Skim Peduli Sihat: Semak Kelayakan & Permohonan Online

Skim Peduli Sihat bertujuan meringankan beban kos sara hidup yang tinggi di kalangan B40 terutamanya bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas.

Dibawah skim ini, Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai rawatan kesihatan asas setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang manfaat, kelayakan, cara permohonan serta semakan Skim Peduli Sihat yang perlu anda tahu terutamanya sebagai rakyat Selangor.

Kerajaan negeri Selangor juga ada menyediakan skim Rumah Selangorku bagi memudahkan rakyat memiliki rumah pertama.

Manfaat Skim Peduli Sihat

1. Skim Peduli Sihat Penjawat Awam

Skim PEDULI SIHAT PENJAWAT AWAM (PSPA) membolehkan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah untuk menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital panel (hospital swasta).

Kos rawatan kesihatan dan perubatan tersebut akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga RM 10,000 setahun seorang.

2. Skim Rawatan Jantung

Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah.

Skim ini akan dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Bantuan ini adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Karajaan Negeri.

3. Kad Peduli Sihat

Di bawah program ini, pemohon yang layak akan diberikan Kad Peduli Sihat Selangor bagi menerima rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat, membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Senarai penuh klinik panel boleh dirujuk di pautan berikut : https://secure.pedulisihat.com/site/providerLocator

2 Kategori Kad

Kad bantuan ini mempunyai dua (2) kategori:

Kategori A

  • Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun)
  • Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah sebulan

Kelebihan

  • Mendapat isi kad bernilai RM500.00 setahun
  • Had gunaan sehingga RM50 setiap kali rawatan
  • Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan
  • Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan untuk satu keluarga di atas nama pemegang akaun utama

Kategori B

  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
  • Pendapatan individu RM1,500.00 ke bawah sebulan

Kelebihan

  • Mendapat isi kad bernilai RM200.00 setahun
  • Had gunaan RM50 setiap kali rawatan
  • Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan
  • Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan kepada seorang individu di atas nama pemegang akaun

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pendapatan seisi rumah RM3000 dan ke bawah bagi pemohon Kategori A (Keluarga)
  4. Pendapatan individu RM1500 dan ke bawah bagi pemohon Kategori B (Individu)

Dokumen tambahan yang diperlukan :

a. Bukti penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
b. Berdaftar sebagai pemohon BSH atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.

*Anda boleh memohon eKasih dengan merujuk artikel ini : eKasih 2020: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan

Cara Permohonan

Pendaftaran Skim Peduli Sihat boleh dibuat melalui 2 cara :

1. Secara Manual

Pendaftaran secara manual boleh dibuat melalui Pejabat Dewan Negeri Selangor atau Penyelaras Dewan Negeri Selangor.

Untuk melihat senarai penuh Ahli Pejabat Dewan Negeri atau Penyelaras DUN, sila rujuk pautan berikut : http://media.wix.com/ugd/408cda_7cfb5db16ed448d18e0bf8ea34a2b7d7.pdf

2. Secara Online

Layari https://pedulisihat.com/pendaftaran.html untuk langkah pendaftaran.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut tentang skim oleh Kerajaan Negeri Selangor boleh dirujuk melalui brochure INI.

Sebarang maklumat lanjut tentang skim ini boleh diajukan ke talian 03 – 5525 6600 atau e-mel : [email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!