8 Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak dengan Cepat – Tanpa Ambil Ubat!

petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat
8 petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Risau batuk tak baik-baik, jadi anda cari di Google petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat?

Batuk yang berlarutan dan gatal tekak bukan saja mengganggu keselesaan, malah boleh menjejaskan aktiviti harian dan waktu tidur anda.

Walaupun ia biasanya tidak berbahaya, namun rasa tidak selesa yang berpanjangan ini sememangnya memerlukan perhatian.

Jadi, apakah petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang boleh dicuba di rumah?

Dalam artikel ini, kami kongsikan 8 petua semula jadi yang mudah, murah, dan paling penting – selamat!

Punca Batuk dan Gatal Tekak

Sebelum mencuba sebarang rawatan atau petua, penting untuk kita kenal pasti dahulu punca sebenar gatal tekak dan batuk.

Antara sebab biasa termasuk:

  • Jangkitan bakteria atau virus (contohnya selesema, influenza)- Bakteria atau virus boleh menyebabkan radang pada tekak dan saluran pernafasan, sekali gus mencetuskan batuk dan rasa tidak selesa. Selesema dan influenza adalah antara penyebab paling biasa.
  • Dehidrasi akibat kurang minum air- Apabila badan kekurangan air, lapisan tekak menjadi kering dan mudah teriritasi. Ini boleh menyebabkan gatal dan batuk berpanjangan.
  • Alahan terhadap habuk, debu, atau makanan- Sistem imun bertindak balas terhadap alergen seperti debu atau makanan tertentu dengan menghasilkan histamin, yang boleh mencetuskan gatal tekak dan batuk.
  • Kemasukan bendasing seperti asap atau serbuk- Bendasing seperti asap rokok, serbuk pencuci, atau bau kimia boleh merengsakan saluran pernafasan dan menyebabkan batuk refleks.
  • Asid refluks (GERD) atau pedih ulu hati– Asid dari perut yang naik ke esofagus boleh mengganggu tekak, menyebabkan rasa pedih, gatal, dan batuk terutama pada waktu malam.
  • Penggunaan suara secara berlebihan- Bercakap terlalu lama atau menjerit boleh menyebabkan pita suara tegang dan tekak menjadi kering atau luka, lalu mencetuskan batuk.
  • Kesan sampingan ubat- Sesetengah ubat seperti ACE inhibitor (untuk tekanan darah tinggi) boleh menyebabkan batuk kering sebagai kesan sampingan.
  • Merokok dan pencemaran udara- Asap rokok dan udara tercemar mengandungi bahan toksik yang merengsakan tekak dan paru-paru, menyebabkan batuk kronik dan radang tekak.

Dengan mengetahui punca, lebih mudah untuk memilih rawatan yang tepat.

Namun begitu, jika batuk berterusan lebih dari dua minggu, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor.

petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat
Batuk dan sakit tekak boleh menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti seharian.

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat

Selain ubat, anda boleh cuba 9 petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat (cara tradisional).

1. Minum Air Suam dengan Kerap

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang paling mudah dan asas adalah minum air suam.

Air suam membantu melembapkan lapisan tekak yang kering dan meredakan keradangan.

Untuk hasil lebih baik, tambahkan sedikit madu dan perahan lemon.

Madu bertindak sebagai antiseptik semula jadi manakala lemon kaya dengan vitamin C yang boleh menguatkan imun badan.

petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat
Minum banyak air suam boleh membantu melegakan tekak dan batuk.

2. Hidu Wap Panas

Menghidu wap dari air panas boleh melegakan saluran pernafasan dan mengurangkan rasa gatal pada tekak.

Cara ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami batuk berkahak atau batuk kering akibat udara kering.

Tambahkan beberapa titis minyak pati seperti eucalyptus atau peppermint ke dalam air panas, kemudian tutup kepala dengan tuala dan tarik nafas dalam-dalam.

