ILTIZAM Anak Selangor: Permohonan & Syarat Kelayakan

ILTIZAM ANAK SELANGOR
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Program Iltizam Anak Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan bantuan wang tabungan RM100 setahun selama 5 tahun kepada anak-anak yang lahir di Selangor bermula tahun 2022. Layari portal rasmi Iltizam Anak Selangor di www.anas.yawas.com.my/ untuk semakan dan permohonan.

iltizam anak selangor
ILTIZAM Anak Selangor

Program Iltizam Anak Selangor menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang ILTIZAM Anak Selangor.

BACA JUGA: Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 2026 – Cara Mohon & Syarat

Pengenalan Program Iltizam Anak Selangor

Program Iltizam Anak Selangor adalah skim bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor yang diperkenalkan dalam Belanjawan Selangor 2022 untuk membantu rakyat melalui tabungan pendidikan anak-anak.

Program ini memberi caruman wang sebanyak RM100 setahun selama 5 tahun ke dalam akaun Simpan SSPN Prime atas nama anak yang lahir di Selangor bermula tahun 2022.

Jumlah keseluruhan caruman adalah RM500 untuk setiap anak dan tabungan tersebut hanya boleh dikeluarkan ketika anak berumur 18 tahun ke atas.

Program ini menyasarkan sehingga 30,000 anak dengan syarat anak dan ibu bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia yang menetap dan daftar pengundi di Selangor.

ILTIZAM Anak Selangor
ILTIZAM Anak Selangor

Permohonan dilakukan secara dalam talian di laman web rasmi anas.yawas.com.my dan permohonan akan ditutup sebaik sahaja kuota 30,000 pemohon penuh.

Program ini sebahagian daripada inisiatif Iltizam Selangor Penyayang yang menyokong kesejahteraan rakyat Selangor secara menyeluruh.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi anda yang ingin memohon:

KRITERIA ANAK

  1. Anak kelahiran bermula tahun 2022
  2. Warganegara Malaysia
  3. Lahir di Selangor
  4. Sedang menetap di Selangor

KRITERIA IBU BAPA / PENJAGA

  1. Warganegara Malaysia
  2. berumur 18 tahun ke atas
  3. Sedang menetap di Selangor
  4. Pengundi berdaftar di Selangor
ILTIZAM Anak Selangor
Syarat Kelayakan ILTIZAM Anak Selangor

Cara Permohonan Program Iltizam Anak Selangor

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian diĀ www.anas.yawas.com.my.
  2. Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.
iltizam anak selangor
Cara Mohon Iltizam Anak Selangor

Dokumen Diperlukan

Sila sertakan dokumen berikut untuk permohonan:

  1. Salinan sijil kelahiran anak
  2. Salinan Mykad ibu / bapa / penjaga
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)
  5. Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)
iltizam anak selangor
Dokumen diperlukan

Pembukaan Akaun SSPN PRIME

Pembukaan akaun Simpan SSPN Prime atau kemasukan deposit bagi akaun sedia akan dilaksanakan setelah permohonan Iltizam Anak Selangor diluluskan.

Ibu/bapa/penjaga yang didaftarkan secara automatik akan menjadi pendeposit tetap bagi akaun Simpan SSPN Prime anak yang dibuka di bawah program ini.

Bagi anak yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime (tertakluk bagi pendeposit yang sama), wang akan dikreditkan ke dalam akaun tersebut setelah permohonan diluluskan.

YAWAS akan memaklumkan kepada penerima/pendeposit setelah wang dikreditkan ke Simpan SSPN Prime anak melalui emel yang didaftarkan sewaktu permohonan dibuat.

Wang tabungan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak boleh dikeluarkan sehingga anak berusia 18 tahun.

Jumlah nilai wang yang dimasukkan adalah bernilaiĀ RM 100 setiap tahun untuk tempoh 5 tahun sahaja.

Sumbangan wang ke akaun tersebut adalah tertaklukĀ bagi kelahiran mulai 1 Januari 2022 sahaja.

Tarikh Permohonan

Tempoh permohonan ILTIZAM ANAK SELANGOR dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

Buat masa ini, permohonan ILTIZAM Anak Selangor sudah DITUTUP.

Walaubagaimanapun, tarikh permohonan untuk tahun 2026 akan dikemaskini kelak sekiranya terdapat pengumuman rasmi oleh kerajaan Selangor berikutan pembentangan Belajawan Selangor 2026 baru-baru ini.

NOTA: Sistem permohonan dijangka dibuka selepas suku keempat 2026. Ia adalah sebahagian inisiatif kerajaan negeri untuk memperluaskan pakej bantuan dan skim kewangan kepada rakyat Selangor. Buat masa ini permohonan ditutup kerana kuota 30,000 sudah penuh. Sila buat semakan dari semasa ke semasa.

iltizam anak selangor

Semakan Status

Setelah melakukan permohonan, anda boleh menyak status permohonan melalui pautan berikut: https://anas.yawas.my/online/permohonan.php

Masukkan no MyKid Anak dan buat semakan.

iltizam anak selangor
Semakan Status Iltizam Anak Selangor

Sekiranya permohonan anda lulus, ia akan dimaklumkan melalui e-mel seperti dalam tangkap layar di bawah:

Iltizam Anak Selangor
Permohonan diluluskan
Iltizam Anak Selangor
Maklumat permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai ILTIZAM Anak Selangor, sila layari/hubungi:

Soalan Lazim ILTIZAM Anak Selangor

Apa itu Iltizam Anak Selangor?

Program skim bantuan kewangan yang memberi caruman RM100 setahun selama 5 tahun ke akaun Simpan SSPN Prime anak yang lahir di Selangor bermula tahun 2022.

Siapa yang layak memohon?

Anak yang lahir antara tahun 2022, warganegara Malaysia, dan ibu/bapa atau penjaga yang berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia, menetap dan daftar pengundi di Selangor.

Bagaimana cara memohon?

Permohonan dibuat secara atas talian diĀ https://anas.yawas.com.my, dengan memuat naik dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online dibuat.

Apakah dokumen yang diperlukan?

Sijil kelahiran anak, salinan MyKad ibu/bapa/penjaga, salinan daftar pengundi (MYSPR), dan surat akuan tambahan jika perlu.

Berapa lama tempoh bantuan diberikan?

Bantuan diberikan selama 5 tahun berturut-turut dengan caruman RM100 setiap tahun.

Bila wang simpanan boleh dikeluarkan?

Wang dalam akaun Simpan SSPN Prime hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencapai umur 18 tahun ke atas.

Apa akan berlaku jika dokumen sokongan tidak dihantar dalam tempoh yang ditetapkan?

Permohonan akan dibatalkan (digagalkan) secara automatik.

Adakah permohonan Iltizam Anak Selangor masih dibuka?

Setakat ini, permohonan Program Iltizam Anak Selangor sudah ditutup kerana kuota 30,000 permohonan yang menepati syarat telah dipenuhi. Permohonan baru hanya akan dibuka kembali jika ada pengumuman rasmi daripada Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan pembentangan Belanjawan Selangor 2026.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut