Advertisements

BMT RISDA: Semakan Bantuan Musim Tengkujuh Fasa 2 (Disember 2021)

Advertisements

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2021 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT RISDA 2021) sebanyak RM600 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191 juta kepada para pekebun kecil di seluruh negara.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kadar bantuan sebanyak RM600 seorang akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dalam 2 peringkat iaitu RM300 pada bulan November 2021 dan RM300 pada bulan Disember 2021.

Penyaluran BMT 2021 ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2021.

Apakah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA?

Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.

Jumlah Bantuan BMT RISDA 2021

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

  1. SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

2. SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Baca juga: TEKUN Mobilepreneur 4.0: Bantuan Hingga RM10,000 Untuk Rider

Bantuan musim tengkujuh risda bmt 2021

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2021

Untuk permohonan, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Semakan online boleh dibuat melalui laman web http://bmt.risda.gov.my

Anda perlu mengisi borang permohonan bersama dokumen berkaitan seperti berikut:

. BAGI PEKEBUN KECIL PEMILIK

  • Kad pengenalan pemohon dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank

2. BAGI PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Salinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan kad PAT-G
  • Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank

Sekiranya Tuan / Puan
mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2021 di talian 03-4251 0171 atau terus laman web http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan.

Kemaskini Maklumat BMT 2021

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021.

Rujuk langkah di bawah untuk kemaskini:

Semakan Kelulusan BMT RISDA 2021

Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

bmt risda

Jika anda mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial seperti dalam tangkap layar di bawah.

Sumber: Facebook

Tarikh Bayaran BMT 2021

Bayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu sebanyak RM300 pada November 2021 dan baki RM300 lagi pada Disember 2021.

Difahamkan setakat 2 Disember 2021, sudah ada yang telah menerima jumlah bayaran bantuan ini yang dikreditkan melalui bank masing-masing.

Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

Kehadiran ke pejabat buat masa ini adalah melalui temujanji sahaja.

Sekiranya ingin hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan
pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

HOTLINE BMT RISDA 03-4256 4022

Atau

PEJABAT RISDA
BANGUNAN RISDA,
KM 7, JALAN AMPANG,
KARUG BERKUNCI 11067
50990 KUALA LUMPUR.

Baca juga: LPNM: Permohonan Bantuan Projek Tanaman Nanas 2021

Glosari Penting

Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA
Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).

Bagi penoreh bukan pemilk yang tiada dalan senarai di atas, pengisian borang BMT dikira anda berdaftar dengan RISDA.

Bagi pekebun kecil pemilik dan juga penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan agensi berikut, pengisian borang BMT berserta dengan surat pengesahan dari agensi berikut dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.

Agensi-agensi:

  • Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  • Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
  • Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  • Lain-lain sumber agensi

Maksud Penoreh Bukan Pemilik
Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.

Maksud Pekebun Kecil Pemilik
Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.

Leave a Comment