terma dan Syarat Kad Kredit-i Perodua Bank Rakyat
- Soalan-Soalan Lazim Kad Kredit-i Perodua Bank Rakyat
Soalan Lazim Kad Kredit-i Perodua-Bank Rakyat
Ya, 100% patuh Syariah. Kad ini diuruskan oleh Bank Rakyat di bawah seliaan Jawatankuasa Syariah mereka. Ia menggunakan konsep Tawarruq / Murabahah (transaksi komoditi) bagi mengelakkan unsur riba (faedah bertindan) dan dilengkapi sekatan automatik untuk transaksi di premis tidak patuh Syariah.
Pendapatan minimum yang ditetapkan adalah RM24,000 setahun, atau bersamaan sekitar RM2,000 sebulan sahaja.
Tiada yuran tahunan dikenakan seumur hidup. Anda hanya perlu membayar Cukai Perkhidmatan (SST) wajib daripada kerajaan sebanyak RM25 setahun untuk kad utama.
Tidak. Kad ini direka khusus untuk pemilik kenderaan jenama Perodua, kakitangan kumpulan Perodua, serta kakitangan di bawah syarikat pengedar sah Perodua (PDA).
– 5X Mata Ganjaran: Diberikan untuk setiap RM10 perbelanjaan bagi kategori automotif terpilih seperti stesen minyak, pusat pengecasan EV, urusan servis/alat ganti di Perodua, dan pelan perlindungan Takaful.
– 1X Mata Ganjaran: Diberikan untuk setiap RM10 penggunaan bagi mana-mana transaksi runcit lain.




