Prosedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022

PROSEDUR MASUK KE MALAYSIA TERKINI – BERMULA 1 APRIL 2022

Sejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik COVID-19, kerajaan bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan negara bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi bermula 1 April 2022.

Laluan untuk pekerja yang berulang-alik secara harian juga telah dibuka, dan dipermudahkan dengan pemansuhan kuarantin, dan tidak perlu menjalani ujian PCR/RTK pada pra-pelepasan dan ketibaan.

Pembukaan semula sempadan ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui sebuah Sidang Media Rasmi KKM.

Berikut dikongsikan prosedur kemasukan ke Malaysia bermula 1 April 2022.

Prosedur Masuk Ke Malaysia Bermula 1 April 2022

SEBELUM BERLEPAS

  1. Muat turun aplikasi MySejahtera
  2. Lengkapkan borang sebelum berlepas (pre-departure form melalui ikon Traveller di MySejahtera)
    • Lengkap Divaksinasi : Kad Pengembara Digital akan diberikan
    • Tidak Lengkap Vaksinasi : Perintah Kuarantin (HSO) digital akan diberikan
  3. Lakukan ujian PCR 2 hari sebelum berlepas bagi pengembara 7 tahun ke atas
    • Bekas pesakit COVID-19 (jangkitan 6-60 hari sebelum berlepas), haya perlu menjalani RTK-Ag prefesional
  4. Pastikan telah memiliki polisi insurans COVID-19 dan bagi pengembaraan bagi bukan warganegara

SELEPAS KETIBAAN

  1. Lakukan ujian RTK-Ag profesional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan
  2. Jalani kuarantin selama 5 hari bagi yang tidak lengkap atau tidak divaksin
  3. Ujian RTK-AG
  4. Ujian RTK-Ag profesional boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan
  5. Ujian nafas pengesanan COVID-19 (breathalyser test) ATAU RTK-Ag profesional turut disediakan semasa ketibaan di lapangan terbang.
  6. Kos RTK-Ag profesional ditanggung pengembara
  7. Kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah dikecualikan daripada ujian RTK-Ag profesional

Prosedur bagi pengembara pada hari ketibaan bermula 1 April 2022.

prosedur masuk malaysia singapura

Definisi Status Vaksinasi Bermula 1 April 2022

Berikut adalah definisi status vaksinasi bagi 18 tahun ke atas berkuatkuasa 1 April 2022.

prosedur masuk malaysia singapura

Prosedur Masuk Ke Malaysia Yang Dimansuhkan

Untuk memudahkan perjalanan dan urusan pengembara, perkara di bawah akan dimansuhkan kepada pengembara yang akan memasuki Malaysia bermula 1 April 2022:

  1. Permohnoan kuarantin di rumah
  2. Gelembung pelancongan Pulau Langkawi
  3. Penjejak digital
  4. Senarai negara berisiko tinggi
  5. Ujian PCR dari KKM di KLIA
  6. MyTravelPass
  7. Program OSC (one Stop Centre) di bawah MIDA

*Operasi saringan COVID-19 oleh fasiliti kesihatan swasta masih dijalankan kerana pengembara mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag profesional atau ujian nafas pengesanan (breathalyser) sebaik tiba di lapangan terbang.

prosedur masuk malaysia

Baca juga:

Pembukaan Sempadan Darat Malaysia – Singapura

Pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat Malaysia dan Singapura bermula 1 April 2022.

Pengembara yang telah lengkap vaksinasi TIDAK PERLU lagi:

  1. Memohon kelulusan kemasukan
  2. Menjalani kuarantin
  3. Melakukan pengujian COVID-19 sebelum berlepas
  4. Melakukan pengujian COVID-19 semasa ketibaan
prosedur masuk malaysia

Keistimewaan ini diberi kepada semua pengembara yang menggunakan pengangkutan darat tanpa mengira jenis kenderaan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!