PKR (Parti Keadilan Rakyat) : Sejarah, Senarai Calon PRU 15, Struktur Organisasi

PKR atau Parti Keadilan Rakyat adalah salah satu daripada tiga parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sempena pilihan raya umum yang bakal menjelma tak lama lagi, di sini kami ingin kongsikan beberapa maklumat mengenai PKR.

Baca Juga : Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15

pkr

Sejarah Parti

Parti Keadilan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998.

Sekumpulan NGO dan sebuah parti kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK).

Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999

Selepas Pilihan raya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.

Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan.

Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.

Parti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara.

Senarai Calon PKR Untuk PRU15

Senarai calon PKR yang bakal bertanding dalam PRU15 boleh dirujuk menerusi pautan berikut :

Senarai Calon PKR Untuk PRU15

pkr

Struktur Organisasi Parti PKR

Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat

Presiden : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden : Rafizi Ramli

Naib Presiden

  • Amirudin Shari
  • Chang Lih Kang
  • Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Aminuddin Harun
  • Saraswathy Kandasamy
  • Awang Husaini Sahari
  • Fadhlina Sidek (Ketua Wanita)
  • Adam Adli (Ketua AMK)

Setiausaha Agong : Saifuddin Nasution Ismail

Bendahari : William Leong

Ketua Penerangan : Fahmi Fadzil

Ketua Setiausaha Pengelola : Zahir Hasan

Pengarah Komunikasi : Lee Chean Chung

Pengarah Strategi : Akmal Nasrullah Mohd Nasir

MPP

  • Dr Maszlee Malik
  • Fahmi Zainol
  • Mohd Yahya Sahri
  • Nurin Aina Surip
  • Romi Ishak
  • Siti Aishah Sheikh Ismail
  • Syed Ibrahim Syed Noh
  • Hans Isaac
  • Simon Ooi Tze Min
  • Wong Chen
  • Raiyan Abdul Rahim
  • Tan Kar Hing
  • David Cheong Kian Young
  • Hee Loy Sian
  • Amidi Abdul Manan
  • Elizabeth Wong
  • Muhammad Bakhtiar Wan Chik
  • G.Manivanan
  • Christina Liew
  • Abun Sui Anyit
  • Rodziah Ismail
  • R.Yuneswaran
  • Sangkar Rasam
  • Roland Engan

Timbalan Ketua Wanita : Juwairiya Zulkifli

Timbalan Ketua AMK : Muhammad Kamil Abd Munim

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Parti Keadilan rakyat sila ikuti laman Facebook rasmi PKR dan laman web keadilanrakyat.org .

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!