Program Pensijilan Tahfiz JAKIM IIUM: Syarat & Cara Mohon

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tetapi pada masa yang sama bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang penghafaz Al-Quran atau Tahfiz, anda dipelawa untuk memohn Program Pensijilan Tahfiz JAKIM IIUM.

Bagi yang tidak tahu, program pengajian sebegini juga ditawarkan dengan institsi pengajian lain seperti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN, JAKIM-IPGKPI, JAKIM-UoC dan Program Sijil Asas Tahfiz JAKIM-PSAS. 

Kenali Program Pensijilan Tahfiz JAKIM IIUM

Program ini merupakan sebuah program pengajian yang unik seumpamanya di Malaysia.

Pelajar yang terpilih diwajibkan menghafaz al-Quran sebanyak 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) atau setahun di samping mempelajar subjek-subjek yang lain seperti Tajwid ‘Ilmi, Tajwid ‘Amali, Adab Hamalah al-Qur’an, ‘Aqidah, Fiqh Al-‘Ibadah, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Pelajar akan mengikuti pengajian di Kampus Utama Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor.

Sebaik sahaja tamat pengajian program persijilan tahfiz al-Qur’an, pelajar akan kembali ke Kampus Asasi UIAM Gambang untuk meneruskan pengajian di peringkat Asasi.

Keunikan dan kelebihan Program

Mungkin ada diantara anda tertanya-tanya adakah berbaloi menyertai program ini.

Berikut merupakan antara sebab mengapa anda harus memohon untuk menyertai program ini:

  • Peluang untuk menghafaz al-Qur’an dalam jangka masa yang pendek (18 bulan).
  • Peluang untuk mempelbagaikan kemahiran insaniah (soft skill).
  • Elaun khas Kerajaan Persekutuan turut disediakan kepada semua pelajar program
    persijilan tahfiz al-Qur’an JAKIM – IIUM.
  • Tempat pengajian anda di IIUM telah terjamin.
  • Anda akan menjadi kebanggaan keluarga, bangsa, agama dan negara.

Biasiswa

Pelajar yang terpilih untuk Program Pensijilan Tahfiz JAKIM ini akan menerima manfaat berikut:

  • Penginapan dan biasiswa disediakan.
  • Tiada yuran pengajian (pengajian di Darul Quran JAKIM).

Syarat-syarat permohonan

Program Pensijilan Tahfiz JAKIM

Para pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat-syarat di bawah di pelawa untuk menghantar permohonan bagi mengikuti Program Pensijilan Tahfiz JAKIM ini,

  • Warganegara Malaysia.
  • Keturunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak. 
  • Tidak berkahwin.
  • Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2023* dengan mendapat:
    • Minima Gred C bagi mata pelajaran Matematik;
    • Minima Gred C bagi semua mata pelajaran berikut:
      1. Bahasa Melayu;
      2. Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
      3. Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Bahasa Inggeris;
      4. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Islam / Usul al-Din / Turath al-Quran dan al-Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-‘Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat Al-Quran/ Hifz al-Quran;
      5. Sejarah. 
  • Mendapat C+ daripada mana-mana dua (2) dalam mata pelajaran berikut:

ALIRAN SAINS:

  1. Fizik;
  2. Kimia;
  3. Biologi;
  4. Matematik Tambahan.

ATAU

ALIRAN SASTERA:

Mendapat gred B untuk mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

  1. Sains;
  2. Sains Tambahan;
  3. Prinsip Akaun;
  4. Perniagaan;
  5. Ekonomi;
  6. Pengajian Keusahawanan.

Lulus temu duga dan ujian yang ditetapkan.

Pemohon hendaklah memilih UIAM sebagai Pilihan Utama melalui UPUOnline (sebagai Prasyarat Kelayakan).

Baca lagi: Permohonan UPUOnline 2024/2025 Fasa 2

Cara memohon

Pelajar yang berminat dengan Program Pensijilan Tahfiz JAKIM boleh menghantar permohonan secara dalam talian melalui halaman https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!