Opt-In Semula PERKESO menjadi perhatian bagi pekerja yang sebelum ini memilih untuk Opt-Out daripada Skim LINDUNG 24 Jam.
Kini, mereka boleh membuat pilihan untuk menyertai semula skim ini melalui Portal LINDUNG Faedah PERKESO. Berikut cara dan langkah yang perlu dilakukan.
Baca lanjut: Penambahbaikan SIP PERKESO – Berkuatkuasa Mulai 1 Oktober 2026
Apa itu Opt-In Semula PERKESO
Opt-In Semula PERKESO ialah pilihan untuk pekerja yang sebelum ini memilih Opt-Out daripada Skim LINDUNG 24 Jam untuk menyertai semula skim tersebut.
Dengan membuat Opt-In, pekerja boleh mendapatkan semula perlindungan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam, termasuk perlindungan bagi kemalangan di luar waktu kerja.
Bila Boleh Opt-In Semula?
Menurut makluman PERKESO, pekerja yang pernah memilih Opt-Out kini boleh membuat pilihan untuk menyertai semula skim ini.
Pilihan Opt-In semula mula dibuka pada 2 September 2026 melalui Portal LINDUNG Faedah.
Portal boleh diakses di: https://lindungfaedah.perkeso.gov.my/
Langkah Opt-In Semula Skim LINDUNG 24 Jam
Nak sertai semula Skim LINDUNG 24 Jam? Anda boleh buat pilihan Opt-In melalui Portal LINDUNG Faedah PERKESO. Caranya mudah, ikut 4 langkah ini:
Langkah 1: Log masuk ke Portal
Layari https://lindungfaedah.perkeso.gov.my dan log masuk ke akaun anda.
Langkah 2: Pilih “Opt-Out ke Opt-In/Pilih Majikan”
Pada skrin utama, klik tab “Opt-Out ke Opt-In/Pilih Majikan”.
Langkah 3: Buat pilihan Opt-In
Tandakan pilihan “Saya Memilih untuk Menyertai Skim LINDUNG 24 Jam” dan pilih faedah yang berkaitan.
Langkah 4: Sahkan penyertaan
Klik “Sahkan, Saya Mahu Menyertai”. Borang penyertaan akan dipaparkan selepas pengesahan berjaya.
Penting: Pastikan pilihan yang dibuat adalah betul sebelum disahkan kerana pilihan yang telah dihantar tidak boleh diubah.

Kenapa Perlu Opt-In Semula?
Pekerja yang sebelum ini memilih Opt-Out tidak akan menerima faedah di bawah Skim LINDUNG 24 Jam selagi mereka tidak menyertai skim tersebut.
Jadi, bagi yang mahu mendapatkan semula perlindungan 24 jam termasuk di luar waktu kerja, pilihan Opt-In boleh dibuat melalui Portal LINDUNG Faedah.

Soalan Lazim Opt-In Semula PERKESO
Skim yang memberikan perlindungan kepada pekerja untuk kemalangan 24 jam, termasuk di luar waktu kerja.
Pekerja yang sebelum ini memilih untuk Opt-Out daripada Skim LINDUNG 24 Jam boleh membuat Opt-In semula.
Pilihan Opt-In semula dibuka mulai 2 September 2026.
Melalui Portal LINDUNG Faedah PERKESO di https://lindungfaedah.perkeso.gov.my.
Tidak. Penyertaan bagi pekerja tempatan adalah secara sukarela.
Pekerja yang tidak menyertai skim ini tidak akan menerima faedah daripada Skim LINDUNG 24 Jam.
Tidak. Pastikan pilihan dibuat dengan betul kerana pilihan yang telah dihantar tidak boleh diubah.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih terperinci tentang Pencen Penakat Perkeso ini, sila rujuk:
ATAU
Hubungi pihak PERKESO melalui saluran berikut:
- Talian Khidmat Pelangan PERKESO 1-300-22-8000
- Emel: [email protected].
Anda juga boleh hadir terus ke mana-mana cawangan Pejabat PERKESO terdekat di seluruh negara untuk berurusan di kaunter bagi mendapatkan semakan rekod caruman penuh si mati.
Baca lanjut: Terlibat Kemalangan Di Luar Waktu Kerja? Ini Cara Claim LINDUNG 24 Jam PERKESO




