Tempoh Kuarantin Terkini Untuk Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19

SOP Baharu Tempoh Kuarantin Terkini Bagi Kontak Rapat & Individu Positif Covid-19 Berkuat Kuasa 1 Mei 2022

TERKINI : Individu positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan (HSO) sekiranya telah disahkan negatif melalui RTK kendiri yang diselia oleh pengamal perubatan pada hari ke-4 (Jika positif, masih perlu melengkapkan 7 hari kuarantin).

Pelepasan automatik akan diberikan selepas 7 hari jika tidak menjalani kuarantin.

Berapa lama tempoh kuarantin kalau jadi kontak rapat atau positif Covid-19? Dan bagaimana prosedur pelepasan kuarantin jika negatif selepas 4 hari?

Rujuk info terkini yang dikongsikan di bawah.

Rujuk tempoh kuarantin terkini bagi kontak rapat dan kes positif dalam jadual di bawah:

Tempoh Kuarantin Terkini (1 Mei 2022)

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan tempoh kuarantin seperti berikut:

Prosedur Ujian dan Pelepasan Untuk Kes Positif Covid-19 Mulai 1 Mei 2022

TEMPOH KUARANTIN BAGI KES POSITIF

Berkuatkuasa 1 Mei 2022, tempoh kuarantin untuk indidivu positif Covid-19 dikurangkan kepada 4 hari

Berikut dikongsikan prosedurnya:

  1. Jalani ujian RTK-Ag Covid-19 yang diselia (fizikal atau maya) pada Hari ke-4 kuarantin
  2. Keputusan ujian akan dimuat naik dalam MySejahtera oleh pengamal perubatan
  3. Jika keputusan negatif dengan keputusan yang telah dikemaskini dalam MySejahtera, pesakit boleh menamatkan kuarantin
  4. Jika keputusan positif, pesakit mesti melengkapkan 7 hari kuarantin
  5. Tiada ujian lanjut diperlukan selepas hari ke-7
tempoh kuarantin terkini

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

TEMPOH KUARANTIN BAGI KONTAK RAPAT

Kontak Rapat Tanpa Mengira Status Vaksinasi

A) BERGEJALA

  • Digalakkan untuk kuarantin kendiri
  • Digalakkan melakukan ujian RTK-Ag kendiri pada hari gejala bermula dan hari ketiga
  • Jika keputusan ujian RTK-Ag kendiri adalah negatif dan gejala berkurangan, boleh melakukan aktiviti-aktiviti luar dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan

B) TIDAK BERGEJALA

  • TIDAK PERLU KUARANTIN
  • Tidak perlu melakukan ujian RTK-Ag
  • Amalkan langkah pencegahan dalam tempoh 5 hari dari hari terakhir pendedahan kepada kes positif COVID-19
Sumber: Public Health Malaysia

Tiada Lagi Kuarantin Untuk Kontak Rapat Yang Tidak Bergejala Tanpa Mengira Status Vaksinasi

Dalam Sidang Media Kementerian Kesihatan (KKM) 24 Februari 2022 sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan mengenai pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontrak rapat kes COVID-19.

Kontak rapat kepada kes COVID-19 yang tidak bergejala dan dalam kumpulan berumur 18 tahun dan ke atas serta telah menerima dos penggalak, kontak rapat yang tidak bergejala tidak perlu menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian (HSO).

Dalam protokol terkini berkuatkuasa 22 April 2022, Kementerian Kesihatan mengumumkan kontak rapat kes Covid-19 yang tidak bergejala kini tidak perlu lagi menjalani kuarantin, tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Baca juga: Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In

Langkah-langkah Pencegahan

  1. Sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah
  2. Elakkan berada di tempat yang sesak
  3. Memastikan pengudaraan yang baik
  4. Elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi
  5. Membuat perjalanan yang penting (essential) sahaja

Baca juga: Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: