Program Iltizam Selangor Sihat (ISS), Semakan & Permohonan

Iltizam Selangor Sihat (ISS) merupakan program perlindungan kesihatan rakyat yang ditambah baik menggantikan skim insurans sedia ada.

Ia merupakan antara program perlindungan kesihatan khusus untuk rakyat negeri Selangor.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.

Apakah Program Iltizam Selangor Sihat (ISS)?

ISS merupakan program perlindungan kesihatan rakyat yang ditambah baik menggantikan skim insurans sedia ada iaitu Skim Peduli Sihat.

Dianggarkan seramai 100,000 penerima serta keluarga berdaftar bakal menerima manfaat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor ini.

6 INISIATIF KESIHATAN KHAS UNTUK RAKYAT NEGERI SELANGOR!

1. Iltizam Selangor Sihat

▪️

Rawatan asas hingga RM500

▪️Khairat kematian RM1,000

▪️Manfaat penyakit kritikal dan kemalangan akibat kecacatan hingga RM5,000

2. Insentif Rawatan Tibi

▪️Bantuan kewangan berjumlah RM800 bagi pesakit yang menjalani rawatan tuberkulosis

3. Program Selangor Saring

▪️Saringan kesihatan percuma penyakit seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, kanser dll bernilai hingga RM3,000

4. Skim Rawatan Jantung

▪️Bantuan pembiayaan hingga RM50,000 bagi pesakit yang menjalani rawatan jantung

5. Bantuan Sihat Selangor

▪️Bantuan kewangan hingga RM5,000 bagi rawatan penyakit kritikal terpilih

6. Talian Mental Sehat

▪️Talian sokongan psikososial percuma untuk individu yang memerlukan khidmat kaunselor

Kadar Bantuan

Skim ini akan memberi peluang kepada penerima untuk mendapatkan bantuan berkaitan kesihatan seperti berikut :

  • Bantuan rawatan asas sehingga RM 500
  • Bantuan perlindungan insurans sehingga RM 5,000
  • Manfaat perbelanjaan pengebumian sebanyak RM 1,000.
  • Tuntutan perlindungan kematian semulajadi dan perbelanjaan pengebumian sebanyak RM 6,000

Baca Juga : ILTIZAM Anak Selangor 2022: Syarat & Cara Permohonan

Iltizam Selangor Sihat

Kriteria Permohonan

Warga Selangor yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang ditetapkan seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Calon merupakan pemilih / pengundi dan menetap di Selangor (Bermastautin lebih 10 tahun di Selangor)
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 (Keluarga) atau RM2,000.00 (Individu)
  • Calon perlu sertakan salinan Kad OKU (sekiranya berkenaan)

Cara Memohon Iltizam Selangor Sihat (ISS) 2022

Pemohon perlulah isi dan lengkapkan borang yang disertakan di bawah dan hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan.

Langkah permohonan & dokumen yang diperlukan:

1. Borang permohonan (boleh muat turun di web https://pedulisihat.com/…/membership_registration_forms…

2. Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip Gaji/ Akuan Sumpah jika tiada pendapatan/ salinan e-Kasih https://ekasih.icu.gov.my/…/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx, salinan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login

3. Salinan Semakan Pengundi di laman web SPR https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

4. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon & Ahli Keluarga)

5. Salinan Kad OKU (Kategori OKU)

6. Salinan Ahli SMUE (Skim Mesra Usia Emas) untuk warga emas http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php

7. Dokumen jika ada penyakit kronik yang menunjukkan ahli keluarga sering memerlukan rawatan (Contoh: asma, sakit jantung atau sawan).

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program Iltizam Selangor Sihat, sila layari laman web pedulisihat.com atau hantarkan emel ke alamat [email protected]

BORANG PERMOHONAN ILTIZAM SIHAT SELANGOR (ISS)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!