Permohonan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19

Berita baik untuk Warga Tani Negeri Perak Darul Ridzuan – Permohonan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19 kini dibuka untuk permohonan!

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Prihatin, sejumlah peruntukan telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian.

Projek Khas Tani Pasca Covid-19 diteruskan bagi tahun 2022. Bantuan berupa input baja dan racun dengan nilai bantuan bernilai RM 3,000 / petani diteruskan.

Dengan bantuan ini diharapkan bebanan petani dapat dikurangkan berikutan peningkatan harga baja dan racun yang meningkat kini.

Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19

Apakah Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19 ?

Projek Khas Tani Pasca Covid-19 ini adalah salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak memberi bantuan kepada petani yang terjejas dengan bencana pandemik Covid-19 selain mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun.

Melalui projek ini, Jabatan secara tidak langsung memberikan sokongan moral dan semangat kepada golongan petani bagi menjamin kelangsungan pendapatan petani dan pengeluaran makanan.

Permohonan ini dibuka kepada warga tani yang sedang mengusahakan penanaman tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan yang mematuhi kriteria permohonan akan di senarai pendek untuk siasatan di lapangan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian bagi kelulusan.

Bentuk Bantuan Yang Akan Disalurkan

Baja dan racun bernilai RM3000.000

Syarat Permohonan

Kreteria dan syarat permohonan :

  1. Projek sedia ada masih aktif
  2. Terbuka kepada petani negeri Perak
  3. Belum pernah menerima peruntukan dari Jabatan
  4. Status tanah yang sah (Geran / Tol / Pajakan)
  5. Minimum keluasan pemberian bantuan adalah :
    a. 0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah dan daun,
    b. 1.0 hektar bagi buah-buahan dan tanaman singkat masa
    c. minimum 1,000 polibeg bagi petani yang mengusahakan fertigasi.
  6. Dokumen sokongan perlu disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan.
  7. Lawatan siasatan akan dijalankan untuk kelulusan permohonan.
  8. Semua Permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum diluluskan.

Hanya pemohonan yang layak sahaja akan dihubungi bagi bantuan ini.

Warga Tani yang layak bolehlah memohon melalui pautan di link https://forms.gle/pxrXhaKywz5A95dk9 atau scan QR untuk permohonan atau terus ke Pejabat Pertanian berikut:

  • Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah
  • Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak
  • Pejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit Buntar
  • Pejabat Pertanian Hulu Perak
  • Pejabat Pertanian Kinta Kampar Perak
  • Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar
  • Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama
  • Pertanian Daerah Manjung
  • Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim

Baca juga: BMT RISDA: Semakan Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (2022)

Tarikh Permohonan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19

Permohonan secara talian ini akan dibuka mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 sahaja.

Permohonan selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat Lanjut

Terima kasih daripada kami warga tani Negeri Perak atas keprihatinan YAB Menteri Besar Dato’ Seri Haji Saarani bagi kelulusan bantuan ini.

Untuk info lanjut, sila layari www.pertanianperak.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!