Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15

Tawaran Pakatan Harapan PRU15 dalam Manifesto PH 2022

Pakatan Harapan (PH) memberi 10 tawaran utama Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memulihkan Malaysia dan membina ekonomi masa depan.

Tawaran itu juga bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh melalui pertumbuhan ekonomi, memulihkan keyakinan umum menerusi pentadbiran beramanah serta menyediakan negara untuk mendepani pelbagai cabaran masa depan.

Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15

HARAPAN berazam untuk membina semula Malaysia setelah dibelenggu pelbagai krisis termasuk kemelut kesihatan, pekerjaan, makanan, dan pendidikan.

Selama lebih 30 bulan pentadbiran Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, kepincangan dasar dan kepimpinan mereka telah membebankan rakyat, mengabaikan cabaran generasi yang tercicir (lost generation) sementara kesenjangan masyarakat, dan krisis iklim kian meruncing.

Visi HARAPAN adalah untuk membangunkan Malaysia yang lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, berteraskan nilai hormat dan ihsan (MADANI).

Tawaran HARAPAN menggariskan tekad PH dalam menggembleng tenaga sesama penggerak perubahan demi melakar masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia bagi mencapai tiga matlamat berikut:

  1. Kita Boleh Menjamin Kesejahteraan Rakyat – Menjana pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan mampan demi kesejahteraan yang holistik buat rakyat.
  2. Kita Boleh Mewujudkan Pentadbiran Beramanah – Memulihkan keyakinan dan mewujudkan kepercayaan yang menyeluruh antara rakyat dengan kerajaan.
  3. Kita Boleh Mempersiap Negara untuk Masa Hadapan – Memperkasa rakyat untuk menghadapi cabaran perubahan iklim, perpaduan kaum, reformasi pendidikan serta kerancakan daya cipta

Berikut dikongsikan sebahagian infografik Tawaran Harapan PRU15:

tawaran harapan pru15 manifesto ph
tawaran harapan pru15 manifesto ph
tawaran harapan pru15 manifesto ph
tawaran harapan pru15 manifesto ph
tawaran harapan pru15 manifesto ph

MUAT TURUN SEPENUHNYA:

Berikut 10 keutamaan Tawaran Harapan PRU15 yang diumumkan oleh PH :

  • Tangani isu kos sara hidup
  • Perangi Rasuah dan Kukuhkan Institusi Demokrasi
  • Perkasa Peluang Ekonomi Belia dengan Terokai Sektor Manusiawi
  • Selamatkan generasi tercicir dalam pendidikan
  • Bina ketahanan bencana dan mantapkan perlindungan
  • Tangani isu doktor kontrak
  • Hapuskan isu ketaksamaan gender dan memperkasa sosioekonomi wanita
  • Perkasa wilayah Sabah dan Sarawak
  • Tingkatkan daya saing setiap rakyat Malaysia
  • Pelihara khazanah alam demi anak cucu kita

Antara yang menjadi perhatian:

Tangani Kos Sara Hidup

Kita sedia maklum akan permasalahan dan cabaran kos sara hidup tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar.

Tahun 2021, kos inflasi (2.1%) dan meningkat kepada (4.7%) untuk tempoh Januari hingga Ogos 2022.

Oleh itu, HARAPAN juga bertekad untuk mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu kos sara hidup dan bukannya solusi jangka pendek. Antaranya :

Hapuskan Kartel

Hapuskan monopoli dalam sektor bahan makanan dan keperluan asas bagi menggalakkan persaingan dan membasmi kegiatan kaut keuntungan melampau (profiteering).

Secara tidak langsung, kita dapat memberi peluang kepada usahawan baharu.

Bekalan Cukup

Mewujudkan kerjasama dengan pihak pembekal supaya bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi. Usaha ini perlu terutama sekali ketika musim perayaan di mana isu kehabisan bekalan sentiasa menjadi punca kepada kenaikan harga barangan.

Insentif Tingkat Pengeluaran

Memberikan insentif yang secukupnya untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dan keperluan asas supaya tekanan kenaikan harga boleh dikurangkan dalam jangka masa panjang.

Mengkaji Semula Konsesi Lebuhraya

Kerajaan HARAPAN telah menunjukkan komitmen dengan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik, dengan pencapaian pengurangan 18% kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).

HARAPAN bertekad untuk meneruskan pengurangan tol PLUS secara berperingkat dengan matlamat akhir penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS kepada milik awam.

Baca juga:

Untuk mengetahui lebih lanjut dan melihat senarai lengkap Manifesto PH melalui Tawaran Harapan PRU15, anda boleh rujuk di web https://kitaboleh.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!