3. Makan Aiskrim, petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat

Walaupun kedengaran bertentangan dengan logik, namun sebenarnya makanan sejuk seperti aiskrim boleh menenangkan tekak yang meradang.

Suhu sejuk membantu mengebaskan rasa gatal, sekali gus memberikan kelegaan segera.

Namun, elakkan pengambilan dalam jumlah berlebihan jika anda mempunyai masalah sinus atau badan mudah sejuk.

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat #4. Kumur Air Garam

Kumur air garam suam adalah rawatan tradisional yang terbukti berkesan untuk membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan pada tekak.

Campurkan setengah sudu kecil garam ke dalam segelas air suam dan kumur selama 30 saat.

Amalkan sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari untuk kesan yang optimum.

5. Gunakan Humidifier di Rumah

petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat
Penggunaan humidifier boleh membantu meningkatkan kelembapan udara dalam bilik.

Jika anda sering mengalami batuk pada waktu malam atau bangun pagi dengan tekak kering, kemungkinan udara di sekitar anda terlalu kering.

Gunakan humidifier untuk menambahkan kelembapan ke dalam udara, terutamanya jika anda menggunakan penghawa dingin atau tinggal di kawasan sejuk.

Udara lembap membantu melembutkan mukosa tekak dan mengurangkan iritasi.

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat #6. Elakkan Merokok

Asap rokok merupakan perengsa utama kepada tekak.

Ia bukan sahaja menyebabkan batuk malah boleh memanjangkan tempoh penyembuhan.

Jika anda merokok, ini masa terbaik untuk berhenti demi kesihatan tekak dan paru-paru anda.

Selain rokok, elakkan juga tempat berhabuk atau tercemar untuk mengelakkan batuk bertambah teruk.

7. Amalkan Minuman Herba Seperti Teh Halia

Teh halia bukan sahaja memanaskan badan, malah membantu mencairkan kahak dan melegakan gatal tekak.

Halia bersifat antiradang dan boleh melegakan batuk secara semula jadi.

Boleh juga ditambah dengan kayu manis, madu, dan cengkih untuk rasa lebih enak dan manfaat tambahan.

Baca juga:

8. Rehatkan Suara dan Kurangkan Bercakap

Salah satu petua hilangkan batuk dan sakit tekak yang ramai terlepas pandang adalah dengan merehatkan suara.

Jika anda banyak bercakap, menyanyi, atau menjerit, beri masa kepada pita suara dan tekak untuk pulih.

Kurangkan bercakap, elakkan berteriak dan jangan paksa diri jika rasa sakit masih berlarutan.

Kesimpulan

Setiap individu mungkin bertindak balas secara berbeza terhadap sesuatu rawatan.

Apa yang penting, cuba satu atau beberapa petua hilangkan batuk dan gatal tekak di atas, dan lihat yang mana paling serasi dengan anda.

Namun, jika batuk semakin teruk, berdarah, atau disertai demam tinggi, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan biarkan batuk dan gatal tekak mengganggu aktiviti harian anda!

Cuba petua cepat hilangkan batuk dan gatal tekak yang kami kongsikan dan rasai sendiri kelegaannya.

Kongsikan juga artikel ini kepada rakan atau ahli keluarga yang mungkin memerlukannya!

Sumber:

Is it true that honey calms coughs better than cough medicine do? https://www.mayoclinic.org/symptoms/cough/expert-answers/honey/faq-20058031. Accessed on June 26, 2025.

The Medical Minute: Five home remedies can soothe your sore throat. https://pennstatehealthnews.org/2023/12/the-medical-minute-five-home-remedies-can-soothe-your-sore-throat/. Accessed on June 26, 2025.

7 ways to combat coughs, colds. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/7-ways-to-combat-coughs-and-colds. Accessed on June 26, 2025.

6 Sore Throat Remedies That Actually Work. https://health.clevelandclinic.org/sore-throat-remedies-that-actually-work. Accessed on June 26, 2025.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: