IMTP: Insentif Meremajakan Industri Teksi Bersama Proton

imtp
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pemandu teksi dan pengusaha teksi individu kini berpeluang memiliki Proton S70 menerusi program khas iaitu Insentif Meremajakan Industri Teksi Bersama Proton (IMTP) yang diperkenalkan hasil kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), APAD dan PROTON.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai insentif ini.

Mengenai Insentif Meremajakan Industri Teksi Bersama Proton

IMTP merupakan satu program hasil keriasama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan PROTON.

Ini bertujuan untuk memodenkan serta menjenamakan semula industri perkhidmatan teksi di Malaysia melalui penggunaan model kenderaan nasional yang lebih moden dalam perkhidmatan teksi.

Menerusi insentif ini, banyak faedah yang bakal diperoleh oleh pengusaha teksi bagi meremajakan teksi mereka.

Faedah Insentif

Antara faedah insentif ini adalah seperti berikut:

  • Insentif Kewangan : Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan di bawah Inisiatif Belanjawan Tahun 2026).
  • Kemudahan Pemeriksaan Kenderaan : Pemeriksaan kenderaan yang lebih mudah di PUSPAKOM / PPKM berlesen.
  • Transformasi Digital & Moden :
    – Penggunaan meter teksi digital untuk ketelusan tambang (mengurangkan risiko manipulasi).
    – Paparan maklumat pemandu dan aduan secara digital melalui infotainment head unit atau aplikasi tanpa perlu menampal pelekat fizikal.
    – Kenderaan yang lebih selesa dan moden (Proton S70).

Dasar Syarat Utama

Dasar syarat utama bagi insentif ini adalah seperti berikut:

  • Model Kenderaan : Terhad kepada pembelian pakej teksi model Proton S70 yang ditawarkan di bawah program ini.
  • Jenis Permohonan : Dibuka kepada permohonan baharu atau penggantian kenderaan teksi di bawah IMTP. Bagi pemilik teksi sedia ada, mereka boleh kekal dengan kenderaan lama sehingga tamat had usia penggunaan atau sehingga mereka menukar kod kenderaan, yang mana terdahulu.
  • Insentif Pengecualian Cukai : Bagi pemohon IMTP yang mendapat 100% pengecualian duti eksais dan cukai jualan selaras dengan Inisiatif Belanjawan Tahun 2026, syarat-syarat pelaksanaan pertukaran hak milik tertakluk kepada Garis Panduan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkaitan pengecualian duti eksais dan cukai jualan.

Pemohon Yang Layak Memohon

Pemohon yang layak memohon adalah seperti:

  • Permohonan baharu bagi lesen pengendali perkhidmatan teksi individu.
  • Pemilik / pengusaha teksi individu yang ingin menukar-ganti kenderaan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  •  Berdasarkan dasar, peraturan dan syarat lesen semasa bag permohonan lesen pengendali Kenderaan PSV Perkhidmatan Awam Teksi yang dikawal selia oleh APAD seperti:
    – Mempunyai Lesen Memandu Vokasional (PSV) yang aktif.
    – Memiliki sijil pendaftaran syarikat daripada SSM yang mash dalam tempoh sah laku.
  • Kelulusan permohonan permit juga adalah tertakluk kepada kelulusan pembiayaan kewangan bagi pembelian pakej teksi model Proton S70 di bawah IMTP oleh badan atau institusi kewangan yang diktiraf oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Pilih pakej teksi model Proton S70 yang ditawarkan di bawah program IMTP.
  2. Hubungi pihak PROTON untuk penjelasan lanjut terutama pakej pembiayaan.
  3. Kemukakan permohonan secara rasmi melalui sistem i-SPKP APAD.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan IMTP?

IMTP merupakan satu program hasil keriasama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan PROTON untuk memodenkan serta menjenamakan semula industri perkhidmatan teksi di Malaysia melalui penggunaan model kenderaan nasional yang lebih moden dalam perkhidmatan teksi.

Apakah model Proton yang ditawarkan bagi program ini?

Model Proton yang ditawarkan adalah terhad kepada Proton S70.

Siapakah yang layak memohon program ini?

– Permohonan baharu bagi lesen pengendali perkhidmatan teksi individu.
– Pemilik / pengusaha teksi individu yang ingin menukar-ganti kenderaan.

Adakah saya perlu mempunyai Lesen Memandu Vokasional (PSV) yang aktif untuk memohon?

Ya. Pemohon mestilah mempunyai PSV yang aktif.

Bagaimanakah cara untuk memohon program ini?

1- Pilih pakej teksi model Proton S70 yang ditawarkan di bawah program IMTP.
2- Hubungi pihak PROTON untuk penjelasan lanjut terutama pakej pembiayaan.
3- Kemukakan permohonan secara rasmi melalui sistem i-SPKP APAD.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai IMTP, sila layari laman web https://www.apad.gov.my/.

Baca juga: Semakan PAJ – Bantuan E-Hailing, P-Hailing, Pemandu Teksi Johor

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut